Terperangkap Dalam Banjir? Ini Tips Pandu Kereta Ketika Redah Banjir
Pernahkah terlintas di fikiran anda sekiranya kereta yang dipandu terperangkap dalam banjir? Apatah lagi, ketika beberapa negeri di semenanjung Malaysia pada ketika ini berdepan situasi hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu.
Oleh itu, Caricarz ingin berkongsi beberapa tips dan persedian langkah betul mengharungi banjir ketika memandu.
Ini berikutan banjir kilat sebenarnya dianggap salah satu bencana maut yang mungkin boleh berlaku dalam sekelip mata akibat hujan lebat atau sekadar amaran kecil.
Sudah menjadi lumrah ketika meredah hujan lebat, apa yang terlintas di fikiran ialah mahu pulang terus ke rumah tetapi secara tiba-tiba anda terperangkap dalam banjir, jadi bagaimana anda bertindak?

Ini yang anda perlu buat:
Pusing dan cari jalan lain. Ini kerana paras air boleh menjadi lebih dalam dalam sekelip mata, jadi jangan mengambil risiko sebaliknya pusing untuk elak daripada terperangkap dalam bahaya.
Sebaliknya, jika anda terperangkap ketika paras air semakin meningkat, sudah pastinya, perkara pertama yang terlintas di fikiran anda menghidupkan enjin? TOLONG JANGAN!
Tindakan menghidupkan kenderaan anda sebenarnya hanya menyebabkan enjin rosak. Keputusan yang betul ialah tinggalkan kereta dan cari tempat yang lebih tinggi dan selamat.
Namun jika paras air mencecah di bawah bahagian bawah pintu kenderaan, anda boleh memandu perlahan-lahan ke hadapan untuk mengelakkan air memasuki komponen kereta tetapi INGAT KEKAL BERJAGA ketika meredah laluan yang dinaiki air itu.
Apa yang penting ialah tidak menukar gear atau berhenti ketika memandu dalam kawasan banjir.

Susulan kejadian banjir yang menyebabkan ribuan kereta dan motosikal rosak, Zurich Malaysia melaporkan kebanyakan individu tidak tahu sama ada mereka dilindungi insurans akibat bencana alam atau tidak.
Mereka sebenarnya boleh memeriksa status perlindungan dengan syarikat insurans masing-masing.
Oleh itu, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrasturktur lain.
Malah, kerajaan juga bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepada isi rumah yang terjejas teruk akibat banjir di enam negeri termasuk Selangor.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri Selangor turut memberikan subsidi sebanyak RM500 setahun kepada mangsa yang terjejas.
Mereka boleh memohon subsidi itu dengan menghantar gambar yangmenunjukkan rumah mereka dinaiki air, laporan polis, salinan kad pengenalan dan bil elektrik bersama borang permohonan kerajaan negeri.
Selain menyediakan bantuan kewangan, kerajaan telah memberikan cuti kecemasan (EL) kepada penjawat awam yang terjejas akibat banjir.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap majikan sektor swasta mengambil inisiatif yang sama.
-full.jpg)
Dalam perkembangan sama, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) turut membiayai bantuan RM2.18 juta kepada mangsa manakala Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan bertanggungjawab untuk menyelaraskan agihan bantuan tersebut.
Beberapa bank termasuk Malayan Banking Bhd (Maybank), Ambank Group dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), mengumumkan bantuan mereka kepada pelanggan yang terjejas akibat banjir.
Antara bantuan itu ialah seperti penangguhan pembayaran pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan pembayaran balik pegangan.
“Pelanggan boleh memohon bantuan itu dengan menghantar e-mel melalui floodrelief@maybank.com dengan memberikan nama/nama syarikat, nombor kad pengenalan/Pendaftaran Perniagaan, nombor telefon,” kata Maybank.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4238
SELANGOR
BST7549
JOHOR
JE3918J
PULAU PINANG
PSF6029
PERAK
APL5208
PAHANG
CFH7543
KEDAH
KGJ1430
NEGERI SEMBILAN
NEL8759
KOTA KINABALU
SJU1567
KUCHING
QAB5763P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Banjir Kilat Tenggelamkan KL
Ribuan kereta ditenggelami air akibat banjir kilat yang melanda di sekitar Lembah Klang petang tadi.
07-03-2022
Bengkel Kereta Mula Sesak, Dijangka Terima 20,000 Kereta Rosak Akibat Banjir
Pengusaha bengkel kenderaan di sekitar Klang kini berdepan dengan dilema apabila dijangka menerima lebih 20,000 kereta yang perlu dibaiki gara-gara rosak akibat banjir.
28-12-2021
Berita Terkini
Kereta Tersadai Lama Di Pusat Servis, Ini Cara Tuntut Ganti Rugi
Bayar Bulan-Bulan Tapi Kereta Tersadai Di Pusat Servis: Ini Hak Anda Yang Ramai Tak Tahu.
07-09-2026
Gaji Minimum Proton S70 2026 (Ansuran, Kos Bulanan)
Berapa Gaji Untuk Layak Beli Proton S70.
07-09-2026
Jaecoo J5 EV vs Proton e.MAS 7: Mana Berbaloi RM118k?
Jaecoo J5 EV Dilancar RM118.8k: Lawan Proton e.MAS 7.
03-09-2026
Jerebu KL: Cara Selamat Memandu Waktu Penglihatan Kabur
Memandu Dalam Jerebu: 5 Langkah Keselamatan Penting.
26-08-2026
Siapa Sebenarnya Berhak Tutup Lebuhraya?
Tiba-Tiba Mat Rempit 'Block' Jalan? Ini Hak Anda Sebagai Pemandu & Kenapa Kena Segera Call PDRM.
23-08-2026
Tular Peserta Konvoi Motor Kena Saman, Masih Ada Hati Nak Konvoi Ke Thailand?
Ini tips bagi yang nak ride ke Thailand.
18-08-2026
EV Terbakar Di Alam Damai: Adakah Cas EV Di Rumah Berbahaya?
EV Terbakar? Ini Tips Cas EV Di Rumah Dengan Selamat.
17-08-2026
Analisis: Kenapa Kereta Sekarang Lebih Manja, Tidak Sejantan Macam Kereta Dulu
Makin moden, makin manja, kenapa kereta sekarang tak sejantan macam kereta dulu?
05-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat