ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Berapa KM Boleh Jalan, Jangan Terkejut

Suhana Veru

Kongsi melalui

Untitled-design-(86).png

Pelaksanaan penyelarasan kelayakan Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan, telah pun bermula hari ini.

Di sebalik pelaksanaan ini, mungkin ada yang bimbang sejauh mana kita boleh pergi dengan subsidi BUDI95 200 liter sebulan.

Pakar Automotif Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ir. Dr. Mohd. Azman Abas tampil membuat penjelasan.


Persoalan mengenai sejauh mana bekalan 200 liter petrol boleh membawa pemandu di Malaysia akhirnya terjawab menerusi data saintifik. Berdasarkan kajian pemanduan sebenar oleh penyelidik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 2024, jarak tersebut sangat bergantung kepada "selera" enjin kenderaan anda.

Kajian yang dijalankan di kawasan trafik mencabar seperti Lembah Klang ini mendedahkan perbezaan ketara antara kereta kompak dan kenderaan keluarga yang lebih besar.

Kereta Kompak (Segmen A & B): Raja Jimat Minyak?


image.png

Bagi anda yang memandu kereta seperti Perodua Axia, Myvi, atau Toyota Vios, berita baik untuk anda! Kajian merekodkan penggunaan bahan api sekitar 5.7 hingga 9.0 liter bagi setiap 100 km.

  • Jarak Maksimum: 2,200 km hingga 3,400 km sebulan.

  • Had Harian: Anda boleh memandu sekitar 80 hingga 100 km sehari tanpa perlu risau bajet petrol melambung.

SUV & MPV: Lebih Berat, Lebih "Dahaga"

image.png

Bagi pemilik kenderaan besar seperti MPV (enjin 2.5L) atau SUV, angka penggunaan melonjak kepada 9 hingga 12 liter bagi setiap 100 km. Ini bermakna saiz kenderaan dan bebanan enjin memainkan peranan besar.

  • Jarak Maksimum: Sekitar 1,600 km hingga 2,100 km sahaja dengan 200 liter.

  • Had Harian: Pemandu disarankan mengehadkan perjalanan sekitar 60 hingga 80 km sehari untuk kekal dalam kuota 200 liter sebulan.

Peringatan:

image.png

Perlu diambil perhatian bahawa kenderaan yang digunakan dalam eksperimen tersebut hanya mewakili sampel terhad bagi jenis kenderaan dan konfigurasi enjin tertentu.
Oleh itu, penemuan kajian ini tidak boleh ditafsirkan sebagai mewakili penggunaan bahan api semua kenderaan di pasaran Malaysia.
Sebaliknya, hasil kajian ini sepatutnya dilihat sebagai rujukan umum atau panduan bagi menggambarkan bagaimana penggunaan bahan api boleh berbeza antara segmen kenderaan yang berbeza dalam keadaan pemanduan sebenar.

Kesimpulan: 200 liter sebenarnya sudah lebih daripada mencukupi untuk kebanyakan pemandu bandar, asalkan anda bijak merancang perjalanan dan mengamalkan gaya pemanduan yang berhemah.

Adakah 200 liter petrol mencukupi?

Berdasarkan analisis penggunaan bahan api daripada kajian pemanduan sebenar yang dijalankan oleh penyelidik UTM, 200 liter petrol sebulan secara amnya boleh mencukupi untuk perjalanan asas atau perjalanan penting harian bagi sebahagian besar pengguna kenderaan penumpang, khususnya bagi mereka yang menggunakan kereta kompak.

Bagi kenderaan kategori A-segmen dan B-segmen yang lazim digunakan di Malaysia, anggaran penggunaan bahan api menunjukkan bahawa pemandu boleh memandu sekitar 80 hingga 100 km sehari dan masih berada dalam had penggunaan sekitar 200 liter sebulan.

Namun begitu, kecukupan jumlah ini bergantung kepada corak aktiviti harian dan keadaan kehidupan setiap individu atau keluarga.

Misalnya menghantar anak ke sekolah, menghantarpasangan ke tempat kerja, atau tinggal jauh dari tempat kerja. Selain itu, faktor seperti kesesakan trafik yang tinggi, ketiadaan alternatif pengangkutan yang sesuai, serta perjalanan balik kampung pada hujung minggu juga boleh meningkatkan jumlah penggunaan bahan api bulanan.

Namun begitu, kecukupan jumlah ini bergantung kepada corak aktiviti harian dan keadaan kehidupan setiap individu atau keluarga.

Pendek kata, angka 200 liter boleh dilihat sebagai satu rujukan anggaran untuk perjalanan asas, namun penggunaan sebenar akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti jenis kenderaan, keadaan trafik, jarak perjalanan harian, gaya pemanduan, serta keperluan mobiliti setiap isi rumah.

Oleh itu, tahap kecukupan had tersebut boleh berbeza antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain bergantung kepada situasi masing-masing.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA7546

SELANGOR

BSQ4509

JOHOR

JYX5499

PULAU PINANG

PSC6054

PERAK

APH7864

PAHANG

CFG6379

KEDAH

KGG2671

NEGERI SEMBILAN

NEK5261

KOTA KINABALU

SJS1384

KUCHING

QAB9201N

Terakhir Kemas Kini 31 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.