Palisade Tawar Empat Varian, Harga Bermula RM328, 888 - RM358,888
Hyundai-Sime Darby Motor Sdn Bhd (HSDM) melancarkan secara rasminya jentera terbaharunya, Hyundai Palisade semalam.
Harga jentera itu yang bermula dari RM328, 888 hingga RM358,888 didatangkan dengan empat varian: - Exec 7, Exec 8 (varian diesel), manakala Luxe 7 dan Luxe 8 (varian petrol).

“Permintaan ke atas kenderaan utiliti sukan yang mesra keluarga dilihat semakin meningkat memandangkan pengguna mahukan ciri serba boleh, keselesaan dan keselamatan,” kata Pengarah Urusan Runcit dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan.
Untuk Info, varian diesel didatangkan dengan, R2.2 CRDI Turbo Diesel (HTRAC AWD) dan petrol, Lambda II 3.8 GDI V6 (2WD).
Bagi model diesel, ia mampu menghamburkan 197hp @ 3,800rpm dan tork 440Nm @ 1,750-2,750rpm. Ini membuatkan versi diesel mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10.2 saat dan mencapai kelajuan maksima 190 km/j,
Sementara itu, varian petrol pula, ia dikatakan menawarkan kuasa 290hp @ 6,000rpm dan tork 355Nm @ 5,200rpm, manakala kelajuan maksimum 210 km/j. Varian ini pula mencatatkan masa 7.8 saat (0-100km/) dan mampu mencapai kelajuan maksima 210 km/j.
Kedua-dua model ini didatangkan dengan tujuh atau lapan tempat duduk dan hadir dalam lima pilihan warna iaitu: White Cream, Lagoon Silver, Steel Graphite, Moonlight Cloud, and Timeless Black.
-full.jpg)
Pada pandangan kasar, ia sememangnya kelihatan agak besar. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai ukuran dimensi kenderaan ini.
Untuk makluman anda, ia menampilkan dimensi 4,980 mm panjang, 1,975 mm lebar, 1,750 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,900 mm. Patutlah, Nampak besar!
Menjengah bahagian dalamannya, ia menawarkan kemasan berwana material kulit berwarna hitam, Burgundy atau kulit Nappa berwarna kelabu.

Malah, semua versi Palisade ini menerima paparan instrumen digital penuh Supervision dengan skrin TFT LCD bersaiz tujuh-inci, paparan head-up serta sistem infotainmen dengan skrin lapan-inci bselain sokongan Apple Carplay tanpa wayar, Android Auto.
Ia juga dilengkapi dengan sistem kawalan suara. Bagi ruang but pula, jika anda merebahkan kerusi barisan ketiga, Palisade menawarkan but seluas 1,297 liter.
Menyentuh mengenai ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Termaju Pemandu, SmartSense yang merangkumi Bantuan Elak Pelanggaran Depan (FCAA), Bantuan Elak Pelanggaran Titik Buta (BSCAA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Elak Pelanggaran Trafik Belakang (RTCAA) dan Amaran Keluar Kenderaan Selamat.

Bagi yang berminat untuk melihat jentera baharu ini, anda boleh menyaksikannya di bilik pameran Hyundai yang terletak di Sime Darby Auto Motors, Ara Damansara, Jalan Klang Lama, Gurney Paragon, Pulau Pinang dan Hyundai di Skudai.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web https://www.hyundai.com.my/showroom/palisade/.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1175
SELANGOR
BSS7105
JOHOR
JC4074J
PULAU PINANG
PSE6749
PERAK
APK6452
PAHANG
CFH4487
KEDAH
KGH5341
NEGERI SEMBILAN
NEL4293
KOTA KINABALU
SJT5344
KUCHING
QAB4022P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Macam Mana Puspakom Lepaskan Lori Cuma 1 Minit? Kuasa AI Bongkar Segalanya
Puspakom Periksa Bawah Kenderaan Komersial Hanya 1 Minit. Ini Hakikat Sebenar Disebalik Teknologi AI.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat