Bila Kereta Antik Dimodenkan, Ini Hasilnya! PONY Retro-Moden Yang Unik!
Hyundai Motor Company telah mendedahkan kepada orang ramai model yang telah dibina semula, Heritage Series PONY dengan konsep retro-moden, berdasarkan model asal PONY yang dikeluarkan secara besar-besaran lebih daripada 45 tahun yang lalu.
Model rekaan semula ini dipamerkan di Hyundai Motorstudio Busan, Korea Selatan sebagai sebahagian daripada pameran ‘Reflections in Motion’ yang diadakan daripada 8 April hingga 27 Jun. Rekabentuk PONY yang dipamerkan ini diberikan sentuhan moden untuk menunjukkan ciri futuristik, bersesuaian dengan konsep retro-moden, memang unik!
"Pony ialah ikon mobiliti peribadi yang dihasilkan Hyundai ketika pengeluaran secara besar-besarannya yang diadakan antara tahun 1975 ke 1990. Kereta hatchback ini merupakan kereta pertama negara yang dikeluarkan secara besar-besaran dan dieksport (ke luar)," ujar pereka automobil terkenal, Giorgetto Giugiaro.
45 tahun kemudian, nilai evergreen kereta Pony yang original masih dapat dilihat pada Heritage Series Pony yang baharu.
Kereta Pony Yang Antik Pada Suatu Ketika Dulu
Pada bahagian luar, kereta diwarnakan dengan warna silver pusam (matte) dengan reka bentuk sebuah hatchback. Salah satu ciri unik yang ada pada rekaan ini ialah kedudukan cermin sisinya yang dipasang pada bahagian dapra kereta. Selain itu, ciri moden yang terdapat pada kereta adalah pemasangan lampu depan LED bulat berpiksel dan juga lampu belakang LED berbentuk U. Lampu LED ini menggambarkan rekaan ‘Pixel Road Trip’ syarikat yang dapat dilihat digunakan pada kereta konsep moden IONIQ 5 dan 45.
Memasuki ke bahagian dalamnya pula, dapat dilihat Hyundai menggunakan material premium pada bahagian pintu. Lengkap dengan sistem pencahayaan moden dan panel instrumen pengukur kelajuan. Di samping itu, ia memiliki transmisi sentuhan digital, ruang pemegang telefon dan juga stereng yang boleh diaktifkan dengan suara.
Pada bahagian but kereta, terdapat peranti mobiliti last-mile dalam kotak keluli tahan karat.
Pameran ‘Reflections in Motion’ yang diadakan di Hyundai Motorstudio Busan ini membawa pengunjung untuk melakukan eksplorasi hubungan interaktif antara masa, reka bentuk, teknologi dan penggayaan melalui pemasangan pelbagai ciri berbeza pada sesebuah model.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPJ3415
SELANGOR
BSF9530
JOHOR
JYC5731
PULAU PINANG
PRS1546
PERAK
ANX3646
PAHANG
CFC4366
KEDAH
KGB2674
NEGERI SEMBILAN
NEG3945
KOTA KINABALU
SJL5618
KUCHING
QAB6270L
Terakhir Kemas Kini 04 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.85
-0.03
EURO 5 B7
RM 3.05
-0.03
Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2025
Berita Terkini
Seorang Lelaki Parah Selepas Terjatuh Ke Landasan LRT Subang Alam
Seorang lelaki parah pada kepala selepas terjatuh ke landasan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya di stesen Subang Alam, pagi tadi.
04-07-2025
4 Penyamun Bersenjata Parang Tak Jadi Samun, Mangsa Lepaskan Das Tembakan
Empat penyamun bersenjatakan parang yang cuba menyamun seorang pemandu kereta terkejut besar apabila mangsa melepaskan beberapa das tembakan.
04-07-2025
Portal mySIKAP, JPJ Ditutup 8 Jam Bermula Pukul 10 Malam Ini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa semua perkhidmatan atas talian mereka akan mengalami gangguan sementara.
04-07-2025
Art of Speed 2025 Bertema “Kustom Ada Gaya" 26-27 Julai Nanti, Ini Yang Menarik...
Festival Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia, Art of Speed 2025 (AOS 2025), bakal kembali dengan tema baharu “Kustom Ada Gaya”.
04-07-2025
Rasionalisasi RON95: Tanggungjawab Bertambah, Pengusaha Stesen Minyak Mohon Upah
Kerajaan disaran mempertimbangkan pemberian insentif upah khas kepada pengusaha stesen minyak.
04-07-2025
Rasionalisasi Subsidi RON95 Bakal Tiba, Sedang Dimuktamadkan – Amir Hamzah
Malaysia kini berada di fasa akhir perancangan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi RON95, yang dijangka bermula separuh kedua tahun ini.
04-07-2025
2 Tahun Lagi, Kesesakan Di Cameron Highlands Bakal Selesai
Kerajaan negeri kini dalam proses menaik taraf jalan di Cameron Highlands.
04-07-2025
JPJ Lanjut Bayaran Kompaun Flat Rate RM150 Sehingga 31 Disember 2025
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan tempoh Tawaran Bayaran Kadar Kompaun Khas Flat Rate RM150 sehingga 31 Disember ini.
03-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat