ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GAC Mitsubishi Perkenal SUV Elektrik Airtrek, Boleh Capai 520 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

GAC Mitsubishi Motors Co., Ltd. (GMMC) telah mendedahkan kehadiran model SUV elektrik terbaharu, Airtrek di Auto Guangzhou baru-baru ini.


Airtrek telah dibangunkan berdasarkan idea "SUV e-jelajah" yang mana huruf "e" mewakilii tiga perkataan penting iaitu "electric" (kereta elektrik), "expanding" atau pengembangan (meningkatkan kehidupan melalui automotif) dan "expressive" atau ekspresif (mengekpresikan keunikan MMC). 



Pada bahagian luar, pelbagai elemen menjadi trademark Mitsubishi dapat dilihat seperti wajah depan yang berkonsepkan Dynamic Shield dan juga motif heksagon pada bahagian belakang.



Bergerak ke bahagian dalam, Airtrek kelihatan cukup luas. Dari segi teknologi pula, panel instrumen kereta diletakkan secara memanjang untuk memberikan ruang pandangan yang lebih lebar kepada pemandu.  Pada bahagian yang disentuh, terdapat padding lembut bagi melahirkan rasa premium.  Hadir dalam versi lebar atau dengan jarak antara roda yang luas, Airtrek sememangnya selesa untuk dinaiki oleh seluruh isi rumah tanpa rasa sempit.



Ia dikuasakan oleh bateri berkapasiti 70 kilowatt (kWh) yang boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 520 kilometer (km) di bawah penarafan CLTC. Pemasangan bateri pada bahagian tengah di bawah kereta mengimbangkan berat depan-belakang keseluruhan kereta. 



Presiden MMC, Takao Kato berkata, "Kami menamakan SUV elektrik baharu ini Airtrek supaya ramai pelanggan dapat menikmati pemanduan yang penuh cabaran, aktif dengan EV sepenuhnya ini, kenderaan yang mampu mencapai jarak kira-kira 520 km, tanpa mengeluarkan karbon dioksida." 

 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9073

SELANGOR

BSU4086

JOHOR

JF6941J

PULAU PINANG

PSG4245

PERAK

APM2413

PAHANG

CFJ1132

KEDAH

KGJ4650

NEGERI SEMBILAN

NEM2780

KOTA KINABALU

SJU5480

KUCHING

QAB7531P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

07-10-2026
Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

05-02-2026
Kereta Baru

16-01-2026
Kereta Baru

31-12-2025
Kereta Baru

17-12-2025
EV

27-09-2025
Kereta Baru

24-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja

Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja

Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.

14-10-2026
Berita Auto
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat

Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat

Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?

14-10-2026
Berita Auto
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor

GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor

Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.

14-10-2026
Berita Auto
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua

Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.

13-10-2026
Berita Auto
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini

Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!

13-10-2026
Berita Auto
Berapa Harga Porta EV?

Berapa Harga Porta EV?

Porta EV Ditawarkan Pada Harga Bermula RM99,800.

13-10-2026
Berita Auto
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor

Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.

13-10-2026
Berita Auto
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.