Kelas-C Baharu Itu Dilancarkan Di Bawah Rangkaian Pengeluaran Global Mercedes-Benz
Suhana Veru
26-4-2021
Rangkaian Pengeluaran Global Mercedes-Benz (GPN) melancarkan model baharunya, Kelas-C.
Pemasangan model ini menggunakan teknologi pengeluaran digital yang canggih dan penyelesaian Industri 4.0 yang pandang ke hadapan.
Tindakan itu diambil bagi mengoptimumkan aliran material, meningkatkan kecekapan dan fleksibiliti serta meningkatkan ergonomik untuk pekerja.
Ahli lembaga pengurusan Mercedes-Benz AG, Jorg Burzer berkata,pihaknya yakin bahawa rangkaian pengeluaran global akan menunjukkan fleksibiliti yang luar biasa apabila Mercedes Kelas-C mula dihasilkan.
“Pasukan kami di tiga kilang di tiga benua telah menunjukkan kerjasama bertaraf kelas pertama dengan kemampuan mereka untuk meningkatkan hasil pengeluaran model itu.
“Ini adalah bagaimana kilang moden kami mampu menghasilkan kenderaan luar biasa seperti model Kelas-C baharu,” katanya.
Kilangnya yang terletak di Bremen, Jerman dikatakan akan menjadi barisan hadapan dalam rangkaian pengeluaran Kelas-C.
Pengeluaran barisan model paling laris syarikat itu sejak 10 tahun lalu akan dihasilkan di beberapa kilang di luar negara seperti Beijing, China, London Timur dan Afrika Selatan.
“Pasukan kami di Bremen telah melakukan tugasan yang hebat sejak beberapa bulan lalu. Biarpun, menghadapi cabaran pada tahun ini, kakitangan kami telah berjaya memulakan penghasilan Kelas-C dan pada masa sama turut memberikan sokongan kepada kakitangan yang bertugas di kilang yang lain.
“Kami bangga dengan tindakan ini dan menantikan lebih banyak syarikat start-up di Bremen pada tahun ini,” ujar Ketua Pengeluaran dan Pengurus Lokasi Mercedes-Benz di kilang Bremen, Michael Frieb.
Sejak tahun 2016, pengeluaran tempatan di China telah menjadi pasaran jualan terbesar untuk sedan Kelas-C.
Malah, kilang di Beijing juga menghasilkan versi jarak roda panjang secara eksklusif untuk pasaran China.
Bagaimanapun, beralih ke Timur London, kedua-dua model Kelas-C bagi pemanduan bahagian kanan dan kiri dikatakan dapat memenuhi keperluan eksport di seluruh dunia.
Model hibrid yang lain juga akan mengikuti langkah yang sama selaras dengan usaha syarikat yang mahu menuju ke arah e-mobiliti iaitu strategi Electric First.
Oleh itu, pengeluaran Mercedes-Benz mengikuti proses dan kaedah terkini yang terdiri daripada sistem badan baharu, menaik taraf fleksibiliti, kecekapan dan kemampanan.
Ia juga diikuti dengan teknologi inovatif , Pusat Badan dan Cat di Timur London akan mengurangkan penggunaan tenaga setiap kenderaan sebanyak 25 peratus sekali gus meningkatkan hala tuju e-mobiliti Mercedes-Benz.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPE1524
SELANGOR
BSE9376
JOHOR
JXY1421
PULAU PINANG
PRQ8359
PERAK
ANV9646
PAHANG
CFB8179
KEDAH
KGA6513
NEGERI SEMBILAN
NEF9584
KOTA KINABALU
SJK9999*
KUCHING
QAB4048L
Terakhir Kemas Kini 23 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.80
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.00
+0.03
Terakhir Kemas Kini 22 May, 2025
Berita Terkini
MG S5 EV Rasmi Dilancar, Ada 3 Varian, Kalau Tempah Awal, Ada Diskaun RM6,000
MG Malaysia akhirnya melancarkan secara rassminya model elektrik terbaharu mereka, iaitu MG S5 EV 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
20-05-2025
BEV Pertama Honda Dilancar, Honda e:N1 CBU, Harga Cuma RM149,9000
Honda Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya model kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya, Honda e:N1 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.
15-05-2025
MAS 2025: Tempahan GAC M8 PHEV Dibuka – Anggaran Dari RM333K
GAC M8 PHEV dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025). Ini yang menarik...
12-05-2025
MAS 2025: Jetour T2, SUV "Rugged", Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!
Selain SUV VT9, Jetour Malaysia turut mempamerkan salah satu SUV lasak mereka di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) y iaitu Jetour T2.
10-05-2025
MAS 2025: Zeekr 7X Dipertontonkan – Daftar Minat, Dari RM182K Untuk 500 Terawal
Zeekr 7X, akhirnya diperkenalkan kepada rakyat Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).
09-05-2025
MAS 2025: Harga GWM Tank 500 HEV Diumumkan – Dari RM328,800
GWM Malaysia secara rasmi melancarkan GWM Tank 500 HEV di MAS 2025.
09-05-2025
MAS 2025: iCAUR Masuk Malaysia, Dah Tayang 2 Model: 03 & V23
Jenama iCaur sudah mendarat secara rasminya ke negara kita.
09-05-2025
MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800
Jetour Malaysia akhirnya melancarkan SUV tiga baris terbaharunya, VT9 ke pasaran tempatan.
09-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat