Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang yang memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah.
Itu kata Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli selepas diminta mengulas tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebuah kenderaan mewah milik seorang pempengaruh media sosial yang mencetuskan perhatian ramai.

Menurutnya, tindakan sitaan dibuat selepas kenderaan berkenaan didapati tidak mempunyai perlindungan insurans selain LKM tamat tempoh, sekali gus mendatangkan risiko tinggi kepada keselamatan pengguna jalan raya.
"Apabila sesebuah kenderaan dipandu tanpa insurans dan LKM sah, risiko itu bukan hanya kepada pemandu dan penumpang, tetapi juga kepada orang awam.

"Jika berlaku kemalangan, tiada perlindungan kepada mangsa dan ini isu keselamatan yang sangat serius," katanya pada sidang media Operasi Luxury 4.0 di Depoh Sitaan JPJ Kuala Lumpur.

Mengulas dakwaan pempengaruh berkenaan yang memohon budi bicara, Aedy Fadly berkata permohonan sedemikian tidak boleh dipertimbangkan bagi kesalahan yang memberi kesan langsung kepada keselamatan awam.
"Kita tidak boleh berlembut apabila ia berkait insurans dan keselamatan jalan raya. Tindakan pegawai JPJ dibuat mengikut prosedur serta peraturan yang ditetapkan," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN3625
SELANGOR
BST3575
JOHOR
JD4073J
PULAU PINANG
PSF2146
PERAK
APL1472
PAHANG
CFH5857
KEDAH
KGH7835
NEGERI SEMBILAN
NEL6328
KOTA KINABALU
SJT8259
KUCHING
QAB4874P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Proton GATE 2026: Pamer EV & Teknologi Mobiliti Masa Depan
PROTON Tayang Teknologi HEV, Seni Bina Elektrik, Elektronik, Enjin i-GT, ADAS Serta Infotainmen.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

