Kisah Legasi Lancia Ditayangkan Dalam Dokumentari, ‘Elegance On The Move’
Bercakap mengenai nama-nama pengeluar kereta yang terdahulu dan terkini, nampaknya, filem dokumentari bertajuk , ‘Elegance On The Move’ telah mengembalikan semula sejarah jenama Lancia yang kini berusia 115 tahun.
Menerusi episod ketiga dan terakhir yang bertajuk ‘Dust and Stars’ itu, ia menceritakan peranan Lancia dalam sukan permotoran di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Lancia, Luca Napolitano, episod berkenaan memaparkan bermulanya sejarah 115 tahun jenama Lancia dalam dunia perlumbaan kereta.
“Ia menceritakan bibit-bibit jenama ini menceburkan diri dalam bidang permotoran sehingga ia mengecapi kejayaan besar.
“Kejayaan ini memberi laluan kepada Lancia untuk mendapat kemenangan terbanyak dalam pertandingan rali dimana Lancia Delta telah banyak meraih anugerah dalam perlumbaan ini berbanding jenama kereta lain,” katanya.
Namun apa yang lebih menarik dalam sejarah mereka ialah apabila mendengar komen positif daripada berjuta-juta peminat Lancia dari seluruh dunia.
Jenama Lancia dikatakan menjadi perbualan hangat dalam komunikasi harian, pameran hasil karya seni termasuk di pawagam.
Dalam pada itu, Napolitano telah menemui Ketua Reka Bentuk dan Ujian Pasukan Lumba Lancia HF Sergio Limone dan Presiden Armando Testa, Marco Testa dalam satu majlis baru-baru ini.
Mereka berkata, sebut sahaja mengenai perlumbaan rali, sudah pastinya nama Lancia akan menjadi sebutan di seluruh dunia.
Apa tidaknya, jenama Lancia sememangnya telah memenangi lebih banyak pertandingan rali berbanding pengeluar kereta lain.
Bertitik tolak dari situ, Lancia telah memperoleh sejumlah anugerah yang agak mengagumkan termasuk meraih kejohanan dalam perlumbaan rali Mount Olympus.
”Selain itu, ia juga telah meraih kemenangan dalam sejumlah perlumbaan rali iaitu Kejohanan Rali Dunia yang ke-15, tiga Kejohanan Constructor and Endurance Dunia, dua kejohanan Mille Miglia, dua kemenangan di Targa Florio dan satu perlumbaan Carrera Panamericana.
Begitupun, era kegemilangan Lancia dikatakan beralih dengan serta-merta pada tahun 1970 dan 1980-an apabila beberapa model legenda dikeluarkan seperti Stratos, 037, dan Delta.
Sejak itu, kedua-dua model ini telah mendominasi perlumbaan rali lebih 20 tahun.
Limone menyifatkan tanpa kewujudan Lancia di dalam perlumbaan rali, sudah pastinya berjuta-juta peminat sukan ini tidak akan berminat untuk menyaksikan perlumbaan berkenaan.
Lebih menarik, Lancia dikatakan telah mengeksploitasikan permotoran sejak sekian lama.
Pengasas Lancia, Vincenzo Lancia yang begitu teruja untuk bertanding dalam beberapa perlumbaaan kereta menyebabkan beliau meraih sejumlah kemenangan sekitar tahun1908-1909.
Bagaimanapun, sebaik memulakan syarikatnya, beliau telah berhenti berlumba sebaliknya menumpukan perhatian dalam rekaan kereta.
Sekitar tahun 1920 dan 1940-an, kereta Lancia telah dimiliki oleh pelanggan peribadinya yang banyak memenangi perlumbaan kereta.
Ia kemudian dimiliki oleh pengeluar automotif Turin pada tahun 1951 yang kembali semula dalam arena perlumbaan kereta.
Setahun kemudian, pasukan Scuderia Lancia ditubuhkan dimana logo syarikat itu dihiasi dengan seekor anak gajah yang seolah-olah melompat.
Pada tahun 1954 hingga 1955, Lancia D50 yang hadir dengan satu tempat tunggal memainkan peranan penting dalam Formula 1 dan akhirnya tidak mahu lagi menguasai dunia sukan.
Tindakannya itu juga menandakan Lancia telah menarik diri daripada bertanding dalam mana-mana perlumbaan kereta.
Apa yang mengejutkan sebaik melangkah masuk tahun 1960, jenama kereta Itali itu beraksi semua dalam perlumbaan rali.
Dari situ, lahirnya Pasukan Lumba Lancia dengan logo gajah kecil berwarna merah dengan menggunakan nama samarannya, HF (High Fidelity).
Beralih pada tahun 1874, ia menyaksikan penampilan sulung Lancia Stratos HF yang merupakan kereta pertama di dalam dunia yang direka khas untuk perlumbaan rali.
Untuk makluman anda, hanya 500 model Lancia Stratos dihasilkan dimana ia hadir dengan satu misi sahaja iaitu mampu meredah apa sahaja permukaan jalan raya tidak kira, kawasan salji, batu kelikir atau di litar perlumbaan.
Lebih menarik, Stratos HF menggunakan enjin Ferrari Dino. Ia digandingkan dengan enjin 2.4 liter V6 dimana penggunaan enjin itu telah dipersetujui sendiri oleh pemilik syarikat Ferrari, Enzo Ferrari.
Lima tahun kemudian, Lancia Rally O37 telah mencipta kemenangan dalam Kejohanan Rali Dunia pada tahun 1983.
“Era pacuan empat roda telah pun bermula, tetapi 037 yang hadir dengan pacuan roda belakangnya masih menjadi satu-satnya kereta yang perlu ditewaskan oleh kereta lain.
“037 merupakan satu-satunya kereta yang mampu bersaing dengan Audi Quattro. Ia tampil dengan ciri teknikal yang sungguh hebat sehinggakan pasukan Audi menjadi curiga dengan ketangkasan jentera ini.
“Ketika Perlumbaan Rali Sanremo, pasukan Audi menghantar jurutekniknya sendiri di pusat servis kami. Seingat saya, juruteknik itu datang dengan menggunakan helikopter semata-mata memastikan bahawa Lancia tidak dipasang dengan pacuan roda hadapan di bahagian atas. Lagipun, ia sememangnya tidak dipasang dengan pacuan roda,” kata Limone.
Susulan itu, Lancia 037 mencipta satu lagi rekod apabila memenangi Kejohanan dunia.
Bagi mengikuti jejak langkah kereta ultra berkuasa dalam Kumpulan B, Lancia mempertaruhkan pacuan empat rodanya, Lancia Delta HF.
Bermula dari 1987 sehingga enam tahun kemudian, Delta HF dan penggantinya, Delta HF Integrale dan Integrale 16V berjaya menguasai babak perlumbaan rali.
Manakan tidak, ia meraih sekurang-kurangnya 10 gelaran juara dunia.
Enam kemenangan dalam Kejohanan Dunia Contructors, dan empat kejuaraan telah dimenangi pemandunya.
Ini bermakna, ia membelot 46 daripada 66 kemenangan dalam acara yang disertai dalam perlumbaan kejohanan dunia.
Bersama-sama dengan kemenangan lain dalam perlumbaan domestik, nampaknya Lancia Delta telah memenangi paling banyak perlumbaan dalam sejarah berbanding kereta lain.
Kini, menyingkap pula sejarah Lancia.
Lancia mewakili kecemerlangan dan amat disayangi di seluruh dunia menyebabkan ia menjadi simbol 'kecantikan dan pekerjaan yang dilakukan dengan baik'.
Ia kemudian menjadi satu ikon kereta impian selain dipilih untuk beraksi dalam filem, selain turut disenaraikan dalam senarai antarabangsa
Kereta Lancia telah dipaparkan dalam filem yang telah mencatat sejarah dan dalam komunikasi yang sungguh bergaya dan canggih bagi menangani isu sosial dan budaya.
Lancia telah wujud dalam pelbagai era sejarah sekali gus menyumbang imejnya kepada penciptaan gaya hidup dan memaparkan kebudayaan Itali itu sendiri.
“Bayangkan nama Lancia mula menjadi bualan dari jalanan hingga pawagam, fesyen dan seni tetapi dengan gaya bahasa yang tersendiri,” kata Testa.
Hubungan antara Lancia dan pawagam sangat rapat awal abad 20-an apabila kereta Lancia muncul dalam filem pertama yang dijalankan di Turin.
Ia ditayangkan dalam filem Itali, Telegoni Bianchi atau telefon putih sekitar tahun 1930 namun digayakan dalam komedi Amerika.
Malah, pelakon-pelakon tempatan dan antarabangsa seperti Claudia Cardinale, Anita Ekberg dan Jean-Paul Belmondo lebih gemar memilih Lancia Aurelia dan Appia untuk menelusuri jalan-jalan di sekitar Eropah.
Ketika itu, salah seorang peminat tegar kereta Lancia ialah pelakon tempatan, Marcello Mastroianni yang gemar membawa Lancia Flaminia.
Dalam tempoh yang sama, Pemenang Nobel 1954 dalam Kesusasteraan, Ernest Hemingway juga dilihat meninggalkan Perancis dengan menaiki Aurelia B21.
Kenderaan itu menjadi teman perjalanannya bagi menghasilkan hasil karyanya, 'The Dangerous Summer'.
Beberapa tahun kemudian, Aurelia B24 dipaparkan dalam filem 'Dino Risi's Il sorpasso' (1962).
Kehadiran kereta itu menjadikannya kereta paling terkenal dalam beberapa filem yang ditayangkan di pawagam.
Sejumlah model Lancia seperti Fulvia Coupé ditampilkan dalam filem 'Profondo Rosso' (1975) manakala Lancia Delta pula digunakan dalam filem 'Pour la peau d'un flic' (1981).
Selain digunakan dalam filem-filem, model Lancia juga tampil dalam kempen pengiklanan.
Secara ringkasnya, Lancia hadir dengan penuh elegan dalam iklan-iklan yang dibuat oleh pengarah filem Itali, Gabriele Muccino.
Sementara itu, bermula pelakon Perancis Catherine Deneuve, pereka fesyen Stefano Gabbana, pelakon Vincent Cassel dan Richard Gere, termasuk Carla Bruni, juga membintangi kempen ‘Lancia Musa, City Limousine’
Apapun, episod filem dokumentari itu memaparkan perjalanan Lancia bermula dari 1906 sehingga hari ini.
Pendek kata, ia menceritakan mengenai jenama kereta yang sentiasa kekal di hati orang ramai selain rekaannya yang tidak lapuk dek zaman menjadi simbol kecemerlangan Itali di seluruh dunia.
Gallery









Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPM6394
SELANGOR
BSG8054
JOHOR
JYE5475
PULAU PINANG
PRT1326
PERAK
ANY7584
PAHANG
CFD1014
KEDAH
KGB6553
NEGERI SEMBILAN
NEG6463
KOTA KINABALU
SJL9999*
KUCHING
QAB8574L
Terakhir Kemas Kini 06 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
EURO 5 B7
RM 3.11
Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Stellantis Bakal Hentikan Jualan Jenama Yang Tidak Laris? Ini Jenama Yang Mungkin Terlibat...
Kumpulan automotif multinasional, Stellantis, mengumumkan penurunan keuntungan sebanyak 48%.
30-07-2024
Berita Terkini
Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!
Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.
05-08-2025
Jejalah MISI 5 – Proton e.MAS 5 Dekati Rakyat Malaysia Ogos-Oktober Ini
Kenderaan elektrik (EV) kedua Proton yang dinanti-nantikan ramai, Proton e.MAS 5, bakal membuat kemunculan di seluruh Malaysia melalui siri jelajah MISI 5 Proton e.MAS 5.
05-08-2025
Perincian Penyasaran Subsidi RON95 Diumum Sept 2025
Kementerian Kewangan mengesahkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September ini.
05-08-2025
Ford Mustang Langgar Tiang Elektrik, Suami Isteri Maut
Gara-gara hilang kawalan, pasangan suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 13 Jalan Segamat-Kuantan, semalam.
05-08-2025
Perkhidmatan Aerotrain Tergendala Lagi Sebab Masalah Teknikal
Aerotrain KLIA tergendala lagi, MAHB mohon maaf.
05-08-2025
Penyasaran Subsidi RON95, Sistem Padu Jadi Rujukan
Sistem Pangkalan Data Utara (PADU) akan menjadi rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95, sementara menunggu pelaksanaannya secara menyeluruh.
04-08-2025
2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM
Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.
04-08-2025
Lagi Warga Singapura Isi RON95 Di JB, KPDN Johor Sedang Siasat
Tular warga Singapura isi RON95 dalam botol plastik besar di Johor.
04-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat