Logo Terbaharu Renault Selepas Hampir 30 Tahun

Siapa yang tak fikir tentang Renault bila melihat logo berbentuk berlian? Bentuk geometri ini telah menjadi sebahagian daripada jenama Renault dari tahun 1925 lagi.

Pengarah rekaan Renault, Gilles Vidal mendedahkan mengapa dan bagaimana logo baharu ini terhasil.
Semasa perancangan Renaulution diumumkan, berlian Renault baharu telah dipamerkan dengan bangganya pada bahagian belakang dan juga gril Renault 5 Prototype.
Menurut Vidal, berlian ialah sebuah bentuk yang paling mudah untuk dikenali dalam dunia automobil. Rupa geometrinya tampak ringkas, tetapi membawa identiti yang teguh dan berkuasa; cabaran yang perlu ditempuhi adalah cubaan untuk memperharui bentuk ini dengan memberikannya makna serta nilai baharu dan kontemporari yang dapat mengangkat jenama ini di masa hadapan.





Berdasarkan perjalanan Renault, jenama ini telah beberapa kali mengubah identiti visualnya. Namun begitu, ciri-ciri yang kekal sama dan tidak berubah dari tahun 1925 adalah bentuk berlian itu sendiri yang menjadi asas kepada logo Renault. Ia merupakan lambang penting kepada jenama ini. Bentuk geometri ini adalah hasil buah fikiran pengasas Renault sendiri, Louis Renault. Sejak dari itu, bentuk ini telah diubah sebanyak sembilan kali termasuklah versi terbaharu ini. Ini menunjukkan betapa jenama Renault sentiasa bersedia untuk melalui proses evolusi dari masa ke masa supaya kekal relevan.

Kali terakhir logo Renault diperbaharui adalah pada tahun 1992. Jelas Vidal, sebelum logo terbaharu ini dilancarkan, pembaharuannya telah melalui proses kajian sejak tahun 2019 untuk mencapai keseimbangan antara penghargaan terhadap warisan jenama dan juga dalam memasuk era baharu, yang dapat menjadi simbol kepada masa hadapan. Bagaimana pula dengan matlamatnya? Logo baharu ini dapat mengiringi perubahan yang sedang dijalankan untuk menjadikan Renault sebuah jenama terbuka yang memberi nilai kepada orang ramai.
"Kami telah mengintegrasikannya pada Renault 5 Prototype buat julung kali. Bagi kami, ini adalah satu tapak ujian yang menggerunkan. Melihat daripada maklumbalas yang penuh bersemangat dan positif yang diterima berkenaan logo tersebut, kami mengambil keputusan untuk melancarkannya," kata Vidal.
Vidal menjelaskan dengan lebih terperinci tentang rekaan berlian terbaharu ini, "melalui garisannya, ia menjadi persoalan bagi penceritaan sebuah kisah, simbiosis, kitaran, jalan antara dua lozeng yang saling terjalin melalui kesan optik, mewujudkan kelengkapan dan tanggapan pergerakan yang berterusan."

Logo baharu ini akan digunakan pada kenderaan Renault secara beransur-ansur. Ia akan muncul dengan bangganya pada model-model kenderaan yang akan dilancarkan pada tahun akan datang. "Mulai tahun 2024, kesemua barisan kereta Renault akan menggunakan lambang terbaharu ini," jelas Vidal.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS4381
SELANGOR
BSN7289
JOHOR
JYU407
PULAU PINANG
PSB871
PERAK
APG3637
PAHANG
CFG273
KEDAH
KGF132
NEGERI SEMBILAN
NEJ9154
KOTA KINABALU
SJR1859
KUCHING
QAB4948N
Terakhir Kemas Kini 03 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI
Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).
01-04-2026
BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam
Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat