Honda Malaysia Rai Pengeluaran Cecah 1 Juta Unit!
Honda Malaysia baru-baru ini berjaya melakar sejarah dengan pengeluaran unit yang ke-1,000,000 sejak awal pemasangan di kilang tempatan pada tahun 2003. Model ke-1,000,000 yang dikeluarkan ini ialah sebuah sedan iaitu Honda Civic generasi ke-11.
Honda Malaysia memulakan pemasangan tempatan di kilang yang terletak di Pagoh, berdekatan Alor Gajah dari tahun 2003. Pengeluar kereta ini telah berjaya mencapai jualan yang ke-1,000,000 juta pada bulan Mac 2021 lalu. Hari ini pula, Honda Malaysia mencapai unit pengeluaran yang ke-1,000,000 untuk kilang yang terletak di Melaka itu.

"Sudah 20 tahun sejak penubuhan HM di negara ini, dan kami telah berkembang serta mencatatkan banyak pencapaian sejak itu. Pada Mac 2021, kami mencapai jualan satu juta unit di Malaysia. Setahun kemudian, kami kini meraikan satu lagi pencapaian penting dengan anda semua, pengeluaran unit ke-1,000,000," ujar Pengarah Urusan Honda Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif, Madoka Chujo.
"Saya ingin merakamkan penghargaan yang mendalam kepada semua rakan sekerja Honda dan pembekal kami atas usaha dan kerja keras yang diberikan untuk memastikan kelancaran proses pengeluaran serta operasi rantaian bekalan walaupun terpaksa berdepan dengan banyak cabaran, termasuklah pandemik Covid-19, kekurangan cip global dan banjir baru-baru ini," tambahnya.

Kilang yang terletak di Pagoh ini memiliki kapasiti pengeluaran mencecah 50,000 unit setahun di atas plot berkeluasan 46,000 meter persegi. Model pertama yang dikeluarkan kilang ini ialah CR-V generasi kedua.
Seterusnya, barisan keluaran kedua ialah Jazz Hybrid pada bulan Oktober 2013.
Honda telah banyak melakukan pelaburan untuk melengkapkan kilang dengan teknologi pengeluaran yang canggih agar setanding dengan operasi kilang di negara Jepun. Salah satu teknologi yang digunakan ialah "Laser Brazing," yang dapat menghasilkan garis bumbung yang halus dan bersih. Teknologi lain ialah "Frame Welding" dan "Spray Polyurethane Foam."
Selain daripada MPV Odyssey yang dipasang di luar negara (CBU), kesemua barisan kereta HM telah dikeluarkan oleh kilang ini. Model-model CKD atau pemasangan tempatan ialah City, City Hatchback, Civic, Accord, BR-V, HR-V, and CR-V.
Honda turut memegang tempat pertama dalam senarai Kenderaan Bukan Nasional Di Malaysia sejak lapan tahun lalu bagi kenderaan penumpang. Walaupun tidak menghasilkan kenderaan komersial seperti trak pikap dan van, jenama Honda sering berada di hadapan Toyota dalam pasaran bukan nasional.

Chujo turut mengumumkan bahawa ini merupakan penampilan terakhir beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia dalam acara yang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia baharu bakal didedahkan tidak lama lagi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT5654
SELANGOR
BSP1578
JOHOR
JYU6073
PULAU PINANG
PSB3574
PERAK
APG5721
PAHANG
CFG1837
KEDAH
KGF2754
NEGERI SEMBILAN
NEK941
KOTA KINABALU
SJR3395
KUCHING
QAB5401N
Terakhir Kemas Kini 16 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen
Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.
15-04-2026
15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?
auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!
15-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia
Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.
15-04-2026
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%
ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.
14-04-2026
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan
Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.
14-04-2026
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%
Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!
14-04-2026
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)
MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.
13-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


