- Berita
- Berita Auto
- Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera
Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera

Semasa sambutan Monterey Car Week baru-baru ini, pengeluar kereta Sweden, Koenigsegg telah mempamerkan kereta keluaran terbaharu mereka, Jesko Absolut dan Gemera.
Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Koenigsegg Automotive AB, Christian von Koenigsegg berkata, "Saya rasa begitu gembira dengan reaksi yang sangat positif diterima untuk model Jesko Absolut dan Gamera semasa di Monterey. Perasaan bila dapat mendengar sendiri (reaksi) daripada orang yang telah lama mengikuti jenama kami ialah satu perkara yang sangat memuaskan."
![]()
Koenigsegg mendedahkan bahawa, Jesko Absolut bakal menjadi Koenigsegg terpantas yang pernah dihasilkan, dan tiada lagi kereta untuk kegunaan jalan raya dalam siri pengeluaran lain yang lebih pantas daripada ini.
Barisan model ini akan ditawarkan kepada pelanggan dalam dua pilihan berbeza iaitu versi berkelajuan tinggi, Jesko Absolut dan juga versi litar, Jesko 'Attack.'

Koenigsegg Jesko Absolute mampu memberikan kuasa mencapai 1,600 bhp.
Seterusnya ialah Koenigsegg Gemera, kereta pertama daripada syarikat ini yang didatangkan dengan empat tempat duduk, MEGA-GT yang dihasilkan oleh Freevalve.

Gamera dikuasakan oleh enjin 2L Tiny Friendly Giant Twin Turbo Freevalve, 3 silinder dengan kuasa sebanyak 500 bhp pada 7,500 ke 8,500 rpm.

Enjin ini digabungkan dengan tiga motor elektrik yang mana kedua-dua roda belakang dipadankan dengan motor masing-masing, sementara itu, motor yang ketiga pula diletakkan pada crankshaft untuk memberi kuasa kepada roda depan.
Setiap satu motor pada roda belakang membekalkan kuasa sebanyak 500 bhp dan 1000 Nm, manakala satu E-motor pada crankshaft pula membekalkan sebanyak 400 bhp dan 500 Nm kepada roda depan (bersama-sama dengan ICE).

Gabungan kuasa enjin petrol dan e-motor membolehkan Gamera memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 1.9 saat.
Selain dua model ini, Koenigsegg turut mempertontonkan lima lagi kereta lain yang didatangkan daripada Koenigsegg Ghost Squadron Amerika Syarikat. Antaranya ialah CCX, Agera FE, Reger dan Agera RS.

Model Koenigsegg Jesko yang pertama dijadualkan untuk dihantar kepada pembeli pada penghujung tahun 2022, dan pengeluaran untuk Koenigsegg Gemera pula akan dimulakan pada tahun 2023.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE2458
SELANGOR
BSK9741
JOHOR
JYN1593
PULAU PINANG
PRW6730
PERAK
APD4532
PAHANG
CFE4869
KEDAH
KGD4804
NEGERI SEMBILAN
NEH9471
KOTA KINABALU
SJP3425
KUCHING
QAB7648M
Terakhir Kemas Kini 19 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
Rimac Nevera R, 1,989 HP, Ada 4 Motor Elekrik Akhirnya Tewaskan Koenigsegg
Rimac Nevera R yang mampu menghamburkan kuasa setakat 1,989 hp telah merampas semula rekod 0-400-0 km/j daripada Koenigsegg.
11-07-2025
Koenigsegg Sadair’s Spear: Jentera 1,625 HP Yang Dibenarkan Meluncur Di Jalan Raya
Jenama automotif eksklusif dari Sweden, Koenigsegg, baru-baru ini memperkenalkan hypercar terbaharunya yang dinamakan Sadair’s Spear.
27-06-2025
Rimac Nevera R, 1,989 HP, Ada 4 Motor Elekrik Akhirnya Tewaskan Koenigsegg
Rimac Nevera R yang mampu menghamburkan kuasa setakat 1,989 hp telah merampas semula rekod 0-400-0 km/j daripada Koenigsegg.
11-07-2025
Dahsyat! Ini Rupanya Kereta Terpantas Di Dunia! – 1600HP
Apakah kereta yang terpantas di dunia? Ini pendedahannya...
21-08-2023
Berita Terkini
Tiada Kenaikan Tol Bagi 10 Konsesi Lebuh Raya Pada Tahun Hadapan
Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026.
18-12-2025
JPJ Buat Laporan Polis Sebab Nombor Pendaftaran "EE"
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan pengeluaran tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri “EE” susulan penularan sepucuk surat di media sosial.
18-12-2025
Pandu Uji Model PHEV Chery & Berpeluang Menang Hadiah Cecah RM200K!
Chery Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun yang cukup lumayan, memberikan orang ramai peluang keemasan untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 melalui sesi cabutan bertuah khas.
18-12-2025
Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris Runtuh, Mujur Tiada Yang Maut
Gara-gara hujan lebat, Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris, Terengganu pula runtuh, semalam.
18-12-2025
Plus Jangka 2.2 Juta Kereta Sehari Sempena Cuti Sekolah, Krismas
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 2.2 juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya dalam sehari bermula dari 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini.
18-12-2025
Perhatian, Harga Minyak Turun Lagi Bermula 18-24 Dis 2025
Semua harga minyak turun bermula 18 hingga 24 Disember ini.
17-12-2025
Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan
Perodua mengakui model terbaharunya, Perodua Traz yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi mempunyai pasarannya yang tersendiri.
17-12-2025
Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!
JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang yang memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah.
17-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat