PERODUA Terus Kekalkan Prestasi Cemerlangnya
Pada Oktober lalu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) telah mendaftarkan 27,858 kenderaan sekali gus berjaya memecahkan rekod jualannya pada Oktober tahun lepas .
Pada Oktober tahun lalu, Perodua cuma mendaftarkan sebanyak 26,848 unit namun hasil kejayaannya itu turut mendapat perhatian meluas sehingga ia disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.
Pengeluar kereta kompak itu kini berhasrat untuk menghantar sebanyak mungkin kenderaan pada suku keempat 2021.
Ia bertujuan untuk memecahkan rekod baharu dengan meningkatkan pengeluaran selain melakukan penghantaran kenderaan yang pantas kepada para pelanggannya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata, pencapaian itu adalah komitmen kami terhadap para pelanggannya.
“Ia mewakili peningkatan sebanyak 90.67 peratus daripada 14,160 unit yang dijual pada September lalu.

Pada masa ini, syarikat sedang berusaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran terutamanya untuk tahun ini,” katanya.
Untuk rekod, sebanyak 27,858 kenderaan Perodua yang didaftarkan itu membabitkan 8,761 unit Myvi, 5,973 unit Axia, 5,257 unit Bezza, 3,973 unit Ativa, 2,553 unit Alza dan 1,341 unit Aruz.
Hakikatnya pada Oktober lepas sahaja, PERODUA menyaksikan jumlah kenderaan tertinggi yang pernah dihasilkan iaitu sebanyak 29,803 unit.
Dari Januari hingga Oktober lalu, PERODUA mendaftarkan 146,951 units, 14.5 peratus lebih rendah berbanding 171,861 yang didaftarkan pada tempoh yang sama tahun lepas.
Pencapaian 29,803 unit itu adalah di luar kapasiti pengeluaran semasa PERODUA, namun pasukan kakitangan mampu meningkatkan produktiviti mereka dengan tahap kualiti yang sama walaupun tanpa kakitangan, peralatan atau jentera baharu.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan yang melanjutkan cukai jualan sehingga Jun depan, beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan keputusan kerajaan itu kerana ia dilihat membolehkan ekosistem automotif memiliki lebih banyak ruang untuk pulih.

"Lanjutan pengecualian cukai jualan juga akan memberi manfaat kepada semua, daripada pengguna kepada pengeluar komponen asli serta pembekal yang turut terjejas akibat kekurangan bekalan semikonduktor di peringkat global,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa baki dua bulan lagi pada tahun ini akan menjadi satu cabaran memandangkan pihaknya masih menghadapi cabaran bekalan akibat pandemik yang masih berterusan.
Apapun, tahniah kepada PERODUA kerana masih mampu memecahkan rekod jualan biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya kekurangan bekalan semikonduktor.
PERODUA turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysian Book of Records kerana menyedari pencapaiannya yang luar biasa pada tahun lalu.
PERODUA akan terus menghasilkan dan mendaftarkan sebanyak mungkin kenderaan pada masa akan datang kerana ia membuktikan komitmen kepada para pelanggannya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4702
SELANGOR
BST9725
JOHOR
JE7397J
PULAU PINANG
PSF8056
PERAK
APL6952
PAHANG
CFH8324
KEDAH
KGJ2422
NEGERI SEMBILAN
NEM362
KOTA KINABALU
SJU2659
KUCHING
QAB6231P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?
Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.
17-04-2026
Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun
Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?
08-03-2026
Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025
Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.
13-01-2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat