ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kia Corporation Jadikan Burj Khalifa Sebagai Iklan Digital Gergasi

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kia Corporation nampaknya mengikut jejak Porsche apabila membuat keputusan untuk menjadikan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa bagi mengiklankan jenama baharu syarikat itu.

Kali ini, Kia menampilkan pengenalan global terhadap transformasi baharu jenamanya menerusi pertunjukan lampu LED yang menghiasi mercu tanda kota Dubai setinggi 828 meter itu. 

Di sebalik memperkenalkan imej baharu di negara  Timur Tengah itu, Kia juga turut mempamerkan slogan baharunya iaitu Movement that Inspires, logo korporatnya termasuk kenderaan elektrik pertamanya, EV6.



Pertunjukan LED itu dilihat menghiasi bahagian hadapan bangunan yang berkeluasan 33,000 meter persegi.  Ia turut memegang Rekod Dunia Guinness sebagai iluminasi LED pada wajah bangunan terbesar dunia.

"Kia telah dilahirkan semula pada tahun 2021 dengan visi baharu untuk mobiliti. Kami percaya pergerakan sebenarnya mengilhamkan idea dan kami mahu mencipta satu ruang untuk semua pelanggan kami dengan merealisasikan idea mereka dalam kehidupan,”  kata Naib Presiden Kanan KIA dan Ketua Jenama Global dan Pengalaman Pelanggan Kia Corporation, Artur Martins.



Jenama baharu Kia membabitkan transformasi syarikat bermula dari pengeluar kenderaan untuk menjadi pencipta penyelesaian mobiliti lestari untuk pelanggan mereka.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan dikatakan mengambil langkah untuk memperkenalkan jenama baharu menerusi pameran digital  di Seoul, Korea Selatan sejak Januari lalu.

Ia turut melancarkan majlis seumpama itu di India dan kini di negara Timur Tengah.

Kia berhasrat untuk menyempurnakan transformasi jenamanya di semua serantau kemudahan Kia selewat-lewatnya hujung tahun 2024. 



Dengan pelancaran EV6, Kia merancang untuk memperkukuhkan rangkaian kenderaan elektriknya (EV) dengan melancarkan 11 model baharunya menjelang tahun 2026.

Sementara itu, tujuh EV akan dihasilkan menerusi platform Electric-Global Modular (E-GMP) manakala, empat yang lain akan dihasilkan berpandukan teknologi Internal Combustion Engines sedia ada.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT4572

SELANGOR

BSP1273

JOHOR

JYU5424

PULAU PINANG

PSB3294

PERAK

APG5449

PAHANG

CFG1732

KEDAH

KGF2532

NEGERI SEMBILAN

NEK543

KOTA KINABALU

SJR3184

KUCHING

QAB5345N

Terakhir Kemas Kini 15 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

08-01-2026
Global

12-12-2025
Berita Auto

11-12-2025
Berita Auto

28-11-2025
Global

17-09-2025
EV

13-02-2025
Global

20-12-2024
Kereta Baru

20-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima  ISO 50001:2018

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.