- Berita
- Berita Auto
- Bila Trenkuasa EV Nissan Ariya Digunakan Dalam Kereta Lumba, Terhasil Ariya Single Seater
Bila Trenkuasa EV Nissan Ariya Digunakan Dalam Kereta Lumba, Terhasil Ariya Single Seater
![]()
Dipertontonkan semasa acara Nissan Futures, kereta konsep Ariya Satu Tempat Duduk (Ariya Single Seter) ini telah dihasilkan untuk menunjukkan bagaimana trenkuasa kereta bagi kegunaan jalan raya dalam versi elektrik sepenuhnya, Nissan Ariya, boleh digunakan dalam cesi sebuah kereta lumba dengan satu tempat duduk.
Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Global Nissan, Juan Manuel Hoyos berkata, "Menjadi tapak ujian untuk evolusi masa depan teknologi, projek ini dapat membantu membawa keseronokan dari jalan raya ke atas trek perlumbaan dan mendemonstrasikan kepakaran Nissan dalam menyalurkan pengetahuan dan teknologi yang dimiliki dari trek perlumbaan ke atas jalan raya."

Tambah Hoyos, "Di Nissan, kami berani untuk melakukan sesuatu yang tidak dilakukan orang lain. Dengan konsep ini, kami ingin menunjukkan potensi berprestasi tinggi yang dimiliki trenkuasa Ariya dalam pakej yang diilhamkan daripada sukan permotoran. Bukan hanya pada rekaan dan gaya, tetapi juga untuk mempertontonkan bahasa prestasi EV yang baharu dan efisien."
Melihat daripada rekaan keseluruhan kereta konsep ini, seolah-olah ia telah dibentuk oleh 'udara.' Memang tidak boleh disangkal, ciri aerodinamik kereta konsep ini sememangnya cukup menakjubkan.



“Ketika kami mula membentuk visi jangka panjang Nissan Ambition 2030 kami, kami terus membina bahasa reka bentuk ‘Timeless Japanese Futurism.' Kami mendapatkan inspirasi daripada perkataan Jepun 'shun' yang bermaksud berlari dengan laju dan mudah, 'sho' pula bermaksud bangkit dengan kuasa dan kelembutan.
Rekaan konsep Ariya Satu Tempat Duduk ini adalah ekspresi yang sempurna untuk bahasa (rekaan) baharu ini. Memanfaatkan trenkuasa EV Ariya ke dalam pakej yang diilhamkan daripada sukan permotoran ini membolehkan pasukan antarabangsa kami merasai sendiri kelajuan, teknologi dan kesenian baharu ini," ujar Naib Presiden Kanan Rekaan Global, Alfonso Albaisa.

Penglibatan Nissan dalam Kejuaraan Dunia Formula E ABB FIA memainkan peranan yang penting untuk menyumbangkan inspirasi kepada penghasilan kereta konsep ini.
Nissan telah bersaing dalam kejuaraan dunia kereta elektrik sepenuhnya untuk membawa inovasi kenderaan elektrik yang bebas emisi kepada penonton di peringkat global dan untuk berada pada kedudukan yang tinggi dalam kajian dan rekaan EV.
Pengarah Sukan Perlumbaan Global Nissan, Tommaso Volpe menyimpulkan, "Nissan bersaing dalam Formula E bukan hanya untuk berlumba di atas litar tapi juga untuk menyokong pembangunan kenderaan elektrik yang menarik bagi pelanggan. Program EV kami menyalurkan informasi kepada program Formula E kami dan sebaliknya, membolehkan teknologi jalan-ke-trek dan trek-ke-jalan disalurkan. Dalam penghasilan kereta konsep ini, (pasukan) telah meneroka gabungan trenkuasa elektrik sepenuhnya, dwi-motor dan juga sistem pacuan semua roda yang revolusioner dalam Ariya dengan cesi perlumbaan satu tempat duduk. (Ini menjadi) demonstrasi kuasa tentang bagaimana kenderaan elektrik boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan."

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026
Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.
22-12-2025
Nissan Serena C28 Facelift Muncul Di Jepun – Aura Elegan Lebih Terserlah
Kereta untuk kegunaan keluarga, Nissan Serena generasi keenam (C28) kini muncul dalam versi facelift di pasaran Jepun. Versi kemas kini pertengahan hayat ini tampil dengan imej yang lebih segar dan teknologi kabin yang lebih pintar.
19-12-2025
Nissan Dedah Imej Acah Kereta Konsep Nismo Terbaru Menjelang Tokyo Auto Salon 2026
Debaran semakin memuncak menjelang ketibaan Tokyo Auto Salon (TAS) 2026. Nissan baru-baru ini telah memuat naik satu imej 'teaser' yang memaparkan sebuah kereta konsep misteri di bawah jenama prestasinya, Nismo.
18-12-2025
Dilancar: Nissan Frontier Pro - Harga Bermula Daripada RM99,800
Nissan Frontier Pro sudah menembusi pasaran China, baru-baru ini.
28-11-2025
Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang
Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.
20-11-2025
Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"
Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.
14-11-2025
Nissan Navara Generasi Terbaru 2026 Bakal Didedahkan 19 Nov Ini
Nissan bakal melancarkan Navara generasi terbaru dalam masa beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 19 November ini, menandakan berakhirnya lebih satu dekad tanpa sebarang perubahan besar.
16-10-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

