- Berita
- Berita Auto
- Rebat Sehingga RM30K Bagi Pembelian Subaru Forester! - Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Rebat Sehingga RM30K Bagi Pembelian Subaru Forester! - Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Pengedar eksklusif Subaru Forester di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd kini memperkenalkan Pakej Promosi Forester yang mana pembeli akan menerima rebat sehingga RM30,000 bagi setiap pembelian Subaru Forester.
Model yang bermula daripada harga RM159,788 ini didatangkan dalam enam varian berbeza iaitu:
• Forester 2.0i-L GT Lite Edition
• Forester 2.0i-S
• Forester 2.0i-S GT Lite Edition
• Forester 2.0i-S Eyesight
• Forester 2.0i-S Eyesight GT Lite Edition
• Forester 2.0i-S Eyesight GT Edition
Pelanggan yang ingin membeli boleh memilih untuk menukar-milik kenderaan lama yang dimiliki melalui program Special Trade-In Assist ataupun Bantuan Pertukaran Istimewa daripada TC Subaru. Setiap Forester baharu yang dibeli turut didatangkan dengan jaminan selama 5 tahun.
Namun begitu, pakej promosi ini hanyalah ditawarkan untuk model tahun yang terpilih dan dalam pilihan warna yang terhad sahaja.
TC Subaru turut mengumumkan bahawa ia akan terus menawarkan inisiatif ‘Test-drive at Home’ atau pandu uji di rumah untuk memudahkan pelanggan mencuba kereta sebelum membuat pembelian. Anda boleh membuat janji temu dengan showroom Subaru berdekatan.
Untuk keselesaan pelanggan, Subaru mengambil langkah yang proaktif dalam penjagaan kebersihan dengan melakukan proses sanitasi yang terperinci terutamanya pada bahagian-bahagian yang banyak disentuh.
Gallery





Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPK3926
SELANGOR
BSG3214
JOHOR
JYD3275
PULAU PINANG
PRS4250
PERAK
ANX7457
PAHANG
CFC6092
KEDAH
KGB3962
NEGERI SEMBILAN
NEG4679
KOTA KINABALU
SJL7105
KUCHING
QAB6844L
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.11
+0.03
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Berita Terkini
MOT Lantik 4 Syarikat Untuk Lancarkan Urusan Pemeriksaan, Tukar Hak Milik Kenderaan Persendirian
Bagi melancarkan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM), Kementerian Pengangkutan (MOT) melantik empat syarikat bagi melaksanakan perkhidmatan itu.
16-07-2025
Harga Kereta Mungkin Naik, Namun OMV Masih Belum Dimuktamad
Jika impak OMV dikira menggunakan formula lama, memang ada potensi kenaikan sekitar 10 hingga 30 peratus terhadap harga atas jalan (OTR).
16-07-2025
Harga RON97, Diesel Naik 3 Sen Bermula Esok!
Kementerian Kewangan mengumumkan harga diesel dan RON97 masing-masing naik tiga sen bermula esok.
16-07-2025
Lori Terbakar, Lebuhraya KLK Sesak
Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selepas Genting Sempah sesak teruk gara-gara sebuah lori terbakar.
16-07-2025
Projek ECRL: Set Pertama Tren ECRL Bakal Tiba Tahun Ini, Baki 9 EMU Lagi Dihantar Tahun Depan
Nampaknya, dua set pertama tren pelbagai gerabak (EMU) dan dua unit lokomotif elektrik (E-Loco) untuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dijangka tiba selewat-lewatnya hujung tahun ini.
16-07-2025
Kehilangan Pempengaruh Masih Belum Terungkai, Kereta Ditemui Tenggelam Dalam Sungai
Kehilangan seorang pempengaruh masih belum terjawab apabila kereta miliknya ditemui tenggelam dalam sungai.
16-07-2025
Prolintas, Unit Lebuhraya Milik PNB Mungkin Dijual, Potensi Jana RM3 Bilion
Permodalan Nasional Berhad (PNB), salah satu institusi pelaburan terbesar negara, kini sedang menilai potensi penjualan unit lebuhraya miliknya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).
16-07-2025
Rohingya Sanggup Bayar Sehingga RM500, Guna Identiti Rakyat Tempatan Daftar Kenderaan
Segelintir warga asing menggunakan identiti rakyat tempatan untuk mendaftar kenderaan dengan bayaran antara RM50 sehingga RM100 sebulan atau 'one-off' antara RM300 hingga RM500 setahun.
15-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat