Tahun Baharu Cina 2022: Rancang Perjalanan Anda!
Menjelang hujung minggu ini, mungkin ramai yang sudah membuat perancangan untuk bercuti atau balik kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merancang perjalanan sebelum 'terseksa' di atas jalan selama berjam-jam.
Ini berikutan Plus menjangkakan bahawa 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menjelang perayaan itu.

Situasi ini sudah dijangka memandangkan ia bakal menghampiri hujung minggu dan cuti umum sempena Tahun Baharu Cina.
“Jumlah kenderaan di lebuh raya akan mula meningkat pada 28 dan 29 Januari ini. Peningkatan juga dijangka berlaku pada 2 dan 5 Februari akan datang.
“Dijangkakan 1.6 juta kenderaan akan menggunakan Plus pada hari-hari puncak ini,” kata Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Mohamad Nasir Ab. Latif.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau turut mendedahkan bahawa jumlah itu akan meningkat 17.4 peratus berbanding 1.4 juta kenderaan pada hari biasa.

Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap trend perjalanan pelanggan pada musim-musim perayaan, pihaknya mendapati aliran trafik akan mula sesak pada Jumaat ini.
Apapun di sebalik keghairahan bercuti, jangan lupa sesuatu. Berhati-hati ketika memandu kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan Ops Selamat 17 PDRM.
Anda mungkin tidak akan melihat kelibat anggota polis di bawah jejambat kerana mereka sudah dilengkapi dengan sistem radar 'In-Car Radar di dalam kenderaan untuk mencari pemandu yang melebih had laju.

Selain sistem itu, PDRM turut dilengkapi sistem Intelligent Compount Payment System (iCOPS) untuk mengenal pasti pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan waran tangkap trafik.
Sistem itu dikatakan mampu mengenal pasti kenderaan yang terbabit dalam kes jenayah seperti kenderaan curi atau klon.
Apapun, pastikan anda bebas daripada jenayah dan rekod saman bersih sebelum memulakan perjalanan anda.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1547
SELANGOR
BSS7258
JOHOR
JC4217J
PULAU PINANG
PSE6842
PERAK
APK6538
PAHANG
CFH4510
KEDAH
KGH5386
NEGERI SEMBILAN
NEL4351
KOTA KINABALU
SJT5374
KUCHING
QAB4032P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban
Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.
15-08-2026
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat