- Berita
- Berita Auto
- Proton, Touch N Go Jalin Kerjasama, Maka Semua Proton X50 Facelift 2025 DIpasang Dengan RFID
Proton, Touch N Go Jalin Kerjasama, Maka Semua Proton X50 Facelift 2025 DIpasang Dengan RFID

PROTON dan Touch ‘n Go Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama untuk memasang teknologi RFID Touch ‘n Go ke dalam Proton X50 Facelift 2025 yang dilancarkan Julai lalu.
Di bawah perjanjian ini, setiap Proton X50 baharu akan dilengkapi dengan tag RFID Touch ‘n Go sebaik ia berada di barisan pengeluaran, sekali gus membolehkan akses lancar ke rangkaian lebuh raya berteknologi RFID di seluruh Malaysia.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Zhang Qiang berkata, piaknya bercadang untuk memperluaskan pemasangan tag RFID Touch ‘n Go kepada model lain bagi menawarkan tahap kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan.


"Matlamat kami adalah untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan, dan kami percaya ini adalah salah satu langkah ke arah mencapai matlamat tersebut,” katanya.
Selain Proton X50, terdapat potensi untuk memperluaskan kerjasama antara kedua-dua syarikat ini kepada model-model PROTON lain, bagi menawarkan pengalaman pemanduan lancar yang sama kepada pembeli.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Sdn. Bhd, Praba Sangarajoo berkata, Proton X50 baharu yang keluar dari bilik pameran kini dipasang dengan RFID.
Untuk makluman, Proton X50 Facelift 2025 dilancarkan pada 24 Julai lalu dengan sambutan pasaran yang memberangsangkan, Pdimana 2,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan hanya tiga minggu selepas pelancaran rasminya.
Menggabungkan rekaan luaran dan dalaman baharu, teknologi sambungan terkini, serta enjin turbo i-GT 1.5 liter yang berkuasa, SUV segmen-B yang menjadi peneraju pasaran ini adalah model PROTON pertama yang dilengkapi dengan tag RFID Touch ‘n Go sebagai ciri standard bagi semua varian.
Terdahulu, majlis menandatangani perjanjian ini berlangsung di ibu pejabat PROTON Centre of Excellence di Shah Alam.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5010
SELANGOR
BSU3506
JOHOR
JF5246J
PULAU PINANG
PSG3242
PERAK
APM1549
PAHANG
CFH9853
KEDAH
KGJ4161
NEGERI SEMBILAN
NEM2451
KOTA KINABALU
SJU5018
KUCHING
QAB7418P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Berita Terkini
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
