ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pesawat Satu Tempat Duduk Terkecil Dunia Dapat Lampu Hijau Daripada Negara Jepun

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pernah menjadi tajuk berita tidak lama sebelum ini selepas menguar-uarkan penghasilan kereta terbang satu tempat duduk mereka, kini SkyDrive, syarikat mobiliti udara Jepun berjaya membuat pencapaian yang terbaharu.

 

Pesawat yang diberi nama SD-03 kini telah berjaya mendapat 'type certificate' (sijil yang membenarkan sesebuah pesawat baharu dikeluarkan) setelah diberikan pengesahan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) Jepun.


Ketua Pegawai Eksekutif SkyDrive Inc., Tomohiro Fukuzawa berkata, "SkyDrive dan MLIT telah berbincang bagaimana cara untuk membangunkan dan menguji pesawat jenis ini dengan selamat sejak Public-Private Council bagi mempromosikan mobiliti udara urban yang telah dilancarkan di Jepun pada tahun 2018 dan setelah SkyDrive menerima kebenaran untuk membuat ujian penerbangan luar bagi kereta terbangnya.  Kami sangat berbesar hati kerana permohonan untuk mendapatkan 'type certificate'  telah diterima, kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan dan MLIT untuk menyempurnakan pembangunan sebuah kereta terbang yang selamat dan boleh dipercayai sepenuhnya."

 

Tujuan sijil dikeluarkan oleh MLIT adalah untuk memperakui bahawa pesawat tersebut memenuhi semua keperluan alam sekitar dan keselamatan dari segi rekaan, struktur, kekukuhan dan prestasi.


Dengan pengesahan permohonan ini, SkyDrive kini boleh bekerjasama dengan lebih selesa bagi membangunkan dan menguji SD-03, memastikan ia mematuhi peraturan yang ditetapkan.

 

SkyDrive merancang untuk mula mengkomersialkan kereta terbang ini dalam tahun 2025 di Osaka Bay.


Dikatakan sebagai pembangun kereta terbang pertama yang berjaya mencapai fasa ini di negara Jepun, ia juga merupakan satu-satunya syarikat Jepun yang telah berjaya mengadakan ujian penerbangan yang dikendalikan oleh manusia. 

 

SkyDrive telah memperkenalkan model kereta terbang SD-03 pada musim panas yang lalu menjadikannya demonstrasi pertama kereta terbang di negara Jepun. 


Demonstrasi ini mengambil tempat di Toyota Test Field, salah satu lokasi yang terbesar di negara ini, berukuran mencecah 2.5 ekar (10,000 meter persegi).

 

Pesawat ini terbang di udara selama kira-kira empat minit mengelilingi padang, dikawal oleh juruterbang dan sistem yang dibantu komputer bagi memastikan kestabilan dan keselamatan penerbangan.


Menurut SkyDrive, SD-03 merupakan pesawat elektrik pelepasan dan pendaratan tegak (VTOL) terkecil di dunia yang berkepanjangan dan berkelebaran 4,000 mm dan berketinggian 2,000 mm.

 

Semasa di atas darat, SD-03 hanya mengambil ruang dua buah petak parkir kereta.


Dari segi trenkuasanya, SD-03 menggunakan motor elektrik yang menggerakkan rotor yang ditempatkan pada empat hab berbeza.

 

Setiap hab diletakkan dengan dua buah rotor yang berpusing secara berasingan dalam arah yang berlawatan, rotor ini dikuasakan oleh motor masing-masing.


Fukuzawa menyimpulkan, "Kami ingin menzahirkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami dalam pelbagai cara sehingga ke tahap ini, dan kami akan terus berusaha untuk melancarkan perniagaan kereta terbang yang berdaya maju dengan bantuan pelbagai organisasi dan syarikat, termasuklah MLIT, untuk mencapai misi yang sama iaitu merealisasikan masyarakat mobiliti udara."

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS4294

SELANGOR

BSU1650

JOHOR

JF1482J

PULAU PINANG

PSG380

PERAK

APL8421

PAHANG

CFH8954

KEDAH

KGJ3186

NEGERI SEMBILAN

NEM1578

KOTA KINABALU

SJU3825

KUCHING

QAB6843P

Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
F1 Sepang 2026: Jualan Tiket Laris, Bas Percuma Disediakan

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.