Jentera Mewah Ini Berjaya Tawan Laluan Setinggi 5,882 Meter
![]()
Kali ini, Lamborghini Urus melakukan satu kelainan luar biasa apabila melakukan pemanduan tertinggi di dunia di beberapa wilayah di India baru-baru ini.
Lamborghini berkenaan dikatakan menelusuri jalan dikenali sebagai Umling La Pass dimana ia terletak pada ketinggian 5,882 meter di rantau Ladakh, India.

Ini membuatkan kerajaan India mengiktiraf laluan terbabit sebagai jalan pemanduan beraltitud paling tinggi di dunia.
Bagaimanapun, Lamborghini berkenaan dikatakan berjaya menawan laluan yang penuh dengan selekoh itu selama dua hari bermula 8 hingga 9 Oktober lalu.
“Ini merupakan satu momen yang cukup membanggakan buat Lamborghini, di mana SUV Urus berjaya menawan laluan pemanduan paling tinggi di dunia itu dengan mengharungi laluan Umling La Pass,” kata Ketua Operasi Lamborghini di India, Sharad Agarwal.
Untuk makluman anda, Umling La Pass merupakan salah satu jalan raya paling mencabar yang pernah dibina oleh Pertubuhan Jalan Sempadan (BRO).

Laluan itu dikatakan siap sepenuhnya pada Ogos lalu.
Umling La Pass menggandingkan laluan konkrit dan batu kelikir, dengan suhu mampu mencecah sehingga -40 darjah Celcius, dan kelajuan angin yang berubah antara 40 km/j hingga 80 km/j.
“Sepanjang pemanduan sejauh 87.5 km, Urus menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang dengan menggunakan mod pemanduan Terra dan Sport di atas jalan yang lebih tinggi altitudnya berbanding kem yang terletak di Gunung Everest,” ujar Sharad.

Lamborghini Urus dijana dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 641 hp dan 850 Nm. Ia mampu memecut 0-100 km/j hanya dalam 3.6 saat dan kelajuan tertinggi 305 km/j.

Lamborghini Urus ialah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Super pertama di dunia yang menggabungkan ciri kereta super sport dengan fungsi SUV.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9142
SELANGOR
BSQ9127
JOHOR
JYB375
PULAU PINANG
PSD1837
PERAK
APJ3044
PAHANG
CFG8104
KEDAH
KGG5684
NEGERI SEMBILAN
NEK6829
KOTA KINABALU
SJS4605
KUCHING
QAB221P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat