Pihak Polis Melakukan Intipan Untuk Mengesan Dalang Perbuatan Khianat Itu
Hasil intipan pihak polis sejak beberapa hari lalu akhirnya membawa penahanan seorang lelaki yang melakukan perbuatan khianat dengan membaling batu ke arah kenderaan dari Jambatan Bandar Darulaman, Kedah.
Pihak polis terpaksa membuat intipan selepas menerima dua laporan kenderaan rosak akibat terkena batu di lokasi terbabit. Malah, pihak PLUS juga pula menerima tiga laporan berhubung kejadian sama.
Oleh itu, sepasukan anggota polis dikerahkan untuk mengesan dalang insiden berkenaan menyebabkan suspek berusia 34 tahun berjaya diberkas kelmarin selepas dia didapati mahu membaling batu ke arah kenderaan yang lalu-lalang di bawah jambatan berkenaan.

Bagaimanapun, cubaan lelaki itu berjaya digagalkan apabila dia dicekup oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah Kubang Pasu, Jitra.
“Hasil intipan mendapati suspek yang menaiki motosikal jenis Honda Wave dilihat berhenti di atas jejambat berkenaan. Tidak lama kemudian, dia dilihat turun dari motosikal dan mengambil sesuatu daripada raga motosikalnya.
“Anggota polis terus menghampiri suspek ketika dia cuba mengambil sesuatu dari raga motosikalnya,” kata Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan.

Apa yang mengejutkan pihak polis apabila suspek mengakui dia melemparkan batu ke arah beberapa kenderaan gara-gara tidak puas hati dengan pemandu-pemandu lori yang pernah menghimpit motosikalnya sebelum ini.
Hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas lelaki itu juga mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki tujuh rekod lampau berkaitan kes jenayah dam dadah.
Kes kini disiasat di bawah seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan suspek yang terlibat dengan dadah juga akan disiasat di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ8073
SELANGOR
BST8607
JOHOR
JE5310J
PULAU PINANG
PSF7012
PERAK
APL5923
PAHANG
CFH7863
KEDAH
KGJ1954
NEGERI SEMBILAN
NEL9407
KOTA KINABALU
SJU2080
KUCHING
QAB5938P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat