- Berita
- Berita Auto
- Jaringan Pengecasan EV Berprestasi Tinggi Pertama oleh Porsche Asia Pacific dan Shell untuk Perjalanan dari Singapura hingga Penang!
Jaringan Pengecasan EV Berprestasi Tinggi Pertama oleh Porsche Asia Pacific dan Shell untuk Perjalanan dari Singapura hingga Penang!
Porsche Asia Pacific dan Shell telah mengumumkan kerjasama untuk mewujudkan rangkaian pengecasan EV berprestasi tinggi yang pertama di rantau Asia Tenggara. Usaha ini membabitkan 12 lokasi pengecasan di enam buah stesen minyak Shell di sepanjang Lebuhraya Utara–Selatan Malaysia. Dengan adanya projek ini, pemandu EV boleh menempuhi perjalanan yang lancar antara Singapura, Kuala Lumpur dan Penang.

Melalui kerjasama ini, enam buah stesen minyak Shell akan dipasangkan dengan alat pengecasan arus terus (DC) 180 kW berserta dua penghubung CCS Type 2. Kemudahan ini membenarkan sebuah kereta untuk dicas pada 180 kW atau dua buah kenderaan pada 90kW secara serentak.
Pengecas berprestasi tinggi 180 kW Shell ini juga mampu mengecas Porsche Taycan daripada kosong ke 80% dalam masa hanya 30 minit, ini dapat menambahkan jarak perjalanan sehingga 390 km (WLTP). Pelanggan Porsche juga dapat menikmati kelebihan lain seperti penerimaan mata ganjaran HPC dengan penggunaan aplikasi mobil di samping mendapat harga istimewa bagi pembelian makanan dan minuman di kedai-kedai Shell Select.

Usahasama ini menunjukkan komitmen antara dua pihak untuk membina masa depan mobiliti elektrik di Asia Tenggara dengan jalinan antara negara Malaysia dan Singapura. Kedua-dua negara bakal mengendalikan antara sempadan antarabangsa yang tersibuk di dunia, terletak di Bangunan Sultan Iskandar dan Woodlands Checkpoint.
"Pasaran ASEAN memegang potensi besar yang perlu dibuka oleh Porsche, dan kami melihat peluang untuk membentuk mobiliti elektrik di rantau ini. Jaringan berprestasi tinggi di Singapura dan Malaysia ini boleh dijadikan model untuk diikuti oleh negara-negara lain," jelas Matthias Becker, Naib Presiden Bahagian Pemasaran Luar Negara dan Pasaran Baharu Porsche AG.
"Walaupun persoalan tentang masa depan mobiliti elektrik adalah satu isu global, Asia Tenggara dengan jelas menunjukkan betapa kompleks dan pelbagainya cabaran dan peluang yang ada di hadapan. Memandangkan pengguna EV semakin bertambah dan kerajaan juga sedang berusaha untuk mencapai matlamat iklim, kerjasama antara Porsche dan Shell adalah salah satu daripada banyak contoh tentang bagaimana pemain industri patut berganding bahu dalam memainkan peranan untuk membantu sektor pengangkutan dalam usaha dekarbonisasi dan dalam mencorak mobiliti yang lebih bersih untuk pengguna," ujar Amr Adel, Naib Presiden Senior, Mobiliti Timur, Shell.
Pengecasan ini ditawarkan untuk semua EV yang menggunakan sambungan pengecasan CCS Type 2 yang banyak digunakan oleh kedua-dua negara. Namun begitu, pengguna kereta Porsche boleh menikmati harga istimewa di Shell Recharge.
"Kerjasama antara Porsche dan Shell meletakkan standard baharu dalam prestasi pengecasan di Asia Tenggara, memberi jaminan kedua-dua kelajuan dan juga jarak kepada pemandu kereta elektrik, seperti Porsche Taycan. Diilhamkan daripada semangat pengembaraan di atas jalan raya, kami komited untuk memberikan pengalaman mobiliti elektrik yang dikarakterkan oleh ciri penting Porsche: Emosi yang sebenar dan juga nikmat pemanduan yang maksimum," ujar Arthur Willmann, Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Asia Pasifik.
Usaha menggabungkan kedua-dua buah negara melalui rangkaian pengecasan ini juga adalah seiring dengan matlamat pengeluar kereta sport Stuttgard untuk membentuk standard baharu dalam kemapanan dan masa depan mobiliti.

Shell berazam untuk memperluas jaringan pengecasan EV kepada 500,000 buah stesennya di peringkat antarabangsa dan mencapai matlamat ini pada tahun 2025. Kerjasama dengan Porsche merupakan sebahagian daripada stategi yang diatur untuk mempercepat proses transformasi ini. Dalam masa yang sama, turut menawarkan kemudahan dan menyokong usaha kemapanan.
Adakah usaha ini akan melonjakkan lagi usaha menyokong sumber tenaga bersih kedua-dua negara? Kewujudan ramai orang yang bergerak antara Singapura, Kuala Lumpur dan Penang setiap minggu sebelum berlakunya pandemik menunjukkan bahawa perancangan kedua-dua pihak ini akan berlajan dengan lancar.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS7045
SELANGOR
BSN8463
JOHOR
JYU2451
PULAU PINANG
PSB1762
PERAK
APG4234
PAHANG
CFG1145
KEDAH
KGF1315
NEGERI SEMBILAN
NEJ9438
KOTA KINABALU
SJR2290
KUCHING
QAB5068N
Terakhir Kemas Kini 08 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Dakwaan Tambah Kuota BUDI95 Tidak Benar
MoF Tampil Perbetul Salah Faham Tular Isu Tambah Kuota BUDI95.
08-04-2026
Kuota BUDI95 200 Liter: Masa Untuk Tukar EV
Adakah sekarang masa untuk beralih ke kenderaan elektrik (EV) kerana EV bukan lagi sekadar gaya hidup, tetapi strategi survival.
07-04-2026
Boleh Ke Guna MyKad Mak Ayah Beli RON95? JPN Akhirnya Tampil Perbetul Salah Faham
JPN menegaskan tiada sekatan untuk rakyat menggunakan kad pengenalan bagi memanfaatkan subsidi di bawah inisiatif BUDI95, selagi ia dibuat mengikut peraturan.
07-04-2026
Nahas Berantai SUV Terbakar
Sebuah Chery Tiggo musnah hampir 60 peratus dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di Changkat Cermin, Ayer Tawar, semalam.
07-04-2026
Berani Mati, Proton e.MAS Guna Tagline 'Mak Kau Hijau' Promosi Warna Baharu
Strategi 'Mak Kau Hijau' Proton e.MAS 7 PHEV curi perhatian.
06-04-2026
Boleh Ke Guna MyKad Ahli Keluarga Beli RON95 Bersubsidi
Setiap warga negara dikehendaki menyimpan MyKad masing-masing dan tidak boleh diserahkan kepada orang lain.
06-04-2026
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
RON95 Terendah Di Dunia
Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.
03-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
