Pesawat Satu Tempat Duduk Terkecil Dunia Dapat Lampu Hijau Daripada Negara Jepun

Pernah menjadi tajuk berita tidak lama sebelum ini selepas menguar-uarkan penghasilan kereta terbang satu tempat duduk mereka, kini SkyDrive, syarikat mobiliti udara Jepun berjaya membuat pencapaian yang terbaharu.
Pesawat yang diberi nama SD-03 kini telah berjaya mendapat 'type certificate' (sijil yang membenarkan sesebuah pesawat baharu dikeluarkan) setelah diberikan pengesahan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) Jepun.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyDrive Inc., Tomohiro Fukuzawa berkata, "SkyDrive dan MLIT telah berbincang bagaimana cara untuk membangunkan dan menguji pesawat jenis ini dengan selamat sejak Public-Private Council bagi mempromosikan mobiliti udara urban yang telah dilancarkan di Jepun pada tahun 2018 dan setelah SkyDrive menerima kebenaran untuk membuat ujian penerbangan luar bagi kereta terbangnya. Kami sangat berbesar hati kerana permohonan untuk mendapatkan 'type certificate' telah diterima, kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan dan MLIT untuk menyempurnakan pembangunan sebuah kereta terbang yang selamat dan boleh dipercayai sepenuhnya."
Tujuan sijil dikeluarkan oleh MLIT adalah untuk memperakui bahawa pesawat tersebut memenuhi semua keperluan alam sekitar dan keselamatan dari segi rekaan, struktur, kekukuhan dan prestasi.

Dengan pengesahan permohonan ini, SkyDrive kini boleh bekerjasama dengan lebih selesa bagi membangunkan dan menguji SD-03, memastikan ia mematuhi peraturan yang ditetapkan.
SkyDrive merancang untuk mula mengkomersialkan kereta terbang ini dalam tahun 2025 di Osaka Bay.

Dikatakan sebagai pembangun kereta terbang pertama yang berjaya mencapai fasa ini di negara Jepun, ia juga merupakan satu-satunya syarikat Jepun yang telah berjaya mengadakan ujian penerbangan yang dikendalikan oleh manusia.
SkyDrive telah memperkenalkan model kereta terbang SD-03 pada musim panas yang lalu menjadikannya demonstrasi pertama kereta terbang di negara Jepun.

Demonstrasi ini mengambil tempat di Toyota Test Field, salah satu lokasi yang terbesar di negara ini, berukuran mencecah 2.5 ekar (10,000 meter persegi).
Pesawat ini terbang di udara selama kira-kira empat minit mengelilingi padang, dikawal oleh juruterbang dan sistem yang dibantu komputer bagi memastikan kestabilan dan keselamatan penerbangan.

Menurut SkyDrive, SD-03 merupakan pesawat elektrik pelepasan dan pendaratan tegak (VTOL) terkecil di dunia yang berkepanjangan dan berkelebaran 4,000 mm dan berketinggian 2,000 mm.
Semasa di atas darat, SD-03 hanya mengambil ruang dua buah petak parkir kereta.

Dari segi trenkuasanya, SD-03 menggunakan motor elektrik yang menggerakkan rotor yang ditempatkan pada empat hab berbeza.
Setiap hab diletakkan dengan dua buah rotor yang berpusing secara berasingan dalam arah yang berlawatan, rotor ini dikuasakan oleh motor masing-masing.

Fukuzawa menyimpulkan, "Kami ingin menzahirkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami dalam pelbagai cara sehingga ke tahap ini, dan kami akan terus berusaha untuk melancarkan perniagaan kereta terbang yang berdaya maju dengan bantuan pelbagai organisasi dan syarikat, termasuklah MLIT, untuk mencapai misi yang sama iaitu merealisasikan masyarakat mobiliti udara."
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat