ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Boleh Tahan Harga Ford Baharu Ini!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd (SDAC) akhirnya melancarkan jentera baharunya, Ford Ranger WildTrak Sport Edisi Khas di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya.

Pameran Roadshow norma baharu yang berlangsung semalam hingga Ahad ini memberi peluang kepada para pelanggan untuk menempah jentera baharu itu.


"Ketika negara beralih ke fasa normal, kami melihat pelancaran  Ford Ranger Wildtrak Sport Special Edition adalah tepat pada waktunya.

"Ia tersenarai dalam portfolio Ranger kami yang amat terkenal, di mana pelanggan boleh menggunakannya untuk bekerja dan sesuai untuk yang sudah berkeluarga,” kata Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair.


Apa yang lebih menarik, jika anda merupakan individu yang pertama menempah jentera itu menerusi roadshow berkenaan anda berpeluang memenangi pakej percutian.

Untuk makluman anda, Ford Ranger WildTrak Edisi Sport ini bukan sahaja bergaya tetapi menawarkan perincian unik dan didatangkan dalam dua pilihan warna: Saber dan Absolute Black.


Ia menggunakan enjin 2.0 liter dan dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik. Ini membolehkan ia menghamburkan 210 kuasa kuda dan tork 500Nm.

Ia juga dilengkapi dengan Brek Kecemasan Autonomi, Amaran Perlanggaran Hadapan dan Amaran Pelepasan Laluan dimana ia menawarkan pengalaman pemanduan yang selamat dan pintar kepada pemandu.


Harga jualan bermula dari RM158,388 dan disokong oleh jaminan pengeluar lima tahun atau 160,000 km (yang mana terdahulu). 

Para pelanggan akan menerima pakej tawaran servis percuma 18-bulan jika mereka  membuat pembelian sebelum 31 Disember ini.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyertai cabaran media sosial #FORDeverysecondcount untuk memenangi barangan eksklusif Ford.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.sdacford.com.my.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7405

SELANGOR

BST4348

JOHOR

JD5647J

PULAU PINANG

PSF3075

PERAK

APL2337

PAHANG

CFH6182

KEDAH

KGH8561

NEGERI SEMBILAN

NEL6814

KOTA KINABALU

SJT8782

KUCHING

QAB5107P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

14-11-2025
Kereta Baru

22-08-2025
Berita Auto

12-08-2025
Berita Auto

24-02-2025
Berita Auto

19-02-2025
Kereta Baru

30-05-2024
Kereta Baru

15-05-2024
Berita Auto

11-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.