Statistik Kemalangan Jalan Raya 2019-2020
Nampaknya, penunggang motosikal terus menjadi penyumbang tertinggi kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun lalu dengan 3,118 kes.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Zainal Abidin.

“Pada tahun lalu, data menunjukkan pembonceng dan penunggang motosikal terus menjadi penyumbang terbanyak jumlah kematian akibat kemalangan jalan dengan 3,118 kematian atau 67 peratus berbanding 3,959 kematian pada 2019,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis pada majlis maya pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Persatuan Insurans Am Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Bahagian Penguat kuasa Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan, Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Antony Lee dan Timbalan Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Mohamed Sabri Ramli.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, golongan penunggang motosikal dilihat paling banyak melakukan kesalahan di jalan raya.
“Antaranya seperti membuat pusingan U secara haram dan melanggar lampu isyarat. Hasil pemerhatian juga mendapati, rata-rata penunggang motosikal yang melakukan kesalahan jalan raya itu ialah pekerja khidmat penghantaran yang melanggar lampu isyarat menyebabkan kes kemalangan membabitkan penunggang motosikal masih tinggi.
“Mereka sanggup melanggar undang-undang jalan raya kerana mahu mengejar masa memandangkan ia melibatkan insentif upah. Jadi, kita harus mengadakan perbincangan besar bersama penyedia p-hailing,” jelasnya.
Susulan itu, beliau berharap perlu ada program khas antara syarikat dan penunggang khidmat penghantaran bagi membincangkan isu berkenaan.
"Pihak polis akan berusaha untuk duduk bersama dengan syarikat berkenaan untuk memantau dan melihat apa yang boleh dilakukan,” tambahnya.
Beliau turut mendedahkan bahawa sebanyak 418,237 kes kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang tahun lalu berbanding 567, 516 kes pada 2019.

Terdahulu, Lee dalam ucapan berkata, kempen yang bertemakan #steadybrader itu diadakan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, selain memupuk kesedaran keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya.
PIAM dan MTA berharap kempen yang akan diadakan sepanjang tahun 2022 itu, dapat mengurangkan kemalangan serta kematian akibat kemalangan dengan terus memberi tumpuan untuk memerangi wabak COVID-19.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3970
SELANGOR
BSU4696
JOHOR
JF9061J
PULAU PINANG
PSG5048
PERAK
APM3295
PAHANG
CFJ1491
KEDAH
KGJ4933
NEGERI SEMBILAN
NEM3173
KOTA KINABALU
SJU5950
KUCHING
QAB7659P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge