ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PERODUA Terus Kekalkan Prestasi Cemerlangnya

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pada Oktober lalu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA)  telah mendaftarkan 27,858 kenderaan sekali gus berjaya memecahkan rekod jualannya pada Oktober tahun lepas .

Pada Oktober tahun lalu, Perodua cuma mendaftarkan  sebanyak 26,848 unit namun hasil kejayaannya itu turut mendapat perhatian meluas sehingga  ia disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.

Pengeluar kereta kompak itu kini berhasrat untuk menghantar sebanyak mungkin kenderaan pada suku keempat 2021.

Ia bertujuan untuk memecahkan rekod baharu dengan meningkatkan pengeluaran selain melakukan penghantaran kenderaan yang pantas kepada para pelanggannya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata, pencapaian itu  adalah komitmen kami terhadap para pelanggannya.

“Ia mewakili peningkatan sebanyak 90.67 peratus daripada 14,160 unit yang dijual pada September lalu. 


Pada masa ini, syarikat sedang berusaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran terutamanya untuk tahun ini,” katanya.

Untuk rekod,  sebanyak 27,858 kenderaan Perodua yang didaftarkan itu membabitkan 8,761 unit Myvi, 5,973 unit Axia, 5,257 unit Bezza, 3,973 unit Ativa, 2,553 unit Alza dan 1,341 unit Aruz.

Hakikatnya pada Oktober lepas sahaja, PERODUA menyaksikan jumlah kenderaan tertinggi yang pernah dihasilkan iaitu sebanyak 29,803 unit.

Dari Januari hingga Oktober lalu, PERODUA mendaftarkan 146,951 units,  14.5 peratus lebih rendah berbanding 171,861 yang didaftarkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Pencapaian 29,803 unit itu adalah di luar kapasiti pengeluaran semasa PERODUA, namun pasukan kakitangan  mampu meningkatkan produktiviti mereka dengan tahap kualiti yang sama walaupun tanpa kakitangan, peralatan atau jentera baharu.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan yang melanjutkan cukai jualan sehingga Jun depan, beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan keputusan kerajaan itu kerana ia dilihat membolehkan ekosistem automotif memiliki lebih banyak ruang untuk pulih.


"Lanjutan pengecualian cukai jualan juga akan memberi manfaat kepada semua, daripada pengguna kepada pengeluar komponen asli serta pembekal yang turut terjejas akibat kekurangan bekalan semikonduktor di peringkat global,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa baki dua bulan lagi pada tahun ini akan menjadi satu cabaran memandangkan pihaknya masih menghadapi cabaran bekalan akibat pandemik yang masih berterusan.

Apapun, tahniah kepada PERODUA kerana masih mampu memecahkan rekod jualan biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya  kekurangan bekalan semikonduktor. 

PERODUA turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysian Book of Records kerana menyedari pencapaiannya yang luar biasa pada tahun lalu.

PERODUA akan terus menghasilkan dan mendaftarkan sebanyak mungkin kenderaan pada masa akan datang kerana  ia membuktikan komitmen kepada para pelanggannya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR4702

SELANGOR

BST9725

JOHOR

JE7397J

PULAU PINANG

PSF8056

PERAK

APL6952

PAHANG

CFH8324

KEDAH

KGJ2422

NEGERI SEMBILAN

NEM362

KOTA KINABALU

SJU2659

KUCHING

QAB6231P

Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-09-2026
EV

19-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Tips

06-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
Global

03-11-2025
Berita Auto

06-05-2025
EV

22-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto
JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.