Sebanyak 20 Koleksi Pontiac Yang Jarang Dijumpai Mula Dilelong!
Sejumlah koleksi klasik Pontiac yang merupakan milik seorang anggota veteran tentera laut dan juga kakitangan pejabat Pos di Amerika Syarikat kini dijual dalam satu acara lelongan baru-baru ini.
Individu itu yang cuma dikenali sebagai mendiang Bernie Larson dikatakan amat menggemari kereta Pontiac Trans Am.
Sebelum meninggal dunia, mendiang berjaya mengumpul sekurang-kurangnya 20 koleksi Pontiac.
Malangnya, kesemua koleksi mendiang kini dijual di firma lelongan VanDerBrink.
Menurut firma itu, sebaik dia bersara dari perkhidmatannya, Larson dilihat berjinak-jinak membeli kereta klasik termasuk alat ganti. Tidak lama kemudian, mendiang meninggal dunia.
Selepas kematiannya pada tahun lalu, ahli keluarganya membuat keputusan untuk menjual semua koleksi kereta antik Larson.
Antara koleksi kereta klasik Larson ialah Pontiac Firebird keluaran tahun 1971, Pontiac Firebird dan( 1977), Pontiac Trans Am (1981), dua Pontiac Trans Am (1974), empat Pontiac Trans Am (1978) dan empat kereta Pontiac Trans Am 1979.
Kebanyakan keretanya yang dipamerkan dalam acara lelongan itu dikatakan perlu dibaik pulih.
Bidaan kereta itu turut dibuka secara dalam talian manakala, koleksi alat ganti kereta klasik berkenaan akan dilelong pada 12 Jun depan.
Antara alat ganti yang dijual ialah enjin Pontiac, karburator, pelbagai jenis kerangka badan Pontiac termasuk bamper.
Gallery







Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPJ9337
SELANGOR
BSG2088
JOHOR
JYD270
PULAU PINANG
PRS3229
PERAK
ANX5786
PAHANG
CFC5371
KEDAH
KGB3394
NEGERI SEMBILAN
NEG4350
KOTA KINABALU
SJL6472
KUCHING
QAB6602L
Terakhir Kemas Kini 12 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.08
+0.03
Terakhir Kemas Kini 10 Jul, 2025
Berita Terkini
Guna Logo SIRIM Palsu Pada Tayar, Pengarah Syarikat Mohon Duit Jaminan Diringankan Kerana Usia
Sebuah syarikat bersama pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen Port Dickson atas tuduhan menggunakan pelekat logo SIRIM palsu.
12-07-2025
10,000 Kuota MyLesen B2 Ditambah, Menteri Minta Pihak Sekolah Kenal Pasti Pelajar Tiada Lesen
Kuota ditambah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan juga pelajar mendapatkan lesen secara sah.
11-07-2025
Diharamkan: Penunggang Basikal Dilarang Guna Lebuh Raya, Tetapi Ada Sebabnya
Individu yang bersalah boleh didenda antara RM1,000 hingga RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan.
11-07-2025
Chery Tiggo Cross Laku Keras, Dalam 2 Bulan, Angka Tempahan Sudah Cecah 1,000 Unit
Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima lebih 1,000 tempahan untuk model Tiggo Cross sejak dipertontonkan kepada umum di negara ini pada pameran Autoshow Malaysia 2025, Mei lalu.
11-07-2025
Chery Malaysia Sumbang RM50,000 Kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN)
Chery Malaysia meneruskan sokongan terhadap atlet Malaysia dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN), baru-baru ini.
11-07-2025
Kutipan Parkir MBPJ, MBSJ, MBSA & MPS Diserahkan Kepada Syarikat Konsesi
Kerajaan Negeri Selangor melalui MBI Selangor telah melantik Rantaian Mesra Sdn Bhd sebagai syarikat konsesi baharu untuk mengendalikan kutipan bayaran parkir di empat PBT.
10-07-2025
Helikopter Terhempas: 2 Anggota Polis Kritikal
Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
10-07-2025
JPJ: Anggota JPJ Potong "Double Line", Akhirnya Digantung Tugas
Tindakan yang dikenakan termasuk pengeluaran notis saman kepada anggota yang memandu atas kesalahan memotong di garisan berkembar.
10-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat