Mercedes-Benz S-Class: Varian Tunggal, Harga Masih Belum Didedahkan!
-full.jpg)
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan model S580e hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, di ibu kota kelmarin.
Jentera baharu ini yang sarat dengan teknologi dan inovasi terkini bakal menawarkan pengalaman pemanduan terbaik untuk para pelanggannya.
-full.jpg)
Begitupun, harga limosin mewah ini masih belum ditetapkan setakat ini namun, sudah ada yang menempah jentera itu.
Perkara itu turut diakui Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpang MBM, Michael Jopp.
“Kami sudah menerima sejumlah tempahan namun harga sebenar kenderaan ini masih belum dimuktamadkan. Ia akan diumumkan selewat-lewatnya pertengahan Januari depan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran model Mercedes-Benz S580e.
-full.jpg)
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa harga jentera itu akan ditawarkan lebih tinggi berbanding model sebelumnya.
Untuk rekod, Mercedes-Benz S560e W222 sebelum ini, dijual pada harga RM658,888.
-full.jpg)
Mengulas lanjut mengenai ketibaan model terpenting (flagship) itu, beliau berkata, model Class S itu cuma didatangkan dengan satu varian dan ia merupakan unit pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang Mercedes-Benz di Pekan, Pahang.
Model ini menawarkan beg udara bersemuka bagi penumpang belakang. Beg udara belakang ini menggunakan rekaan bertiub yang mengurangkan tekanan impak pada bahagian kepala dan tulang belakang. Malah, sistem bantuan suara kini dilengkapi di semua tempat duduk hadapan dan belakang.
Sejak model S-Class diperkenalkan ke pasaran global, lebih 4 juta unit limosin itu telah terjual. Bagi pasaran Malaysia, model yang dibawa masuk pada akhir 1970 itu, sudah terjual sebanyak 18,000 unit.
Dari aspek mekanikal, limosin mewah ini dipadankan dengan enjin 3.0 liter turbo enam-silinder sebaris.
-full.jpg)
Ini membuatkan jentera mewah ni mampu menghamburkan kuasa 367 PS pada 5,500 hingga 6,100 rpm dan tork 500 Nm pada 1,600 hingga 4,500 rpm.

Ia digandingkan bersama transmisi 9G-Tronic. Trenkuasa model ini turut disokong kotak gear automatik 9G-Tronic sembilan kelajuan dimana ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 5.2 saat dengan kelajuan tertinggi 250 (km/j).
Untuk makluman anda, S 580 e ini juga didatangkan dengan pengecas onboard 11 kW, dimana pengecas wallbox AC tiga-fasa mengambil masa sekitar dua hingga 2.5 jam untuk bateri mencapai 80 peratus pengecasan.

Mungkin ramai yang ingin tahu dimana letaknya pek bateri kereta sedan ini? Pek baterinya sebenarnya ditempatkan di ruang but menyebabkan ruang butnya hanyalah seluas 330 liter berbanding 550 liter pada varian petrol atau diesel.
-full.jpg)
Menjengah bahagian luarannya, ia dilihat menggabungkan sentuhan moden dan klasik memandangkan ia menerima sentuhan visual lebih halus termasuk lampu depan trapezoid yang lebih langsing dan lebar .
Malah, ia juga tampil dengan gril yang agak besar sekali gus ia kelihatan lebih menyerlah.

Ciri biasa yang ada pada model Malaysia ialah lampu depan LED Pencahayaan Digital, yang menggunakan 1.3 juta mikro bagi memberikan resolusi 2.6 juta piksel.
Bagi meningkatkan ketepatan sistem Adaptive Highbeam Assist Plus yang lebih 100 kali berbanding Multibeam, unit lampu digital juga dikatakan boleh melaraskan pancaran supaya sesuai dengan topografi mengikut data navigasi.
Jika diamati dengan lebih dekat, terdapat tiga bintik lampu di dalamnya. Ini sebenarnya menggambarkan ia merupakan model S-Class berbanding E Class yang cuma menggunakan dua bintik.

Selain itu, ia digandingkan dengan rim multi-twin-spoke bersaiz 19-inci dan bumbung suria gelangsar panoramik.

-full.jpg)
Sebaik melabuh punggung ke atas tempat kerusinya, ia cukup menyelesakan. Apa tidaknya, kesemua tempat duduknya dibaluti upholstery kulit Nappa yang telah direka semula untuk menjadikannya lebih selesa.
Untuk tempat duduk pemandu, ia diberikan larasan elektrikal dengan fungsi memori dan tempat duduk belakang eksekutif juga menerima sentuhan yang agak unik.
Sistem kawalan suara “Hey Mercedes” kini boleh digunakan dalam 27 bahasa. Ia juga berupaya memahami beberapa arahan secara serentak.
-full.jpg)
Tidak ketinggalan, penumpang belakang juga boleh menggunakan sistem kawalan suara.
Menyentuh mengenai sistem infotainmennya pula, ia dilengkapi dengan skrin sentuh OLED bersaiz 12.8 inci dimana ia memiliki resolusi 1,888 X 1,728 piksel.
Ia turut dilengkapi dengan sistem hiburan MBUX mewah dengan paparan berkembar 11 inci, dua set headset tanpa wayar dan tablet android 7-inci.
-full.jpg)
Kereta sedan ini juga memiliki keupayaan sistem audio yang cukup mengujakan menerusi sistem bunyi keliling 3D Burmester dengan 16 pembesar suara dan amplifikasi 760 watt.
Di sebalik bahagian luaran dan dalamannya, model terbaharu ini dibina dengan kombinasi bahan besi dan aluminium, manakala 50 peratus daripada beratnya datang daripada aluminium.
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai ciri keselamatan kereta baharu ini.
-full.jpg)
Percaya atau tidak, jentera S-Class ini merupakan kereta pertama di dunia yang menggunakan beg udara hadapan untuk penumpang belakang. Ia dipasang pada bahagian belakang tempat duduk hadapan.
Fuhh, sungguh hebat rekaan Mercedes-Benz!
-full.jpg)
Bagi menjamin keselamatan para penumpang, tali pinggang keledar dikatakan mempunyai beg udara tersendiri.
Secara keseluruhan jumlah beg udara untuk S 580 e ini ialah 13 unit.
Pada pandangan mata halus pula, ia juga dilengkapi dengan Brek Autonomi Kecemasan dengan pengesan pejalan kaki, kawalan pelayaran adaptif, bantuan kekal lorong, bantuan tukar lorong, bantuan elak pelanggaran, isyarat henti kecemasan dan pemantau titik buta.
Maka, tidak hairanlah mengapa Mercedes-Benz yang menggelar jentera ini sebagai kereta terbaik di dunia.
-full.jpg)
Pendek kata, jentera ini menawarkan pelbagai teknologi canggih semata-mata untuk menjamin keselamatan para penumpangnya. Tahniah Mercedes-Benz!
Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web,https://www.mercedes-benz.com.my/.
-(1)-full.jpg)
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6526
SELANGOR
BSQ8454
JOHOR
JYY7485
PULAU PINANG
PSD1321
PERAK
APJ2503
PAHANG
CFG7912
KEDAH
KGG5216
NEGERI SEMBILAN
NEK6635
KOTA KINABALU
SJS4331
KUCHING
QAB119P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jangan Terperanjat Dengan Harga Maybach S-Class Ini
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan, Mercedes-Maybach S580 di ibu kota, pagi tadi.
01-03-2022
Berita Terkini
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat