- Berita
- Berita Auto
- Projek Chrysalis: Kereta Enjin Vintaj F1 1950-an British Racing Motors Dibina Semula
Projek Chrysalis: Kereta Enjin Vintaj F1 1950-an British Racing Motors Dibina Semula

Bagi yang masih belum tahu, British Racing Motors (BRM) merupakan salah satu pemain terbesar F1 pada suatu ketika dulu. Tak lama sebelum ini, penemuan enjin asal kereta lumba F1 daripada tahun 1950-an hangat diperkatakan.
Enjin yang dimaksudkan ialah enjin V16 supercharge 1.5L yang digabungkan dengan transmisi manual 5 kelajuan.

Enjin ini mampu menghamburkan kuasa mencecah 591 hp dengan ligatan enjin menjangkau 12,000 rpm.
Walau bagaimanapun, sejak penemuan dibuat, tiada sebarang usaha dilakukan untuk menghasilkan enjin ini. Projek penghasilan semula enjin lama ini mula dilakukan sewaktu membangunkan kereta lumba P15 untuk anak kepada ketua pasukan BRM Formula 1, Sir Alfred Owen iaitu John Owen.

Versi yang kedua pula dihasilkan adalah untuk Richard Mille, peminat dan penaja sukan perlumbaan, selain pengumpul kereta lumba yang terkenal.
Mille memiliki beberapa buah kereta lumba BRM dalam koleksinya termasuklah Mk 1 BRM V16 dan P30 V16 Mk 2.

Menurut Richard Mille, "Saya telah menjadi peminat besar BRM bertahun lamanya sejak mula mengumpulkan kereta bersejarah lebih daripada 15 tahun lalu. Saya sedar yang saya mula serius tentang BRM bila saya melaburkan wang untuk P115 H16, ada sesuatu tentang V16 yang mengujakan saya. (Kereta ini) pada pandangan saya bukan sahaja sebuah kereta Formula 1 yang paling cantik pada ketika itu, tapi juga kompleks pada aspek teknikal, lebih-lebih lagi kalau anda melihat dari segi teknologi pada ketika itu. Sesiapa yang tahu mengenai jam-jam saya, pasti tahu bahawa saya sangat mengagumi kerumitan teknikal, ketelitian dan kualiti, dan untuk saya, V16 mewakili semua elemen ini dalam satu pakej yang cantik. Saya percaya, ia adalah tanggungjawab kita untuk memelihara bahagian-bahagian seni automotif yang menakjubkan ini, dan ini adalah peluang yang unik untuk melakukannya."
Mengulas lanjut, untuk projek yang dinamakan Chrysalis ini, rakan kongsi teknikal BRM, Hall and Hall memegang peranan utama untuk mengembalikan semula enjin terkenal ini.

BRM V16 serba baharu yang kedua akan dibina berdasarkan blueprint dan lakaran daripada arkib BRM.
Untuk menghasilkan Chrysalis yang kedua ini, lebih daripada 36,000 komponen akan digunakan. Masa untuk menyelesaikan projek pembinaan ini dijangka mencecah 24 bulan.


John Owen menyimpulkan, "Ini adalah berita yang baik untuk BRM dan semua peminat kami di mana-mana. Dengan sokongan Richard, kami memberikan lebih peluang kepada peminat untuk mendengar keunikan bunyi V16 sekali lagi, menghidupkan legenda BRM untuk generasi yang akan datang."
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4847
SELANGOR
BST9750
JOHOR
JE7453J
PULAU PINANG
PSF8114
PERAK
APL6982
PAHANG
CFH8339
KEDAH
KGJ2431
NEGERI SEMBILAN
NEM429
KOTA KINABALU
SJU2714
KUCHING
QAB6237P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
