Perodua Tawar Pemeriksaan Percuma Untuk Kenderaan Terlibat Dalam Banjir

Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) menawarkan bantuan kepada pemilik kenderaan Perodua yang terkesan daripada bencana banjir dengan rebat perkhidmatan tunda kenderaan, diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih dan juga pemeriksaan kenderaan secara percuma.
Berdasarkan laporan berkenaan insiden banjir sehingga 19 Disember 2021, beberapa kawasan telah terkesan iaitu di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu.
“Para pelanggan kami amat penting buat kami dan perkhidmatan tambah nilai ini disediakan bagi membantu meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh mereka semasa bencana ini,” kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Bomba sedang menyelamatkan seorang kakitangan Hospital Kemaman yang terperangkap di dalam Perodua Myvi yang dihanyutkan banjir di Jalan Air Putih, Terengganu, semalam.
Pelanggan yang terjejas boleh menuntut perkhidmatan tundaan kereta sehingga maksimum RM100 di kedai servis Perodua berdasarkan syarat yang dikenakan.
"Selain itu, Perodua juga menawarkan potongan 20 peratus pada alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaannya rosak akibat banjir," katanya.
"Walaupun beberapa pusat perkhidmatan kami juga terjejas akibat banjir, pelanggan digalakkan untuk merujuk kepada mana-mana cawangan perkhidmatan kami di seluruh Malaysia dalam mendapatkan bantuan. Kami melakukan yang terbaik untuk meneruskan operasi kami (di kawasan yang terjejas) secepat mungkin.

Insiden banjir kali ini adalah antara yang terburuk sehingga menjejaskan kawasan-kawasan yang tidak pernah banjir sebelum ini.
"Alat ganti tulen kami dilengkapi dengan jaminan pengeluar dan kami meminta pelanggan untuk tidak menggunakan sebarang alat tiruan kerana ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan mereka," katanya.
Alat ganti ini merangkumi semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, trim pintu dan permaidani.
Pelanggan Perodua yang berhadapan dengan kerosakan kenderaan kerana banjir boleh menghubungi talian khidmat pelanggan bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda (perkhidmatan adalah tertakluk kepada terma dan syarat).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3397
SELANGOR
BSU8406
JOHOR
JG9260J
PULAU PINANG
PSH2250
PERAK
APM7261
PAHANG
CFJ3407
KEDAH
KGJ7135
NEGERI SEMBILAN
NEM5079
KOTA KINABALU
SJV165
KUCHING
QAB9481P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge