Pengeluaran Alza Dihentikan, Model Baharu Lagi Padu!
Desas-desus yang mengatakan produksi Perodua Alza bakal dihentikan pada bulan ini akhirnya terjawab apabila Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mengesahkan bahawa pengeluaran MPV itu akan tetap diteruskan sehingga April ini.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada sidang akhbar unjuran 2022 PERODUA semalam.
“Berdasarkan perancangan awal, produksi Alza sebenarnya mahu dihentikan pada Januari ini,” katanya.

Oleh itu, Perodua terpaksa melanjutkan pengeluaran Alza sehingga tiga bulan lagi gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banjir yang melanda negara pada hujung tahun lalu.
Difahamkan, ada kira-kira 3,200 pelanggan yang menempah model Alza namun masih belum menerima kenderaan mereka.
Susulan itu, pelanggan dikatakan terpaksa menunggu antara tiga hingga enam bulan untuk mendapatkan kenderaan yang ditempah.

“Jadi, bagi memenuhi permintaan itu, produksi Alza terpaksa dilanjutkan pada Mac atau penghujung April ini,” tambahnya.
Terdahulu, Perodua berkata, Alza terpaksa dihentikan kerana ia tidak menepati undang-undang emisi ekzos setelah kerajaan beralih dari penarafan Euro 2 kepada Euro 4 menjelang 1 Januari 2022.
Ini bermakna, hanya produksi kenderaan yang tidak melepasi had emisi berkenaan perlu dihentikan serta merta, manakala stok-stok akhir masih boleh dijual sehingga habis.
Pun begitu, bagi peminat kereta Alza, anda jangan sedih dengan pengumuman penamatan produksi Alza.
Model pengganti Alza mula bertiup kencang sejak awal tahun lalu.
Ini kerana Alza akan digantikan dengan MPV yang diasaskan dari platform baharu Daihatsu New Global Architecture (DNGA).
Wujud dakwaan bahawa model baharu yang menggantikan Alza mungkin lebih 'padu'. Namun sejauh manakah dakwaan itu berasas atau tidak, anda kena tunggu pengumuman Perodua yang seterusnya.
Buat masa ini, projek pembangunan MPV baharu itu hanya dikenali dengan kod D27A dan ia merupakan kembar kepada Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza.

Menurut beberapa media antarabangsa, ia sudah pun dilancarkan di Indonesia pada tahun lalu.
Bagaimanapun, Zainal Abidin berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan lagi tarikh pelancaran model terbaharu itu.
Namun, beliau memberi jaminan model terbaharu Alza bakal dilancarkan pada tahun ini.
Untuk makluman anda, MPV kompak keluaran jenama automotif nasional kedua berkenaan sebenarnya diperkenalkan pada November 2009, bermaksud ia sudah pun dijual lebih 12-tahun dalam pasaran.
Alza dilihat memiliki peminat yang tersendiri memandangkan jualan Alza dilaporkan sudah mencecah 14,828 unit setakat ini.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi
Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi
14-03-2023
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge