Kereta Yang Jarang Ditemui Ini Dipamerkan Pada Pameran Auto Guangzhou 2021
Kebanyakan pameran motor antarabangsa terpaksa dibatalkan gara-gara pandemik Covid-19 namun Pameran Auto Guangzhou merupakan satu majlis yang tidak ditangguhkan.
Ia yang diadakan pada setiap tahun pada November, telah kembali semula dan pameran pada tahun kali ini menampilkan sejumlah kereta konsep yang jarang ditemui.
Seperti biasa, CariCarz akan menampilkan senarai kereta luar biasa tetapi kali ini semuanya mengenai kereta konsep.

Kereta pertama ialah, kereta konsep flagship Buick GL8. Model konsep minivan yang merupakan generasi ketiga Buick itu dibangunkan oleh SAIC dan General Motors di Shanghai.

Minivan futuristik ini sebenarnya mempamerkan rekaan bahasa generasi Buick yang seterusnya selain ia hadir dengan reka bentuk yang lebih rapi dan teknologi canggih.

Ia yang hadir dengan cat kereta dua tona, gril iluminasi, rim aloi dengan ruang jejari besar dan lampu belakang melata (cascading).

Namun apa yang menarik perhatian adalah ruangan dalamannya yang tampak lebih mewah manakala kerusi penumpang boleh diputar dan tempat duduk belakang direka dengan suspensi sifar graviti bagi memastikan keselesaan yang optimum.

Ia juga merangkumi paparan hud kepala jenis freestanding bersaiz 30 ini, skrin sentuh stereng bersepadu, paparan kepala yang lebih lebar dan semua fungsi kenderaan dikawal melalui arahan suara.

Sebaliknya, Buick mendakwa bahawa kereta konsepnya itu digandingkan dengan teknologi Vehicle-to-X (V2X) dimana ia mampu berinteraksi dengan kenderaan, orang, infrastruktur dan storan awan.

Kenderaan kedua juga merupakan model konsep yang berasal dari jenama sama. Ia dikenali sebagai Buick Smart Pod.

Ia juga merupakan satu lagi model minivan futuristik yang menayangkan kenderaan autonomi masa depan.

Dibangunkan di platform Ultium EV sama seperti Cadillac Lyriq dimana konsep Smart Pod juga sama dengan Porsche Vision Renndienst.
Jentera ini dilihat menggunakan tingkap yang agak pelik selain rim aloi lebih besar.
Bahagian luarnya dilengkapi dengan lampu LED mikro dan lampu belakangnya pula dilihat agak tersembunyi jika tidak digunakannya.

Menjengah bahagian dalamannya, ia menawarkan keselesaan luar biasa untuk empat penumpangnya dimana Smart Pod dilengkapi tempat duduk yang boleh dibaringkan seolah-olah seperti katil.

Ia juga dikatakan tidak sama seperti kenderaan lain. Ini kerana data yang disediakan di bahagian paparan head-up juga ditayangkan di tepi tingkap!
Seterusnya ialah GAC Trumpchi Vision Emkoo dimana ia buat pertama kali ditayangkan di pameran berkenaan. Ia menampilkan rekaan sci-fi.

Seperti mana yang ditayangkan, ia dilihat menggunakan gril hadapan yang besar lampu LED dan bahagian belakangnya seperti model fastback.

Selain itu, roda jentera ini kelihatan tersembunyi manakala rekaan dalamannya menawarkan ruang kabin yang senyap.

Model keempat ialah Honda e:N SUV dan e:N Coupe. Konsep ini direka untuk kenderaan elektrik Honda dimana ia akan di China dalam lima tahun akan datang.
Konsep kereta masa depan ini menampilkan bahagian yang tajam manakala elemen lampu belakangnya pula dilihat agak futuristik.
Menurut Honda, kedua-dua kereta konsep itu menyokong seni bina e:N baharu mereka yang berjenama e:N selain didatangkan dengan set bateri yang dibekalkan oleh pengeluar bateri, CATL.



Tangga kelima yang menduduki senarai ini ialah kereta konsep Hycan. Ia merupakan kereta elektrik coupe empat pintu yang dikatakan bakal menggoda golongan muda di China.



Bar hadapannya dilihat merentangi sepasang lampu manakala lampu belakangnya kelihatan agak bergaya.

Lebih kreatif, tayarnya berselindung di sebalik rim aloinya dan cermin sisinya yang sempit pula memberi tumpuan kepada elemen aerodinamik.

Pameran itu turut mempamerkan kereta konsep S namun tidak banyak perkara diketahui mengenai jentera ini sejak syarikatnya diasaskan pada tahun 2019.
Syarikat itu telah melancarkan dua model kenderaan elektrik iaitu 007 dan Z03.

Dalam pada itu, pikap konsep GWM King Kong Supercar juga dipamerkan. Ia datangkan dengan kit badan lebar, suspensi rendah, roda aloi hitam besar dengan dan bar sports di bahagian belakang. Ini menjadikan kenderaan ini tampak bergaya.

Bagi melengkapkan konsep reka bentuknya, ia hadir dengan fender hadapan yang lebih luas, pemijak sisi aerodinamik, spoiler belakang dan terdapat kemasan krim di bahagian bawah lampu hadapannya.
Ia juga dilengkapi dengan cermin tingkap, paip ekzos dan peresap belakang yang lebih besar empat kali ganda.

Tangga ketujuh pula, Salon Mecha Dragon yang merupakan salah satu sub-jenama yang diperkenalkan Great Wall Motors.

Ia merupakan edisi terbaharu dalam barisan yang termasuk Haval, Ora, GWM, Wey dan Tank.
Model saloon pertama ini menawarkan sistem elektrikal dari platform 800V dimana ia mampu menghamburkan 480kW selain melakukan perjalanan sejauh 802 kilometer.


Hanya dengan pengecasan 10 minit, ia mampu melakukan perjalanan tambahan 401 kilometer.

Sama seperti kenderaan lain yang dipamerkan pada pameran berkenaan, Mecha Dragon juga didatangkan dengan skrin yang agak lebar dari dinding ke dinding sehingga merentangi bahagian papan pemuka.
GWM mendapat ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.7 saat.


Kereta konsep yang kelapan pula adalah keluaran jenama Great Wall Wey, Wey Yuanmeng. Ia merupakan versi semula VW Beetle yang diinspirasikan oleh Ora Ballet Cat yang ditayangkan di China beberapa bulan lalu.


Ia agak menyerlahkan memandangkan gril hadapannya dihiasi dengan krom menjadikan ia kelihatan seperti kereta klasik Amerika keluaran tahun 1930.


Melihat pandangan hadapannya, perincian krom dikelilingi di bahagian lampu hadapan dan bamparny ajuga dilengkapi dengan rim krom.

Bahagian belakangnya pula dipadankan dengan satu bonggol besar yang sebenarnyan menawarkan penyimpanan beg.

Begitupun, luaran kenderaan ini agak ketinggalan zaman namun bahagian dalamannya menampilkan rekaan moden. Ia bercirikan kluster instrumen digital, skrin infotainmen besar dan terdapat skrin untuk penumpang ketiga.

Ia yang hadir dengan rim tiga jejari dengan butang sentuh selain tempat kerusi dibaluti dengan kulit sekali gus menimbulkan suasana mewah.

Jentera kesembilan pula ialah konsep kenderaan elektrik Monterey yang dibangunkan oleh Songsan Motors.

Menelusuri bahagian dalamannya, ia dihiasai dengan material kulit manakala bumbungnya pula kelihatan seperti Fiat 500.

Bagaimanapun, tarikan utamanya terletak pada rekaan luarannya. Dari bentuk sehingga aksen krom di bahagian sisi memaparkan rekaannya seolah-olah seperti Buick Roadmaster keluaran 1957.

Biarpun sukar untuk meramalkan kenderaan ini dengan hanya melihat gambarnya tetapi nampaknya ia menawarkan prestasi dan luarkan yang cukup memuaskan.

Akhir sekali ialah SS GT, keluaran Songsan Motors. Kenderaan sedan yang bergaya retro ini hadir dengan empat pintu.

Jika sekali pandang, ia sama seperti Lamborghini dimana bukaan pintunya seperti pintu model-model Lamborghini, atau lebih spesifik digelar sebagai Scissors Door (pintu gunting).

Secara keseluruhannya, SS GT tampak moden selain kerangka badannya yang lebih melengkung dan fender yang kembung.

Jentera berwarna oren ini dikatakan memiliki ukuran panjang 5,000 mm, selebar 2,000 mm dan setinggi 1,456mm.

Dari segi prestasinya, syarikat berkenaan mendakwa ia mampu melakukan perjalanan sejauh 800 km. Ini kerana ia memiliki pek bateri iaitu 100 kWh.


Dilengkapi dengan motor elektrik berkembar menyebabkan ia mampu menghamburkan kuasa 516 hop dan tork 700 Nm.
Jentera ini mampu memecut 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.8 saat.
Bahagian dalamannya pula, kesemua kerusinya dibaluti dengan kulit, karpet kelabu dan tertera perkataan Songsan Motors berwarna putih di bahagian papan pemuka.
Biarpun, ia merupakan model konsep syarikat berkenaan mendakwa ia bakal dijual 298,000 yen (RM 11,059).
Jadi, inilah 10 jentera yang mengungguli senarai kami. Untuk makluman anda kereta konsep ini telah dipamerkan pada Pameran Auto Guangzhou pada tahun ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPY1946
SELANGOR
BSJ9298
JOHOR
JYK6134
PULAU PINANG
PRV4631
PERAK
APC3394
PAHANG
CFD9806
KEDAH
KGC8596
NEGERI SEMBILAN
NEH5328
KOTA KINABALU
SJN5474
KUCHING
QAB4786M
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
+0.06
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.95
+0.06
EURO 5 B7
RM 3.15
+0.06
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Berita Terkini
Perkembangan Terkini, ECRL Fasa 1 Kelantan-Gombak Siap
Kerja-kerja sivil projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang jajaran dari Kelantan hingga ke Terminal Bersepadu Gombak sudah siap, baru-baru ini.
05-11-2025
Kerajaan Cuba Perluaskan FLYSiswa Kepada Pelajar IPTS, Akui Sukar Kerana Perlu Peruntukan Tinggi
Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mencari jalan dan mempertimbangkan untuk memperluaskan inisiatif FLYSiswa kepada pelajar yang memerlukan bantuan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
05-11-2025
PDRM Tawar Diskaun Saman 70%, Pesalah Trafik Rasa Insaf Bila Bayar Saman Bawa Laju!
Bayarlah saman PDRM selagi ditawarkan diskaun 70% sehingga Disember ini.
05-11-2025
PM: Kerajaan Setuju Naikkan Had Kelayakan BUDI96 Kepada Sektor e-Hailingc, 800 Liter Sebulan
Kerajaan bersetuju menaikkan had kelayakan program Budi Madani (BUDI95) bagi pemandu e-hailing yang layak kepada hingga 800 liter sebulan.
04-11-2025
Perhatian, Jangan Terpedaya Iklan Lesen Memandu Percuma, Tanpa Ujian, - JPJ
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan lesen memandu percuma dan tanpa ujian yang menggunakan nama dan gambar rasmi JPJ.
04-11-2025
RTS Link JB-Singapura Bakal Siap Dis 2026, Mula Operasi Jan 2027
Kementerian Pengangkutan mengesahkan RTS Link Johor Bahru-Singapura dapat disiapkan mengikut jadual selepas struktur bangunan ketiga-tiga komponen utama projek berkenaan siap sepenuhnya.
04-11-2025
Berita Baik, Harga Pas Bas.My Turun Kepada RM30 Sebulan, Maknanya, 1 Hari, Tambang Cuma RM1
Ada berita baik bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan Bas.My dalam urusan seharian mereka memandangkan harga pas perjalanan Bas.My di seluruh negara diturunkan kepada RM30.
04-11-2025
Tahniah Lebuhraya Malaysia Dapat Pujian Antarabangsa, Rakyat Perlu Terus Lapor Kerosakan Jalan
Kementerian Kerja Raya mendedahkan kualiti lebuh raya di negara ini menerima pujian antarabangsa selepas video konvoi kenderaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang melalui lebuh raya tular di media sosial baru-baru ini.
03-11-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat


