Tiada Bantuan, Mampukah Pengedar Kereta Terpakai Tanggung Kerugian
Rata-rata penjual kereta terpakai di Taman Sri Muda, Shah Alam meluahkan rasa kecewa apabila tidak menerima sebarang sokongan bantuan daripada kerajaan setakat ini.

Seorang penjual kereta terpakai di Taman Sri Muda berkata, dia mengalami kerugian hampir RM1 juta gara-gara kesemua kenderaannya dan kaw dinaiki banjir.
“Saya tidak tahu macam mana nak dapatkan bantuan daripada kerajaan. Saya memang tiada hala tuju dalam bab mendapatkan bantuan kerajaan.
“Lagipun selama 15 tahun berkecimpung dalam bidang ini, saya dapati golongan pengedar kereta terpakai sememangnya dianaktirikan oleh kerajaan sedangkan pasaran kereta terpakai banyak menyumbang kepada Keluaran dalam negara kasar (KDNK),” katanya yang cuma mahu dikenali sebagai Raf.

Menurutnya, ada pihak yang mendakwa bahawa pihaknya boleh mendapatkan bantuan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro namun tidak pasti sama ada pengedar kereta layak atau tidak.
Oleh itu, dia berharap pihak yang berkaitan turun padang membantu dalam menguruskan bantuan yang sewajarnya untuk pengedar kereta di Taman Sri Muda.
Ini berikutan rata-rata pengedar kereta di kawasan berkenaan mengalami kerugian sehingga mencecah jutaan ringgit.
Sementara itu ketika ditanya mengenai tapak meletakkan kenderaan terpakai itu mempunyai perlindungan akibat kerosakan akibat banjir, dia mengakui tidak pernah terlintas di fikiran untuk membeli insurans untuk kawasan lapang berkenaan.
“Saya tidak pasti kawasan lapang seperti yang digunakan pengedar kereta terpakai perlu mendapat perlindungan insurans atau tidak kerana banyak pengedar tidak tahu mengenai perkara ini,” ujarnya yang kini terpaksa bangun kembali dari kosong.
Bagaimanapun, dia berharap supaya kerajaan menyediakan tempat khas untuk tujuan aktiviti jualan kereta terpakai bagi membolehkan mereka menjalankan urusan jual beli tanpa rasa bimbang.

Seorang lagi pengedar kereta, Zulkifli turut senada dengan Raf.
Zulkifli mengakui sepanjang berkecimpung dalam bidang kenderaan terpakai hampir 30 tahun, dia tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan.
“Industri kereta terpakai sememangnya dianaktirikan. Saya cuma berharap kerajaan dapat memberi sokongan bantuan supaya kami dapat menghidupkan semula perniagaan. Lagipun, kos baik pulih bagi kenderaan rosak akibat banjir dianggar antara RM15,000 sehingga RM20,000.
“Buat masa ini, saya perlu menanggung sendiri segala kos bagi membaiki kereta kerana tidak mempunyai perlindungan insurans,”ujarnya.

Untuk rekod, lebih 50,000 kereta tenggelam dalam banjir di lapan negeri terutama Selangor dan Pahang. Ia dijangka terus tersadai ekoran kos baik pulih mencecah puluhan ribuan ringgit.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW7926
SELANGOR
BSP7495
JOHOR
JYW2126
PULAU PINANG
PSC476
PERAK
APH2743
PAHANG
CFG4280
KEDAH
KGF7189
NEGERI SEMBILAN
NEK3364
KOTA KINABALU
SJR7558
KUCHING
QAB7231N
Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
"Jangan Rumitkan Permohonan Lesen Peniaga Kereta Terpakai." – Presiden FMCCAM
FMCCAM telah menggesa kerajaan untuk memudahkan proses mendapatkan lesen bagi peniaga kereta terpakai.
09-06-2023
Berita Terkini
Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Dilanda Banjir
Warga kota dinasihatkan tidak meredah banjir.
08-05-2026
Jalan Bukit Bintang Ditutup Sempena program Quranic Madani malam ini
Jalan Bukit Bintang akan ditutup secara berperingkat bermula tengah malam ini.
08-05-2026
Gandingan Dua Gergasi: Kia Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu
Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah, perkukuh rangkaian jualan.
08-05-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.
06-05-2026
Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.
Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.
06-05-2026
Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton
Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.
06-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat