Ini Dia Van Elektrik Pertama Malaysia – Boleh Bergerak Sejauh 268KM!
Sendok Group telah mengumumkan pelancaran van elektrik pertama keluaran Malaysia, CAM EC35. Model ini buat pertama kalinya dipertontonkan kepada umum dalam sebuah majlis yang diadakan di Genting Highlands.

Van ini telah dibangunkan untuk kegunaan syarikat penghantaran dan logistik yang ingin beralih kepada pengangkutan yang lebih mesra alam.
EC35 dikuasakan oleh sebuah motor elektrik yang dapat menjana kuasa sebanyak 60 kW atau 80 hp dengan tork 200 Nm. Dengan kuasa ini, kereta boleh melakukan pecutan daripada 0 ke 50 km/j dalam masa kurang daripada 10 saat.
Kuasa elektrik kereta ini dibekalkan oleh pek bateri lithium-ion berkapasiti 38.7 kWj yang membolehkan kereta mencapai jarak perjalanan sejauh 268 KM, berdasarkan standard WLTP. Van ini dilengkapi pengecas standard 6.6 kW dan juga port pengecas pantas. Tempoh masa yang diambil untuk pengecasan standard daripada 20-80% adalah 5 jam, manakala 0-100% pula adalah 8 jam.
Sementara itu, dengan menggunakan sistem pengecasan pantas pula, bateri kereta dapat dicas daripada 20-80% dalam masa hanya 80 minit dan 0-100% dalam masa hanya 2 jam setengah.
-full.jpg)
Mengenai kelengkapannya, van ini hadir dengan sistem infotainmen skrin sentuh bersaiz lapan inci. Untuk aspek keselamatan, ia dilengkapi kamera dan radar undur, beg udara pada bahagian pemandu serta sistem ABS dan EBD.
Penasihat Sendok Group, Dato Ir. Hj. Mohamad Dalib berkata, "Dengan perkembangan industri automotif yang begitu pantas, menyebabkan pencemaran udara berlaku. Kini sudah tiba masa untuk kita menukar penggunaan bahan bakar dari pelepasan gas yang tidak menentu kepada bebas pelepasan asap dan bunyi dengan mengunakan kenderaan elekrik."
Van elektrik ini dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar yang semakin serius sejak akhir-akhir ini.
Sendok Group yang berpangkalan di Klang memiliki kilang pemasangan tempatan (CKD) yang berkemampuan untuk memasang pelbagai jenis kenderaan termasuklah EV. Bahagian teknikal, pembangunan dan penyelidikan Sendok Group kini diketuai oleh dua jurutera yang berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan automotif.
Sendok Group juga mempunyai pusat perkhidmatan setempat untuk semua jenis perkhidmatan merangkumi jualan, penyelenggaraan, pembelian alat ganti, keselamatan dan lain-lain.
Harga jualan bagi van elektrik CAM EC35 ini ialah RM130,000. Untuk maklumat lebih lanjut atau pra-tempahan, boleh hubungi Encik Chinli di 019-2290893.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3397
SELANGOR
BSU8406
JOHOR
JG9260J
PULAU PINANG
PSH2250
PERAK
APM7261
PAHANG
CFJ3407
KEDAH
KGJ7135
NEGERI SEMBILAN
NEM5079
KOTA KINABALU
SJV165
KUCHING
QAB9481P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
DHL Guna EV Untuk Hantar Barang
DHL Express kini menambah lagi 44 van elektrik dan 17 motosikal elektrik.
17-11-2023
Van Elektrik: 80 hp, tork 200 Nm, Jarak 268 km
Van elektrik ini adalah yang pertama di Malaysia.
30-03-2022
Berita Terkini
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

