Kia Forte 2022 - Lebih Sporty Dan Lebih Ciri Keselamatan!
Kia Forte 2022 kini tampil dengan identiti rekaan baharu dan juga teknologi terkini.

Versi terbaharu ini dipasangkan dengan logo Kia yang terkini, bampar depan dan belakang dalam rekaan yang lebih menarik, lampu depan yang lebih moden, lampu kabus LED yang digabungkan dengan gril kemasukan udara (pada varian GT dan GT-Line), reka bentuk rim baharu, lampu belakang LED yang sporty dan spoiler baharu. Gabungan kesemua elemen ini menjadikan Forte lebih agresif, sporty dan nampak lebih bertenaga.

Menjengah ke bahagian dalamnya, dapat dilihat bahawa Forte 2022 telah menerima penambahbaikan daripada model sebelumnya. Kesemua varian terkini mendapat kluster LCD TFT berwarna yang lebih besar bersaiz 4.2 inci. Sistem infotainmen yang digunakan pula ialah paparan skrin sentuh bersaiz 8 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Skrin bersaiz 10.25 inci dengan fungsi navigasi dan MapCare percuma didatangkan sebagai ciri standard untuk varian GT dan GT-Line.
Untuk keluaran kali ini juga, pembeli boleh mendapatkan kerusi dengan balutan kulit sintetik SynTex di samping pengecas USB di tempat duduk belakang. Seperti keluaran yang sebelum ini, Forte masih mengekalkan ruang kabin yang luas dengan lima tempat duduk yang selesa.

Forte kini dihadirkan dengan dua pilihan enjin: 2.0-litre MPI I-4 (FE, LXS, GT-Line) dengan output 147 hp/179 Nm tork dan enjin 1.6-litre GDI I-4 (GT) berpengecas turbo dengan kuasa output 201 hp/264 Nm tork.

Forte 2022 turut dilengkapi dengan ciri keselamatan yang lebih baik melalui teknologi Drive Wise ADAS. Dalam pakej keselematan terbaharu ini terdapat 15 ciri keselamatan dan ini termasuklah bantuan mengikut lorong, kawalan jelajah pintar berdasarkan navigasi, bantuan pemanduan di atas lebuh raya dan amaran selamat keluar.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL3596
SELANGOR
BSS7943
JOHOR
JC4920J
PULAU PINANG
PSE7415
PERAK
APK7015
PAHANG
CFH4643
KEDAH
KGH5744
NEGERI SEMBILAN
NEL4583
KOTA KINABALU
SJT5618
KUCHING
QAB4094P
Terakhir Kemas Kini 18 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tawaran Khas Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Ini 4 Model Yang Layak Terima Diskaun RM70
Servis Ihsan MADANI @ PROTON 2026: Pemilik Saga, Persona, Iriz & Exora Nikmati Diskaun RM70.
18-08-2026
Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur
Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.
17-08-2026
PM Naik Zeekr 009 Viral Sebab No Plat
PM Naik Zeekr 009 — Plat VHY 1947 Curi Tumpuan, Rupanya Ada Maksud Tersirat.
17-08-2026
Berapa Tiket Harga Tiket Madani?
Khabar Gembira Peminat F1: PM Umum Tiket Madani Serendah RM200.
17-08-2026
Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban
Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.
15-08-2026
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat