- Berita
- Berita Auto
- Jual Kereta Terpakai Anda Secara Terus Kepada Pelanggan Di Sunday Car Market 21 Sept Ini!
Jual Kereta Terpakai Anda Secara Terus Kepada Pelanggan Di Sunday Car Market 21 Sept Ini!
-full_normal.jpg)
Selepas menerima sambutan hangat pada Julai lalu, Caricarz Automall mengumumkan acara Sunday Car Market akan kembali diadakan pada 21 September 2025 depan. Lokasinya masih sama iaitu di fasiliti Caricarz yang berkeluasan 180,000 kaki persegi di Tapak Parkir Aras 3A, The Strand Mall, Kota Damansara. Acara ini bermula pada jam 9 pagi hingga 6 petang dan terbuka untuk disertai secara percuma kepada pembeli dan penjual.
Inisiatif Untuk Tangani Krisis Hutang Kereta
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Inisiatif ini dilancarkan sebagai respon terhadap krisis hutang kereta yang semakin meruncing Malaysia, di mana hampir 39% pemilik kenderaan terperangkap dalam ekuiti negatif, berhutang lebih daripada nilai kenderaan. Secara purata, defisit tersebut berjumlah RM29,000, manakala 44% pembeli terkini sejak 2022 terpaksa menanggung pinjaman yang semakin bertambah.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Caricarz Automall, James Goh, berkata Sunday Car Market merupakan satu alternatif kepada pemilik kereta yang sering menerima tawaran lebih setimpal berbanding harga trade-in yang rendah.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
“Pengedar konvensional biasanya mengambil kesempatan ke atas pemilik yang terdesak, menyebabkan mereka terjerumus ke dalam masalah kewangan yang lebih kritikal. Pendekatan kami memberikan kuasa kepada penjual, mengutamakan ketelusan dan memberikan hasil yang lebih memuaskan,” katanya.
Contoh Kejayaan Jualan Kereta
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Antara kisah kejayaan ialah seorang penjual BMW 630i GT yang mempunyai baki pinjaman RM150,000, tetapi hanya ditawarkan RM130,000 oleh pengedar. Melalui Caricarz Automall, kereta tersebut berjaya dijual pada harga RM160,000 selepas ditolak cukai dan caj lain, membawa keuntungan RM10,000 berbanding kerugian RM20,000 sebelum ini.
Peluang Bertemu Pembeli Secara Langsung
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Sunday Car Market bertujuan membolehkan penjual berunding terus dengan pembeli dalam satu persekitaran yang selamat. Sepanjang acara, pemilik kereta mengekalkan kawalan penuh ke atas kenderaan masing-masing, dapat menilai tawaran secara langsung dan menyelesaikan urusan jual beli di lokasi.
Sekiranya kenderaan gagal dijual semasa acara, pemilik mempunyai pilihan untuk menyertai program konsainan Caricarz Automall yang mana segala proses bermula daripada pemeriksaan kenderaan, rundingan harga, dokumentasi, pengurusan pinjaman dan pemindahan hak milik akan diuruskan.
Baca: "Serah" & Jual EV Terpakai Kepada Caricarz Automall
Cara Pendaftaran
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Pendaftaran percuma boleh dibuat secara dalam talian di https://bit.ly/sunday-car-market. Untuk maklumat lanjut, hubungi Chee Hoe di talian 018-9008761 atau e-mel ke [email protected].
Acara jualan edisi kedua ini dijangka memperlihatkan lebih 100 kenderaan dan menarik lebih 300 pengunjung. Perkhidmatan pemeriksaan, pembersihan dan pemprosesan pindah milik turut disediakan di lokasi, selain sajian ringan untuk tetamu.
Baca: CariCarz Automall Tawar 1,000 Kereta Terpakai, Semuanya Berkualiti Tinggi, Tiada Cacat-Cela
Baca: Caricarz Automall Sunday Car Market: Bantu Anda Tangani Krisis Hutang Kereta
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4838
SELANGOR
BSP6512
JOHOR
JYV9179
PULAU PINANG
PSB9074
PERAK
APH1949
PAHANG
CFG4030
KEDAH
KGF6540
NEGERI SEMBILAN
NEK2996
KOTA KINABALU
SJR7093
KUCHING
QAB7063N
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Trade-In VS Konsainan: Mana Satu Untung?
Dah bosan dengan tawaran trade-in harga '? Ketahui bagaimana konsainan Caricarz Automall melakukan proses penjualan kereta dengan baik.
23-04-2026
Caricarz Automall Sunday Car Market: Bantu Anda Tangani Krisis Hutang Kereta
Acara Caricarz Automall Sunday Car Market ini akan berlangsung pada 6 Julai ini.
12-06-2025
CariCarz Automall Tawar 1,000 Kereta Terpakai, Semuanya Berkualiti Tinggi, Tiada Cacat-Cela
CariCarz Automall menawarkan pelbagai pilihan model kereta dimana ia kini mempunyai lebih 1,000 stok kereta sedia ada.
23-09-2024
Cari Kereta Terpakai Di CariCarz Automall, Semuanya Berkualiti
Pelbagai model kereta dijual di CariCarz Automall.
23-07-2024
Berjaya Kutip Dana RM3 Juta Untuk Kembangkan Bisnes
Pasaran automotif paling pesat berkembang dan platform berita digital, Caricarz melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mendapatkan dana sebanyak RM3 juta
20-12-2021
[LANGSUNG] Hari Media Malaysia Autoshow 2023: Senarai Pelancaran & Pameran Yang Berlangsung
Klik untuk perkembangan terkini secara langsung Hari Media Malaysia Autoshow 2023.
03-05-2023
Berita Terkini
Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%
MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.
05-05-2026
Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini
Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.
05-05-2026
Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC
Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .
05-05-2026
Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?
Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.
05-05-2026
Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM5 Bilion Sebulan
Kerajaan mendedahkan jumlah subsidi bulanan melonjak drastik daripada RM700 juta pada Januari lalu kepada RM5 bilion sebulan ketika ini.
05-05-2026
Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik
Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.
05-05-2026
Tiada Lagi Ruang Bersembunyi! 10,000 'Mata' Digital Kini Pantau Penjenayah di KL
10,000 CCTV AI: KL Sasarkan Jenayah Turun 50%.
04-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
