Isu RFID - Sepatutnya Lancarkan Urusan Bukannya Susahkan Rakyat!
Sejak orang ramai melepaskan geram gara-gara penggunaan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang menyebabkan kesesakan teruk di beberapa tol plaza di ibu negara, nampaknya isu itu turut mendapat perhatian Menteri Kerja Raya.
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau telah mengarahkan Plus untuk mencari penyelesaian berhubung isu kesesakan yang dilaporkan berlaku di plaza tol berikutan pelaksanaan RFID.

"Saya telah hubungi mereka (PLUS dan TnG) selepas mendapat aduan, dan meminta mereka jelaskan kepada orang ramai serta cari penyelesaian, penyelesaian kepada segala isu berbangkit kepada pelaksanaan (RFID) ini," katanya.
“Apabila ia projek rintis maka, ada beberapa perkara akan lalui dan perlu diselesaikan,” katanya ringkas kepada wartawan ketika diminta mengulas isu berkenaan.

Terdahulu, Plus memberi jaminan bahawa sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan.
“Jika pelekat RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma,” kata Plus.
Sebaliknya, siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini?

Apapun, di sebalik pengumuman bahawa sekurang-kurangnya satu lorong RFID dibuka di 83 tol plaza di seluruh negara sejak 15 Januari lalu akhirnya mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ada yang gembira kerana Malaysia akhirnya bergerak ke arah satu sistem yang menawarkan kemudahan yang lebih baik.
Namun, ada juga yang berpendapat bahawa penggunaan RFID akan menyukarkan urusan harian terutamanya bagi warga emas.
RFID dikatakan menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch ‘n Go eWallet, tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.
Hakikatnya, rakyat bukannya menentang penggunaan RFID tetapi kami yakin bahawa kerajaan sebenarnya perlu menjalankan ujian dan penyelidikan secara lebih mendalam sebelum melaksanakan sistem ini secara berperingkat.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9305
SELANGOR
BSQ9152
JOHOR
JYB433
PULAU PINANG
PSD1857
PERAK
APJ3062
PAHANG
CFG8124
KEDAH
KGG5705
NEGERI SEMBILAN
NEK6837
KOTA KINABALU
SJS4608
KUCHING
QAB223P
Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat