Jangan Terperanjat Dengan Harga Maybach S-Class Ini
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi merancakkan industri automobil negara apabila memperkenalkan, Mercedes-Maybach S580 di ibu kota, pagi tadi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, Mercedes-Maybach merupakan kemuncak kepada kecemerlangan automotif di Mercedes-Benz.
“Ketika meraikan ulang tahun ke-100 warisan Maybach yang unik, Mercedes-Benz kekal komited untuk memacu jenama ini dan menetapkan standard paling tinggi dari segi gaya, keselesaan dan kualiti pertukangan luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memperkenalkan Maybach S- Class di The Estate on Federal Hill, Kuala Lumpur.
Melihat kepada luarannya, ia sudah melambangkan kemewahannya selain menampilkan personaliti dan citarasa yang cukup tinggi.
-full.jpg)
Secara keseluruhannya, Mercedes Maybach S-Class ini menawarkan pelbagai ciri eksklusif dengan gabungan elemen mewah, sofistikated dan unggul.
Bagi menjelmakan ciri kemewahannya, kemasan cat dua tona dengan garis pemisahnya dilukis menggunakan tangan serta dipadankan dengan rim aloi forged bersaiz 21-inci.

Jentera ini kelihatan agak besar dan lebih panjang berbanding S-Class biasa. Sebagai perbandingan, S580 ini dikatakan memiliki dimensi panjang sebanyak 5,469 mm iaitu 180 mm lebih panjang dari S-Class.
Sebalikinya, lebarnya masih dikekalkan dengan ukuran 1,921 mm bersama jarak roda sejauh 3,396 mm.

Tunggu, biarpun ia agak panjang namun jangan salah sangka, ia sebenarnya hanya mampu memuatkan empat orang termasuk pemandu.

Ya, empat orang sahaja! Ini kerana ia sebenarnya mahu memberikan keselesaan maksimum kepada pemilik termasuk penumpang jentera ini.
Ia juga menerima kemasan krom, termasuk pada kemasan gril bawah bawah bampar hadapan, kemasan diffuser bawah bampar belakang.
Jika diamati dengan lebih dekat, kali ini tiang -C juga direka lebih ‘tebal’ bersama logo Maybach.
Menjengah kabinnya, anda boleh melangkah masuk ke dalam jentera ini menerusi pintu bantuan kuasa.
Apa yang lebih menarik, penumpang belakang dilihat menerima tempat duduk kelas pertama.
Sebaik saya melabuhkan punggung ke bahagian tempat duduknya, saya dapat merasakan keselesaan yang cukup maksimum memandangkan ia juga dilengkapi dengan konsol tengah bersaiz penuh.

Kesemua tempat duduknya dibalut dengan kulit Nappa Maybach Exclusive serta memori larasan, pemanas dan aliran udara serta sistem urutan.
-full.jpg)
-full.jpg)
Penumpang belakang juga diberikan meja yang boleh dilipat dan kedua-dua tempat duduknya ‘dihidangkan’ dengan tablet Android tujuh inci termasuk skrin infotainmen bersaiz 11.6 inci.


Tidak ketinggalan juga, jentera ini turut dilengkapi dengan peti sejuk yang membolehkan pemiliknya menyimpan minuman.
Malah, model ini juga dilengkapi dengan sistem bunyi 3D dengan 15 pembesar suara berkuasa 710 watt, bersama tapisan bunyi bising jalan raya.
Meskipun mendapat banyak sentuhan baharu, kabin Maybach S580 turut diberikan lampu suasana aktif 64-warna dengan 253-LED yang disertakan dengan dua tema warna unik iaitu rose gold white dan amethyst glo aktif.
Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya lima skrin paparan berasaskan teknologi OLED termasuk sebuah skrin sebesar 12.8 inci.
Mneyentuh mengenai prestasinya, Maybach S-Class S580 ini menerima trenkuasa petrol hibrid jenis 8-silinder .

Ini bermakna, ia menawarkan kuasa 503hp pada 5,000rpm dan tork 700Nm antara 2,000rpm-4,500rpm.
Ia juga mampu memecah kelajuan maksimum 250 kilometer sejam manakala mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 4.8 saat.
Fuh, sungguh luar biasa.
Nampaknya, kemewahan jentera varian ini tidak lengkap dengan ciri keselamatan yang agak canggih.
Maybach S580 ini dilengkapi dengan bantuan pemandu yang merangkumi sistem brek kecemasan automatik bersama pengesan pejalan kaki dan lintasan trafik yang diperhalusi, kawalan jelajah adaptif dan bantuan kekal tengah lorong bagi melengkapkan sistem pemanduan autonomi Tahap 2.
Bagi menjamin keselamatan penumpangnya, ia dipasang dengan 14 beg udara dan terdapat beg udara khas untuk penumpangnya .
Bagaimanapun, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga jentera mewah ini?
Tetapi jangan terkejut dengar harganya!
Ia dijual pada harga RM 1.9 juta dan turut menawarkan waranti selama empat tahun tanpa had perbatuan.
Sebaliknya, apakah pendapat anda mengenai jentera mewah ini, kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz S-Class: Varian Tunggal, Harga Masih Belum Didedahkan!
Jentera ini dikatakan sarat dengan teknologi terkini.
15-12-2021
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


