10% Jualan Tahun 2022 BMW Group Malaysia Ialah EV!
Sofea Najmi
20-12-2022
Semasa pelancaran pusat pengedaran baharu Wheelcorp Premium di Bukit Tinggi hari ini, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser mendedahkan bahawa kenderaan elektrik (EV) telah merancakkan jualan keseluruhan syarikat bagi tahun 2022.
“Tahun ini, sehingga 10% daripada kenderaan yang dijual ialah EV,” dedah de Visser semasa berucap dalam majlis pelancaran pusat pengedaran BMW dan MINI baharu di Klang. Usaha syarikat untuk memperbanyak lagi poin pengecas EV di seluruh negara dijangka akan membantu meningkatkan lagi prestasi jualan.
Setakat ini, BMW Group Malaysia telah menyediakan sebanyak 610 kemudahan pengecas EV kepada semua pelanggan di seluruh negara. Ini termasuklah pengecas AC dan DC di pusat pengedaran utama seperti Wheelcorp Premium dan Seong Hoe.
Selain itu, BMW Group Malaysia turut membentuk kerjasama strategik dengan syarikat pembangun infrastruktur pengecas EV lain seperti JomCharge, Gentari, ChargEV dan YinSon Green Tech.
Akses yang mudah kepada sistem pengecas EV cukup penting memandangkan banyak model EV BMW i dan MINI sedang dijual di pasaran. Antaranya ialah BMW i4, BMW iX3 dan BMW iX. Sementara MINI pula ialah MINI Cooper SE.
Barisan kenderaan elektrik ini akan bertambah pada masa akan datang dengan pelancaran BMW i7 tidak lama lagi. Model ini telah dipertontonkan dalam satu acara tertutup yang diadakan awal tahun ini, CariCarz juga telah melihat model yang sama sedang diangkut menaiki trak di jalan raya baru-baru ini.
Namun begitu, BMW Group Malaysia masih belum mendedahkan secara terperinci bilakah model yang menjadi pesaing kepada Mercedes-Benz EQS ini akan dilancarkan secara rasmi, tetapi sumber yang boleh dipercayai daripada syarikat tersebut telah memaklumkan CariCarz bahawa mereka telah menerima ratusan tempahan bagi model ini.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Foto Intipan EV BMW i7 Di Jalan Raya Malaysia Tersebar!
Baca: Rekaan Luaran & Dalaman BMW i7 2023 Terbongkar!
Baca: Bilik Pameran & Pusat 4S Baharu BMW & MINI, Wheelcorp Premium Bukit Tinggi Kini Dibuka!
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPF2960
SELANGOR
BSF2451
JOHOR
JXY7191
PULAU PINANG
PRR2076
PERAK
ANW3490
PAHANG
CFB9149
KEDAH
KGA7658
NEGERI SEMBILAN
NEG1415
KOTA KINABALU
SJL1309
KUCHING
QAB4685L
Terakhir Kemas Kini 31 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.77
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.97
-0.03
Terakhir Kemas Kini 29 May, 2025
Berita Berkaitan
Harga Rasmi Model CKD BMW 530i M Sport & MINI Countryman S ALL4 Diumumkan – Dari RM258,888!
BMW Group Malaysia hari ini mengesahkan harga rasmi bagi dua model pemasangan tempatan (CKD) terbarunya, BMW 530i M Sport generasi G60 dan MINI Countryman S ALL4.
13-02-2025
BMW 3 Series 2025 CKD Dikemaskini – Varian PHEV 'Hilang', Dari RM272,800
BMW Group Malaysia telah mengumumkan perubahan untuk barisan model BMW 3 Series generasi G20 bagi tahun 2025 (2025MY).
21-01-2025
BMW 530i M Sport Kini Boleh Ditempah – CKD, Anggaran Dari RM400,000
BMW Group Malaysia memulakan tahun baharu dengan penuh kemeriahan melaluI pengenalan dua model terbaru untuk pasaran tempatan. Salah satunya ialah sedan BMW 530i M Sport.
16-01-2025
BMW Group Perlukan Dasar EV Jelas Daripada Kerajaan
BMW Group Malaysia menekankan pentingnya sokongan kerajaan untuk memacu industri kenderaan elektrik (EV) yang dipasang secara tempatan (CKD).
26-11-2024
BMW Group Malaysia Serah Lebih 8,700 Unit BMW & MINI – 19 Peratus EV
Walaupun keuntungan global BMW Group terjejas akibat jualan yang kurang memberangsangkan di negara China, prestasi syarikat ini di Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan positif.
21-11-2024
Inisiatif ENvision.NEXT Jadi Platform Bakat Seni Tempatan Pamer Kreativiti, BMW Retail.NEXT Jadi Ruang Pameran
BMW Group Malaysia telah melancarkan inisiatif ENvision.NEXT, yang memberi peluang kepada bakat seni tempatan untuk mempamerkan karya kreatif mereka di ruang pameran BMW Retail.NEXT.
17-10-2024
Data Dedah Semakin Ramai Rakyat Malaysia Pilih EV – Lebih 27,000 EV Didaftarkan Sejak 2021
BMW Group Malaysia, bersama MyZEVA mendedahkan data yang menunjukkan peningkatan ketara dalam penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.
19-09-2024
BMW Shorties 'Sometimes Feels Like Summer' Satu Gambaran Realiti Kehidupan
BMW Group Malaysia mempersembahkan projek bertajuk *Sometimes Feels Like Summer* hasil garapan Pemenang Hadiah Utama 2023, Ikram Haizammuri.
10-09-2024
Berita Terkini
Big Blue; Tambang Teksi EV Bakal Naik? Naik Seringgit
Big Blue Taxi berhasrat untuk menaikkan kadar caj permulaan tambang bagi teksi elektrik (EV) ekonomi (merah) daripada RM3 kepada RM4.
30-05-2025
Tesla Model Y Tanpa Pemandu Telah Diuji – Tiada Insiden, Penghantaran Mula Jun
Tesla kini menguji kenderaan Model Y tanpa pemandu sepenuhnya di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang pelancaran perkhidmatan robotaxi.
30-05-2025
Proton e.MAS 7 Buktikan Mampu Harungi Perjalanan Lebih 10,000KM, Rentas 9 Negara
Proton e.MAS 7 telah berjaya menamatkan perjalanan bersejarah sejauh 10,432km dengan merentasi sembilan buah negara ASEAN baru-baru ini.
29-05-2025
BMW i4 2025 Kini Dengan Varian Lebih Berkuasa, M60 xDrive – Cecah 593 HP!
BMW memperkenalkan varian tertinggi dalam barisan coupe sporty elektrik, i4, BMW i4 M60 xDrive.
29-05-2025
Alpine A390 Didedah, Ada 3 Motor Elektrik, Jarak Gerak 555KM
Jenama kereta sport dari Perancis, Alpine mendedahkan crossover elektrik pertamanya, Alpine A390, baru-baru ini.
28-05-2025
Xpeng P7 Tampil Lebih Berani, Ada Pintu Gunting, Rim Jenis Besar Baru Nampak Garang
Xpeng sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan Xpeng P7, baru-baru ini.
27-05-2025
Cas EV Sementara Beli-Belah – ChargeSini Kini Di Bangi Gateway & Q Sentral
ChargeSini lancar stesen pengecasan di Q Sentral, Kuala Lumpur dan Bangi Gateway Mall, Selangor.
26-05-2025
Kembar Proton e.MAS 7 Versi Long Range Didedahkan – Galaxy E5 Kini Capai 610 KM
Geely nampaknya telah menghasilkan varian baharu untuk SUV elektrik, Galaxy E5, iaitu versi Long Range.
26-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat