ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek Chrysalis: Kereta Enjin Vintaj F1 1950-an British Racing Motors Dibina Semula

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bagi yang masih belum tahu, British Racing Motors (BRM) merupakan salah satu pemain terbesar F1 pada suatu ketika dulu. Tak lama sebelum ini, penemuan enjin asal kereta lumba F1 daripada tahun 1950-an hangat diperkatakan.


Enjin yang dimaksudkan ialah enjin V16 supercharge 1.5L yang digabungkan dengan transmisi manual 5 kelajuan.


Enjin ini mampu menghamburkan kuasa mencecah 591 hp dengan ligatan enjin menjangkau 12,000 rpm. 


Walau bagaimanapun, sejak penemuan dibuat, tiada sebarang usaha dilakukan untuk menghasilkan enjin ini. Projek penghasilan semula enjin lama ini mula dilakukan sewaktu membangunkan kereta lumba P15 untuk anak kepada ketua pasukan BRM Formula 1, Sir Alfred Owen iaitu John Owen.


Versi yang kedua pula dihasilkan adalah untuk Richard Mille, peminat dan penaja sukan perlumbaan, selain pengumpul kereta lumba yang terkenal.


Mille memiliki beberapa buah kereta lumba BRM dalam koleksinya termasuklah Mk 1 BRM V16 dan P30 V16 Mk 2.


Menurut Richard Mille, "Saya telah menjadi peminat besar BRM bertahun lamanya sejak mula mengumpulkan kereta bersejarah lebih daripada 15 tahun lalu.  Saya sedar yang saya mula serius tentang BRM bila saya melaburkan wang untuk P115 H16, ada sesuatu tentang  V16 yang mengujakan saya.  (Kereta ini) pada pandangan saya bukan sahaja sebuah kereta Formula 1 yang paling cantik pada ketika itu, tapi juga kompleks pada aspek teknikal, lebih-lebih lagi kalau anda melihat dari segi teknologi pada ketika itu.  Sesiapa yang tahu mengenai jam-jam saya, pasti tahu bahawa saya sangat mengagumi kerumitan teknikal, ketelitian dan kualiti, dan untuk saya, V16 mewakili semua elemen ini dalam satu pakej yang cantik.  Saya percaya, ia adalah tanggungjawab kita untuk memelihara bahagian-bahagian seni automotif yang menakjubkan ini, dan ini adalah peluang yang unik untuk melakukannya."


Mengulas lanjut, untuk projek yang dinamakan Chrysalis ini, rakan kongsi teknikal BRM, Hall and Hall memegang peranan utama untuk mengembalikan semula enjin terkenal ini. 


BRM V16 serba baharu yang kedua akan dibina berdasarkan blueprint dan lakaran daripada arkib BRM.


Untuk menghasilkan Chrysalis yang kedua ini, lebih daripada 36,000  komponen akan digunakan. Masa untuk menyelesaikan projek pembinaan ini dijangka mencecah 24 bulan.



John Owen menyimpulkan, "Ini adalah berita yang baik untuk BRM dan semua peminat kami di mana-mana. Dengan sokongan Richard, kami memberikan lebih peluang kepada peminat untuk mendengar keunikan bunyi V16 sekali lagi, menghidupkan legenda BRM untuk generasi yang akan datang."

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSA4819

SELANGOR

BSV2920

JOHOR

JH7613J

PULAU PINANG

PSH5424

PERAK

APN2134

PAHANG

CFJ4636

KEDAH

KGJ9130

NEGERI SEMBILAN

NEM6571

KOTA KINABALU

SJV2938

KUCHING

QAB704Q

Terakhir Kemas Kini 23 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Jalan Lojing-Gua Musang Ditutup Akibat Tanah Runtuh

Penutupan itu membabitkan Seksyen 84.15 dan hanya lorong dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands.

22-11-2026
Berita Auto

Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ

3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.

20-11-2026
Berita Auto

Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit

Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.

20-11-2026
Berita Auto

Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli

Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.

20-11-2026
Berita Auto

Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?

Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026

18-11-2026
Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang

Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.

18-11-2026
Berita Auto

Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina

Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.

18-11-2026
Berita Auto

Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery

Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.

18-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.