PERODUA Buka Tempahan Myvi Baharu

Berita baik untuk peminat kereta Myvi!
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dikatakan telah mula mengumpul tempahan untuk Myvi edisi terkini yang menerima beberapa penambahbaikan.
Kereta kompak itu dikatakan hadir dengan teknologi baharu, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api lebih baik, penampilan baharu yang agak 'sporty' serta warna baharu.
“Penambahbaikan ini dilakukan bagi memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin meningkat.
“Pada masa yang sama, ia menawarkan nilai lebih hebat dengan memperkenalkan Standard Terbaharu untuk model paling diterima di Malaysia iaitu Perodua Myvi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Varian baharu itu terdiri daripada 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G.
Kesemua varian hanya didatangkan dalam transmisi Automatik memandangkan PERODUA sudah menghentikan transmisi manual daripada barisannya.
-full.jpg)
Untuk makluman anda, PERODUA juga telah meningkatkan kecekapan bahan api bagi Myvi Baharu ini iaitu kepada 22.2 kilometer (km)/liter (diuji pada varian 1.3L) berbanding 21.1km/liter sebelum ini.
Selain itu, varian AV, H dan X serta salah satu varian G akan mempunyai sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang terkini.
Ia direka untuk mengutamakan keselamatan pemandu dan pejalan kaki.
Fuhh, hebat bukan?
Lebih menarik, Myvi kali ini didatangkan dengan warna baharu iaitu Cranberry Red namun ia hanya eksklusif untuk varian AV.
Antara warna lain termasuk Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak tersedia untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue.
Sudah pastinya, ramai yang ingin mengetahui mengenai harga Myvi ini?
Ia mula dijual dari RM45,700 hingga RM58,800 tanpa insurans.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh mengunjungi pusat pameran jualan Perodua yang terdekat atau hubungi penasihat jualan yang sah.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


