Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.' Melalui pengumuman ini, saham syarikat Bugatti akan dipindah keluar daripada Volkswagen Group kepada kumpulan syarikat automotif terbaharu ini.
Rimac Group akan memegang sebanyak 55 peratus daripada keseluruhan saham dan Porsche pula sebanyak 45 peratus.
Mate Rimac, pengasas dan ketua pengarah eksekutif Rimac Automobili kini memegang jawatan sebagai CEO Bugatti Rimac yang berpangkalan di Sveta Nedelja.
Rimac mengulas, “Saya berasa sangat berbesar hati untuk memimpin syarikat bersama ini sebagai ketua pegawai eksekutif dan memulakan lembaran baharu yang dipenuhi kejayaan, revolusi dan keseronokan kepada semua yang terlibat. Saya sangat teruja untuk melihat impak yang akan dibawakan oleh Bugatti Rimac kepada industri dan bagaimana kami akan membangunkan inovatif baharu kereta dan teknologi sport hyper."

Syarikat Porsche AG pula menjadi pemegang saham strategik dengan melantik Oliver Blume, pengerusi Porsche AG dan juga Lutz Meschke, naib pengerusi dan CFO sebagai ahli lembaga penyeliaan.
Blume berkata, "Syarikat bersama ini merupakan penyelesaian yang sempurna untuk semua pihak yang terlibat."
Presiden Bugatti sejak 1 Januari, 2018, Stephan Winkelmann akan memberikan tumpuan sepenuhnya sebagai pengerusi dan CEO Automobili Lamborghini bermula 1 November 2021.
Menurut Winkelmann, "Saya ingin berterima kasih kepada semua pasukan Bugatti dan juga pelanggan kami selama tiga tahun setengah yang sungguh luar biasa, menyeronokkan dan sengit ini. Bersama-sama, kita telah membangunkan kereta sport hyper yang hebat dan membawa Bugatti ke satu dimensi baharu.
Menariknya, Winkelmann telah memegang jawatan sebagai presiden untuk kedua-dua syarikat sejak 1 Disember 2020.
![]()
Di bawah kepemimpinannya, Bugatti telah memberikan definisi baharu kepada binaan coachbuild melalui model-model seperti Divo, La Voiture Noire dan Centodieci. Pada masa yang sama, mereka turut telah mengembangkan barisan kereta Chiron.
Chiron Super Sport 300+ menjadi kereta pengeluaran pertama yang berjaya melepasi kelajuan 300 batu sejam (483 km/j).
Kereta berjaya mencapai kelajuan 304.773 batu sejam atau (490.484 km/j), sejak itu Chiron Super Sport 300+ dianggap sebagai kereta pengeluaran terpantas di dunia.
Bukan itu sahaja, dalam jangka masa tiga tahun ini juga, pengeluar kereta Perancis ini telah menunjukkan peningkatan hasil operasi apabila tahun lepas dicatatkan sebagai tahun paling berjaya dalam sejarah Bugatti.
Ini dibuktikan apabila daripada 500 Chiron yang dihasilkan, lebih daripada 460 buah telah dihantar atau dijadualkan dalam pengeluaran di Molsheim Atelier.
"Sukar untuk saya meninggalkan syarikat, tapi saya yakin Bugatti akan terus membangun dan membina kereta sport hyper yang luar biasa pada tahun-tahun akan datang. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pengganti saya dan juga pasukan yang hebat ini," tambah Winkelmann.
Selain itu, Christophe Piochon, yang sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai pengarah pengurusan pengeluaran dan logistik di Bugatti, kini dilantik sebagai presiden baharu Bugatti di ibu pejabat yang bertempat di Molsheim, Perancis.

Beliau akan menyertai Mate Rimac dalam pengurusan syarikat Bugatti Rimac sebagai ketua pengarah eksekutif.
Seterusnya, Hendrik Malinowski yang sebelum ini merupakan ketua jualan dan operasi Bugatti Automobiles S.A.S. telah dilantik dalam lembaga pengurusan Bugatti sebagai pengarah pengurusan jualan dan pemasaran.
Larissa Fleischer pula dipilih sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) baharu kepada Bugatti Rimac, manakala Emilio Scervo sebagai ketua pegawai teknologi (CTO).

Walaupun berlaku perubahan besar-besaran, keluaran kereta Bugatti masih dikekalkan lokasinya di Molsheim Atelier. Oleh itu, rombakan ini tidak memberi kesan kepada pekerja di kilang tersebut.
Syarikat bersama Bugatti Rimac akan melancarkan operasinya dengan kakitangan seramai 435 orang yang mana 300 orang ditempatkan di Zagreb dan 135 lagi di Molsheim, Perancis.
Selain 435 orang kakitangan ini, seramai 180 kakitangan lagi akan dipindahkan daripada Wolfsburg.
Dalam masa yang sama, Bugatti dan Rimac akan terus bergerak sebagai jenama bebas dengan pengekalan kilang masing-masing di Molsheim dan Zagreb.
Presiden baharu Bugatti, Christophe Piochon menyimpulkan, "Selama lebih daripada 100 tahun, Bugatti telah menghasilkan kereta paling eksklusif dan berkualiti tinggi di dunia. Matlamat ini tidak pernah berubah dan tidak akan berubah pada masa akan datang."
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC3814
SELANGOR
BSQ7640
JOHOR
JYY5348
PULAU PINANG
PSD172
PERAK
APJ1903
PAHANG
CFG7642
KEDAH
KGG4907
NEGERI SEMBILAN
NEK6426
KOTA KINABALU
SJS3922
KUCHING
QAB9803N
Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
SAH: LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Beroperasi
Penantian Berakhir: LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Akhir Bulan Ini.
17-06-2026
Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres
Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.
16-06-2026
Chery Malaysia Luas Rangkaian Ke Kulai Bersama Autohub Mobility, Buka Pusat 3S Di Kulai
Chery Buka Pusat 3S Konsep Gen 4.0 Di Selatan.
16-06-2026
Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya
Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.
16-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


