BMW i4 2025 Kini Dengan Varian Lebih Berkuasa, M60 xDrive – Cecah 593 HP!

Tidak lama selepas meraikan pengeluaran kenderaan elektrifikasi ke-3 juta secara global, BMW sekali lagi mencuri perhatian apabila memperkenalkan varian tertinggi dalam barisan coupe sporty elektrik, i4, BMW i4 M60 xDrive.
Model ini menggantikan i4 M50 sebagai kenderaan elektrik (EV) M pertama BMW, dan kini tampil dengan peningkatan kuasa ketara sebanyak 593 hp dan 795 Nm, menjadikannya antara EV paling berkuasa keluaran BMW setakat ini.
Lebih Laju daripada Sebelumnya

BMW i4 M60 hadir dengan konfigurasi dua motor pacuan semua roda (AWD) yang telah dipertingkatkan daripada model M50 terdahulu (537 hp). Hasilnya, pecutan 0-100 km/j kini hanya mengambil masa 3.7 saat, lebih pantas berbanding 3.9 saat pada M50.
Prestasi ini juga meletakkannya hampir setanding dengan BMW M4 CS berkuasa petrol, yang mencatatkan 0-100 km/j dalam 3.4 saat.
Jarak Perjalanan yang Cukup Memuaskan

Walaupun menggunakan pek bateri yang sama bersaiz 81.1 kWj, BMW mendakwa kecekapan tenaga model ini telah ditambah baik. Ini membolehkan i4 M60 mencatat jarak pemanduan WLTP sejauh 433 km, cukup mengagumkan untuk sebuah EV prestasi dwi-motor.
Pelancaran i4 M60 ini merupakan sebahagian daripada kemas kini musim panas 2025 bagi seluruh barisan i4. Kesemua varian model ini kini menggunakan inverter silikon-karbida baharu, yang didakwa mampu mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 4.5%.

BMW i4 eDrive40 2025
Dengan teknologi ini, varian lain seperti i4 eDrive35 kini boleh mencecah jarak WLTP 428 km, manakala i4 eDrive40 mencapai 510 km.
Kekal dengan Rekaan Sama, Tetapi Lebih Eksklusif




Dari segi penampilan, i4 M60 mengekalkan rupa asas model i4 yang telah diberikan kemas kini hujung tahun lalu, namun varian ini disematkan dengan logo baharu M60 di belakang.
Model BMW Lain Turut Terima Naik Taraf


Selain i4, BMW turut mengemas kini model 1-Series dan 2-Series Gran Coupe yang kini diberikan ciri pemanas untuk tempat duduk hadapan dan sistem penggera.
Barisan 7-Series pula dilengkapi cermin keselamatan berlamina, manakala model berprestasi X5 M Competition dan kembarnya, X6 kini tersedia dengan pakej “Ultimate” yang merangkumi kemasan gentian karbon dan pengehadan kelajuan yang dinaikkan kepada 290 km/j.
Harga dan Ketersediaan


Di Jerman, BMW i4 M60 xDrive 2025 dijual pada harga sekitar €72,900 (anggaran RM348,928), dengan pengeluaran yang dijadualkan bermula pada Julai 2025.
Bagi pasaran Malaysia, BMW baru sahaja melancarkan facelift i4 eDrive35 M Sport. Maka, kemunculan varian M60 mungkin mengambil sedikit masa lagi untuk tiba di sini.
Baca: BMW Lakar Kejayaan Apabila Hasilkan xEV Yang Ke-3 Juta Dari Kilang Pengeluarannya
Baca: Pameran My BMW WORLD 2025 Bermula 13-15 Jun Ini
Baca: BMW M2 CS 2025 Didedahkan – Cecah 523 HP, 649 NM, Lebih Agresif
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ2895
SELANGOR
BST7265
JOHOR
JE3258J
PULAU PINANG
PSF5773
PERAK
APL4891
PAHANG
CFH7448
KEDAH
KGJ1329
NEGERI SEMBILAN
NEL8562
KOTA KINABALU
SJU1428
KUCHING
QAB5707P
Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
BMW March Into Joy: BMW Beri Tawaran Istimewa Hanya Untuk Model BMW Terpilih
BMW Malaysia menawarkan tawaran eksklusif menerusi acara jualan BMW March Into JOY bermula dari 7 hingga 9 Mac ini di seluruh negara.
06-03-2025
BMW i4 eDrive35 M Sport Facelift 2025 Dilancar, Jangan Risau, Harga Mampu Milik
BMW Malaysia melancarkan BMW i4 eDrive35 M Sport facelift 2025 ke pasaran tempatan, pagi tadi.
16-01-2025
2 Varian Baharu BMW i4 eDrive35 Dilancarkan – Dari RM258K
BMW Group Malaysia hari ini melancarkan dua varian baharu dalam barisan kenderaan elektrik (EV).
01-08-2023
10% Jualan Tahun 2022 BMW Group Malaysia Ialah EV!
Kenderaan elektrik (EV) telah merancakkan jualan bagi tahun 2022.
20-12-2022
BMW i4 Versi Elektrik: Bergerak Sejauh 591 KM! – Ini Info Terperinci Mengenai Model Terbaharu BMW
Bayerische Motoren Werke akhirnya mengumumkan kehadiran kenderaan elektrik (EV) Gran coupe empat pintu pertama mereka, BMW i4.
19-08-2021
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
