ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

WOW! Proton Mencapai Jumlah Jualan Eksport Tertinggi Sejak Mac 2013!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) bangkit daripada cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang musim pandemik ini dengan pencapaian jualan antarabangsa yang membanggakan. 


Mencapai jualan eksport tertinggi sejak tahun 2013 (jurang selama 98 bulan), Proton telah menghantar sebanyak 669 unit kereta untuk bulan Mei tahun ini. 

Jumlah jualan eksport setakat tahun ini sehingga penghujung bulan Mei juga menunjukkan peningkatan hampir dua kali ganda iaitu sebanyak 174 peratus. Pencapaian  ini telah pun melebihi sasaran yang ditetapkan dan hanyalah kurang  6 peratus berbanding jumlah keseluruhan tahun 2020. 


Peningkatan jualan eksport syarikat ini adalah hasil daripada pertambahan permintaan dalam beberapa pasaran terbesar.  Negara-negara dengan permintaan yang tertinggi ialah Pakistan, Mesir dan Brunei.

Pakistan merupakan pasaran yang terbaharu bagi Proton namun telah menunjukkan prestasi yang terbaik dalam hanya lima bulan pertama tahun ini.  Pasaran eksport kedua terbesar ialah daripada pengedar Mesir,  Alpha Ezz El-Arab diikuti oleh Pad Motor dari Brunei yang menunjukkan pencapaian terbaik syarikat pada bulan Mei.  

"Pada awal tahun ini, perancangan bagi 2021 adalah untuk meningkatkan jualan eksport Proton secara agresif. Walaupun terdapat kekangan antarabangsa serta peningkatan kos penghantaran akibat COVID-19, kami kekal yakin dapat mencapai sasaran berikutan pelan jualan pengimport selain kelebihan produk-produk yang kami tawarkan. 

Namun selepas lima bulan, Proton hampir menggandakan jumlah jualan berbanding sasaran. Ia dijangka akan menjadi kejayaan yang berterusan," ujar Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu dalam satu kenyataan.  




Untuk mencapai sasaran jangka panjang Proton, pemasangan kenderaan dalam pasaran eksport Proton juga sangat penting.  

Proton akan memberikan tumpuan untuk mewujudkan operasi pemasangan tempatan di Pakistan selepas mengembangkan operasi pemasangan di Kenya. 

"Jika semuanya berjalan lancar, rakan kongsi kami di Pakistan iaitu Al-Haj Automotive akan memulakan operasi pemasangan Proton Saga pada akhir Julai atau awal Ogos di kilang baharu di Karachi. Susulan itu, pemasangan Proton X70 akan dijalankan dan kami menaruh harapan tinggi perkembangan ini akan meningkatkan lagi pertumbuhan jualan di rantau Asia Selatan," katanya.


Juga penting untuk pencapaian jangka masa panjang syarikat adalah pertumbuhan jualannya di negara-negara ASEAN.  Dalam hal ini, Proton merancang untuk kembali ke negara Thailand dan Indonesia dalam masa terdekat.  Buat masa ini, kehadiran syarikat di pasaran ASEAN hanyalah terhad di Brunei. 

"Bagi membolehkan Proton menduduki tempat ketiga dari segi jualan tertinggi di ASEAN, kami perlu mencatat kedudukan secara meluas di Thailand dan Indonesia. Sebagai pasaran automotif terbesar rantau ini, kedua-dua negara itu mempunyai potensi jumlah (pasaran) meluas walaupun persaingannya juga amat sengit. 

Pihak kami sedang berusaha mengenal pasti rakan kongsi untuk mewujudkan satu rangkaian memastikan model perniagaan yang berdaya maju. Oleh itu, matlamat kami adalah untuk kembali ke pasaran Thailand pada 2022," katanya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPS1660

SELANGOR

BSH7297

JOHOR

JYG5968

PULAU PINANG

PRT9625

PERAK

APB1863

PAHANG

CFD4628

KEDAH

KGC2540

NEGERI SEMBILAN

NEH1033

KOTA KINABALU

SJM5787

KUCHING

QAB1571M

Terakhir Kemas Kini 13 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.90

+0.02

EURO 5 B7

RM 3.10

+0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2023
Berita Auto

03-02-2023
EV

01-02-2023
EV

19-01-2023
EV

16-01-2023
Teknologi

05-01-2023
Berita Auto

13-12-2022
EV

10-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Projek SSLR 2 Bakal Jadi Penghubung Antara Sarawak Dan Sabah Tanpa Perlu Melalui Brunei

Projek SSLR Fasa 2 dijangka siap pada 2029 melibatkan anggaran kos RM7.6 bilion.

12-09-2025
Berita Auto

Syarat Projek WISE Masih Belum Dimuktamad

Pembinaan lebuh raya sepanjang 60 kilometer yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar telah diluluskan kerajaan pada Disember 2023.

12-09-2025
Berita Auto

Pengumpul Kereta Eksotik, JP Chin, Jadi Penerima iCaur 03 Pertama Di Dunia

Selepas menjadi negara pertama yang menerima kehadiran jenama iCaur, baru-baru ini, acara penyerahan yang pertama di dunia bagi model iCaur 03 telah berlangsung di pusat pengedaran iCaur Petaling Jaya.

12-09-2025
Berita Auto

Jual Kereta Terpakai Anda Secara Terus Kepada Pelanggan Di Sunday Car Market 21 Sept Ini!

Selepas menerima sambutan hangat pada Julai lalu, Caricarz Automall mengumumkan acara Sunday Car Market akan kembali diadakan pada 21 September 2025 depan.

12-09-2025
Berita Auto

Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.

12-09-2025
Berita Auto

Laluan Lintasan Hidupan Liar Pertama Di Johor, Bakal Siap 3 Tahun Lagi

Laluan lintasan hidupan liar pertama bakal dibina di Jalan Persekutuan FT50 yang menghubungkan Kahang, Kluang ke Mersing, Johor.

12-09-2025
Berita Auto

Semua Penumpang Kereta Wajib Pakai Tali Pinggang, Tarikh Penguatkuasaan Masih Belum Diputuskan

JPJ bakal melaksanakan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna dan penumpang kenderaan persendirian di seluruh negara.

11-09-2025
Berita Auto

Bomba Selamatkan Lelaki Tersangkut Di Tiang MRT, Mujur Tak Mati

Seorang lelaki bernasib baik kerana diselamatkan pasukan penyelamat selepas dia didapati terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT)di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

11-09-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.