Honda Lancar "Kempen 1 Juta Impian"
Honda Malaysia melancarkan “Kempen 1 Juta Impian” bagi meraikan pencapaian jualan keretanya yang ke-1 juta unit pada bulan lalu.
Kempen ini memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi tujuh model Edisi Khas yang dikatakan memiliki beberapa ciri unik dimana tidak didapati pada mana-mana model biasa.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, kempen itu dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggannya.
“Sebagai penghargaan, kami menawarkan tujuh model Edisi Khas itu ialah Honda Jazz, Honda City, Honda BR-V, Honda HR-V, Honda Civic, Honda CR-V, dan Honda Accord,” katanya.
Model Edisi Khas ini didatangkan dengan ciri-ciri unik seperti warna dwi-tona iaitu hitam dan putih, perincian merah pada cermin sisi, bampar, gril dan rim, serta lencana ‘1 Million Dreams’ pada fender bahagian depan kereta.
Di bahagian dalamannya, model edisi khas ini dilengkapi dengan perehat kepala '1 Million Dreams Embossed' pada tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan serta roda stereng balutan kulit dengan jahitan merah dan 'Center Mark'.
Dalam pada itu, orang ramai yang berminat untuk menyertai peraduan ini, perlu menghantar borang pertandingan kepada pengedar sah Honda atau menerusi laman web rasmi Honda.
Peserta boleh menyertai lebih enam aktiviti bagi mendapatkan seberapa banyak peryertaan.
Mereka juga boleh mengumpul penyertaan dengan memuat turun dan mendaftar menerusi aplikasi HondaTouch.
Menerusi aplikasi ini, peserta boleh bermain kuiz ‘1 Juta Impian” di laman web Honda, memandu uji kereta Honda, menempah sebuah kereta baharu Honda, servis atau baik pulih kereta Honda atau mendaftarkan sebuah kereta Honda baharu dalam tempoh kempen ini.
Kempen 1 Juta Impian ini telah berlangsung pada 25 Februari lalu dan akan berakhir pada 24 Mac ini.
Bagaimanapun, orang ramai masih berpeluang menyertai peraduan ini dan untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web honda.com.my/1milliondreams/entry atau lawati 102 pengedar sah Honda di seluruh negara.
Gallery








Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPK3926
SELANGOR
BSG3214
JOHOR
JYD3275
PULAU PINANG
PRS4250
PERAK
ANX7457
PAHANG
CFC6092
KEDAH
KGB3962
NEGERI SEMBILAN
NEG4679
KOTA KINABALU
SJL7105
KUCHING
QAB6844L
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.11
+0.03
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Berita Terkini
MOT Lantik 4 Syarikat Untuk Lancarkan Urusan Pemeriksaan, Tukar Hak Milik Kenderaan Persendirian
Bagi melancarkan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM), Kementerian Pengangkutan (MOT) melantik empat syarikat bagi melaksanakan perkhidmatan itu.
16-07-2025
Harga Kereta Mungkin Naik, Namun OMV Masih Belum Dimuktamad
Jika impak OMV dikira menggunakan formula lama, memang ada potensi kenaikan sekitar 10 hingga 30 peratus terhadap harga atas jalan (OTR).
16-07-2025
Harga RON97, Diesel Naik 3 Sen Bermula Esok!
Kementerian Kewangan mengumumkan harga diesel dan RON97 masing-masing naik tiga sen bermula esok.
16-07-2025
Lori Terbakar, Lebuhraya KLK Sesak
Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selepas Genting Sempah sesak teruk gara-gara sebuah lori terbakar.
16-07-2025
Projek ECRL: Set Pertama Tren ECRL Bakal Tiba Tahun Ini, Baki 9 EMU Lagi Dihantar Tahun Depan
Nampaknya, dua set pertama tren pelbagai gerabak (EMU) dan dua unit lokomotif elektrik (E-Loco) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dijangka tiba selewat-lewatnya hujung tahun ini.
16-07-2025
Kehilangan Pempengaruh Masih Belum Terungkai, Kereta Ditemui Tenggelam Dalam Sungai
Kehilangan seorang pempengaruh masih belum terjawab apabila kereta miliknya ditemui tenggelam dalam sungai.
16-07-2025
Prolintas, Unit Lebuhraya Milik PNB Mungkin Dijual, Potensi Jana RM3 Bilion
Permodalan Nasional Berhad (PNB), salah satu institusi pelaburan terbesar negara, kini sedang menilai potensi penjualan unit lebuhraya miliknya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).
16-07-2025
Rohingya Sanggup Bayar Sehingga RM500, Guna Identiti Rakyat Tempatan Daftar Kenderaan
Segelintir warga asing menggunakan identiti rakyat tempatan untuk mendaftar kenderaan dengan bayaran antara RM50 sehingga RM100 sebulan atau 'one-off' antara RM300 hingga RM500 setahun.
15-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat