ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kisah Legasi Lancia Ditayangkan Dalam Dokumentari, ‘Elegance On The Move’

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bercakap mengenai nama-nama pengeluar kereta yang terdahulu dan terkini, nampaknya, filem dokumentari bertajuk , ‘Elegance On The Move’ telah mengembalikan semula sejarah jenama Lancia yang kini berusia 115 tahun.

Menerusi episod ketiga dan terakhir yang bertajuk ‘Dust and Stars’ itu, ia menceritakan peranan Lancia dalam sukan permotoran di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Lancia, Luca Napolitano, episod berkenaan memaparkan bermulanya sejarah 115 tahun jenama Lancia dalam dunia perlumbaan kereta.

“Ia menceritakan bibit-bibit jenama ini menceburkan diri dalam bidang permotoran sehingga ia mengecapi kejayaan besar.

“Kejayaan ini memberi laluan kepada Lancia untuk mendapat kemenangan terbanyak dalam pertandingan rali dimana Lancia Delta telah banyak meraih anugerah dalam perlumbaan ini berbanding jenama kereta lain,” katanya.

Namun apa yang lebih menarik dalam sejarah mereka ialah apabila mendengar komen  positif daripada berjuta-juta peminat Lancia  dari seluruh dunia.

Jenama Lancia dikatakan menjadi perbualan hangat dalam komunikasi harian, pameran hasil karya seni termasuk di pawagam.

Dalam pada itu, Napolitano telah menemui Ketua Reka Bentuk dan Ujian Pasukan Lumba Lancia HF Sergio Limone dan Presiden Armando Testa, Marco Testa dalam satu majlis baru-baru ini.

Mereka berkata, sebut sahaja mengenai perlumbaan rali, sudah pastinya nama Lancia akan menjadi sebutan di seluruh dunia.

Apa tidaknya, jenama Lancia sememangnya telah memenangi lebih banyak pertandingan rali berbanding pengeluar kereta lain.

Bertitik tolak dari situ, Lancia telah memperoleh sejumlah anugerah yang agak mengagumkan termasuk meraih kejohanan dalam perlumbaan rali Mount Olympus.

”Selain itu, ia juga telah meraih kemenangan dalam sejumlah perlumbaan rali iaitu Kejohanan Rali Dunia yang ke-15, tiga Kejohanan Constructor and Endurance Dunia, dua kejohanan Mille Miglia, dua kemenangan di Targa Florio dan satu perlumbaan Carrera Panamericana.

Begitupun, era kegemilangan Lancia dikatakan beralih dengan serta-merta pada tahun 1970 dan 1980-an apabila beberapa model legenda dikeluarkan seperti Stratos, 037, dan Delta.

Sejak itu, kedua-dua model ini telah mendominasi perlumbaan rali  lebih 20 tahun.

Limone menyifatkan tanpa kewujudan Lancia di dalam perlumbaan rali, sudah pastinya berjuta-juta peminat sukan ini tidak akan berminat untuk menyaksikan perlumbaan berkenaan. 

Lebih menarik, Lancia dikatakan telah mengeksploitasikan permotoran sejak sekian lama.

Pengasas Lancia, Vincenzo Lancia yang begitu teruja untuk bertanding dalam beberapa perlumbaaan kereta menyebabkan beliau meraih sejumlah kemenangan sekitar tahun1908-1909.

Bagaimanapun, sebaik memulakan syarikatnya, beliau telah berhenti berlumba sebaliknya menumpukan perhatian dalam rekaan kereta.

Sekitar tahun 1920 dan 1940-an, kereta Lancia telah dimiliki oleh pelanggan peribadinya yang banyak memenangi  perlumbaan kereta.

Ia kemudian dimiliki oleh pengeluar automotif Turin pada tahun 1951 yang kembali semula dalam arena perlumbaan kereta.

Setahun kemudian, pasukan Scuderia Lancia ditubuhkan dimana logo syarikat itu dihiasi dengan seekor anak gajah yang seolah-olah melompat.

Pada tahun 1954 hingga 1955, Lancia D50 yang hadir dengan satu tempat tunggal memainkan peranan penting dalam Formula 1 dan akhirnya tidak mahu lagi menguasai dunia sukan.

Tindakannya itu juga menandakan Lancia telah menarik diri daripada bertanding dalam mana-mana perlumbaan kereta.

Apa yang mengejutkan sebaik melangkah masuk tahun 1960, jenama kereta Itali itu beraksi semua dalam perlumbaan rali.

Dari situ, lahirnya Pasukan Lumba Lancia dengan logo gajah kecil berwarna merah dengan menggunakan nama samarannya, HF (High Fidelity).

 Beralih pada tahun 1874, ia menyaksikan penampilan sulung Lancia Stratos HF yang merupakan kereta pertama di dalam dunia yang direka khas untuk perlumbaan rali.

Untuk makluman anda, hanya 500 model Lancia Stratos dihasilkan dimana ia hadir dengan satu misi sahaja iaitu mampu meredah apa sahaja permukaan jalan raya tidak kira, kawasan salji, batu kelikir atau di litar perlumbaan.

Lebih menarik, Stratos HF  menggunakan enjin Ferrari Dino. Ia digandingkan dengan enjin 2.4 liter V6 dimana penggunaan enjin itu telah dipersetujui sendiri oleh pemilik syarikat Ferrari, Enzo Ferrari.

Lima tahun kemudian, Lancia Rally O37 telah mencipta kemenangan dalam Kejohanan Rali Dunia pada tahun 1983.

“Era pacuan empat roda telah pun bermula, tetapi 037 yang hadir dengan pacuan roda belakangnya masih menjadi satu-satnya  kereta yang perlu ditewaskan oleh kereta lain.

“037 merupakan satu-satunya kereta yang mampu bersaing dengan Audi Quattro. Ia tampil dengan ciri teknikal yang sungguh hebat sehinggakan pasukan Audi menjadi curiga dengan ketangkasan jentera ini.

“Ketika Perlumbaan Rali Sanremo, pasukan Audi menghantar jurutekniknya sendiri di pusat servis kami. Seingat saya, juruteknik itu datang dengan menggunakan helikopter semata-mata memastikan bahawa Lancia tidak dipasang dengan pacuan roda hadapan di bahagian atas. Lagipun, ia sememangnya tidak dipasang dengan pacuan roda,” kata Limone.

Susulan itu, Lancia 037 mencipta satu lagi rekod apabila memenangi Kejohanan dunia.

Bagi mengikuti jejak langkah  kereta ultra berkuasa dalam Kumpulan B, Lancia mempertaruhkan pacuan empat rodanya, Lancia Delta HF.

Bermula dari 1987 sehingga enam tahun kemudian, Delta HF dan penggantinya, Delta HF Integrale dan  Integrale 16V berjaya menguasai babak perlumbaan rali.

Manakan tidak, ia meraih sekurang-kurangnya 10 gelaran juara dunia.

Enam kemenangan dalam Kejohanan Dunia Contructors, dan empat kejuaraan telah dimenangi pemandunya.

Ini bermakna, ia membelot 46 daripada 66 kemenangan dalam acara yang disertai dalam perlumbaan kejohanan dunia.

 Bersama-sama dengan kemenangan lain dalam perlumbaan domestik, nampaknya Lancia Delta telah memenangi paling banyak perlumbaan dalam sejarah berbanding kereta lain.

Kini, menyingkap pula sejarah Lancia.

Lancia mewakili kecemerlangan dan amat disayangi di seluruh dunia menyebabkan ia menjadi simbol 'kecantikan dan pekerjaan yang dilakukan dengan baik'.

Ia kemudian menjadi satu ikon kereta impian selain dipilih untuk beraksi dalam filem, selain turut disenaraikan dalam senarai antarabangsa

Kereta Lancia telah dipaparkan dalam filem yang telah mencatat sejarah dan dalam komunikasi yang sungguh bergaya dan canggih bagi menangani isu sosial dan budaya.

Lancia telah wujud dalam pelbagai era sejarah sekali gus menyumbang imejnya kepada penciptaan gaya hidup dan memaparkan kebudayaan Itali itu sendiri.

“Bayangkan nama Lancia mula menjadi bualan dari jalanan hingga pawagam, fesyen dan seni tetapi dengan gaya bahasa yang tersendiri,” kata Testa.

Hubungan antara Lancia dan pawagam sangat rapat awal abad 20-an apabila kereta Lancia muncul dalam filem pertama yang dijalankan di Turin.

Ia ditayangkan dalam filem Itali, Telegoni Bianchi atau telefon putih sekitar tahun 1930 namun  digayakan dalam komedi Amerika.

Malah, pelakon-pelakon tempatan dan antarabangsa seperti Claudia Cardinale, Anita Ekberg dan Jean-Paul Belmondo lebih gemar memilih Lancia Aurelia dan Appia untuk menelusuri jalan-jalan di sekitar Eropah.

Ketika itu, salah seorang peminat tegar kereta Lancia ialah pelakon tempatan, Marcello Mastroianni yang gemar membawa Lancia Flaminia.

Dalam tempoh yang sama, Pemenang Nobel 1954 dalam Kesusasteraan, Ernest Hemingway juga dilihat meninggalkan Perancis dengan menaiki Aurelia B21.

Kenderaan itu menjadi teman perjalanannya bagi menghasilkan hasil karyanya, 'The Dangerous Summer'. 

Beberapa tahun kemudian, Aurelia B24 dipaparkan dalam filem 'Dino Risi's Il sorpasso' (1962).

Kehadiran kereta itu menjadikannya kereta paling terkenal dalam beberapa filem yang ditayangkan di pawagam.

Sejumlah model Lancia seperti Fulvia Coupé ditampilkan dalam filem  'Profondo Rosso' (1975) manakala Lancia Delta pula digunakan  dalam filem 'Pour la peau d'un flic' (1981).

Selain digunakan dalam filem-filem, model Lancia juga tampil dalam kempen pengiklanan.

Secara ringkasnya, Lancia hadir dengan penuh elegan dalam iklan-iklan yang dibuat oleh pengarah filem Itali, Gabriele Muccino.

Sementara itu, bermula pelakon Perancis Catherine Deneuve, pereka fesyen Stefano Gabbana, pelakon Vincent Cassel dan  Richard Gere, termasuk Carla Bruni, juga membintangi kempen   ‘Lancia Musa, City Limousine’

Apapun, episod filem dokumentari itu memaparkan perjalanan Lancia bermula dari 1906 sehingga hari ini.

Pendek kata, ia menceritakan mengenai jenama kereta yang sentiasa kekal di hati orang ramai selain rekaannya yang tidak lapuk dek zaman menjadi simbol kecemerlangan Itali di seluruh dunia.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPM7163

SELANGOR

BSG8252

JOHOR

JYE5874

PULAU PINANG

PRT1482

PERAK

ANY7963

PAHANG

CFD1134

KEDAH

KGB6702

NEGERI SEMBILAN

NEG6521

KOTA KINABALU

SJL9999*

KUCHING

QAB8643L

Terakhir Kemas Kini 06 Aug, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.17

-0.04

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.91

EURO 5 B7

RM 3.11

Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025

Berita Berkaitan

Global

Stellantis Bakal Hentikan Jualan Jenama Yang Tidak Laris? Ini Jenama Yang Mungkin Terlibat...

Kumpulan automotif multinasional, Stellantis, mengumumkan penurunan keuntungan sebanyak 48%.

30-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025
Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025
Berita Auto

Jejalah MISI 5 – Proton e.MAS 5 Dekati Rakyat Malaysia Ogos-Oktober Ini

Kenderaan elektrik (EV) kedua Proton yang dinanti-nantikan ramai, Proton e.MAS 5, bakal membuat kemunculan di seluruh Malaysia melalui siri jelajah MISI 5 Proton e.MAS 5.

05-08-2025
Berita Auto

Perincian Penyasaran Subsidi RON95 Diumum Sept 2025

Kementerian Kewangan mengesahkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September ini.

05-08-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.