Bagaimana Mitsubishi Xpander Bersaing Dengan Model Lain?
Seperti yang diketahui ramai, Mitsubishi Xpander telah dilancarkan dalam pasaran Malaysia pada bulan November tahun lalu. Kehadiran Xpander memberikan persaingan yang sengit kepada banyak model kereta yang seangkatan dengannya terutama sekali Honda BR-V dan Toyota Rush. Dalam artikel ini, penulis kongsikan bagaimana Xpander bersaing dengan model-model ini.
Dari segi harga, Xpander ditawarkan dalam harga permulaan yang terendah, bermula daripada RM 91,369, diikuti oleh BR-V pada RM 96,900, dan akhir sekali, Rush pada harga RM 97,000.
Enjin yang digunakan Xpander ialah enjin N/A DOHC 16 injap 1.5L dengan pemasaan injap boleh ubah yang memberikan kuasa output mencapai 104 hp pada 6,000 rpm dan 141 Nm tork pada 4,000 rpm.
BR-V juga dilengkapi dengan enjin N/A DOHC 16 injap 1.5L dengan pemasaan injap boleh ubah, namun kuasa yang direkodkan di atas kertas adalah lebih tinggi beberapa angka iaitu 119 hp pada 6,000 rpm dan tork mencapai 145 Nm pada 4,600 rpm.
Seterusnya, Rush, dengan enjin sama, N/A DOHC 16 injap 1.5L dengan pemasaan injap boleh ubah dapat memberikan kuasa output mencapai 104 hp pada 6,000 rpm dan tork sebanyak 136 Nm pada 4,200 rpm.
Xpander memiliki kelajuan maksimum sebanyak 170 km/j dan boleh melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 13.2 saat, sementara BR-V pula memiliki kelajuan maksimum 160 km/j dan boleh memecut dalam masa 12.2 saat. Xpander menggunakan transmisi automatik 4 kelajuan dan BR-V pula gear CVT.
Model yang terberat ialah Rush dengan berat sebanyak 1,300 kg, diikuti oleh Xpander pada 1,269 kg dan akhir sekali, BR-V pada 1,259 kg.
Mitsubishi Xpander memiliki kadar penggunaan minyak yang tertinggi pada 8.3L/100km, diikuti oleh BR-V pada 6.4L/100km.
Berdasarkan perbandingan yang dibuat antara Xpander, BR-V dan Rush ini, mana satukah yang menarik hati anda? Kongsikan dalam ruangan komen di bawah!
Jom tonton video review penuh kami tentang Mitsubishi Xpander:
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG6243
SELANGOR
BSF5616
JOHOR
JYA6419
PULAU PINANG
PRR5626
PERAK
ANW7482
PAHANG
CFC1815
KEDAH
KGA9710
NEGERI SEMBILAN
NEG2595
KOTA KINABALU
SJL3466
KUCHING
QAB5260L
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.14
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.81
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.01
+0.07
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025
Berita Terkini
MIROS: 7 Tips Cara Selamat Untuk Memandu Ketika Hujan
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menggesa semua pengguna jalan raya memandu secara berhemah terutama ketika musim hujan
02-09-2024
Ini 10 Cara Untuk Elak Lupa Anak Dalam Kereta
Ini 10 perkara penting yang boleh disematkan dalam kehidupan sebagai ibu bapa dengan anak kecil.
24-04-2024
Abang Bomba Tunjuk Cara Pegang Stereng Dengan Betul, Mungkin Ramai Dah Lupa
Masihkah anda ingat bagaimana cara pegang stereng kereta?
04-03-2024
Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV
Mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai waranti EV, jadi kami memberi sedikit tips untuk anda!
21-12-2023
Ambil Tahu Tentang Waranti Kereta Sebelum Beli! Ini Perkara Asas Yang Patut Anda Tahu
Rancang nak beli kereta baru? Baca artikel ini dulu!
04-12-2023
[PANDUAN] Ini 7 Kategori Kereta Yang Ada Di Pasaran, Apa Yang Sesuai Untuk Anda?
CariCarz menjelaskan bentuk dan gaya badan yang wujud dalam dunia automotif.
13-04-2023
Tunjuk Lebih
trending_flat