Stesen Minyak Shell Penang Road 100 Tahun Akan Terus Berkhidmat
![]()
Shell akhirnya memperkenalkan wajah baharu Shell Penang Road bagi meraikan salah satu stesen tertuanya yang menawarkan khidmat untuk warga Pulau Pinang sejak tahun 1920-an.
Kerja-kerja pemulihan secara inovatif di Shell itu sebenarnya bertujuan untuk memelihara tapak sejarah berkenaan kerana ia masih mengekalkan warisan Pulau Pinang.
Bangunan ini nyata berbangga kerana mampu menawarkan perkhidmatannya kepada masyarakat setempat walaupun sudah berusia hampir 100 tahun.

Ia yang juga terselamat dari Perang Dunia Kedua turut menyaksikan kemerdekaan Malaysia.
“Shell Penang Road telah menjadi sebahagian daripada sejarah dan warisan Pulau Pinang selama 100 tahun. Saya gembira Shell terus mengekalkan warisan stesen ini bagi memenuhi semua keperluan pelanggannya.
“Saya berharap lokasi ini menjadi salah satu zon Warisan Pulau Pinang yang akan menggalakkan rakyat Malaysia melawat Pulau Pinang dan menyokong pelancongan dan perniagaan tempatan,” kata Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yeoh Soon.

Shell Penang Road ini terletak di Zon Penampan, zon warisan Pulau Pinang yang popular dalam kalangan pelancong.
Ia disenaraikan di bawah direktori Penang Global Tourism sekali gus menjadikannya sebagai mercu tanda budaya yang penting.
Difahamkan Shell turut bekerjasama dengan Penang Global Tourism untuk memartabatkan Shell Penang Road sebagai mercu tanda pelancongan di negeri tersebut.
Di sebalik wajah baharu Shell di kawasan berkenaan, Shell turut menawarkan ahli BonusLink Beg Jute Warisan Shell edisi terhad, yang menampilkan unsur budaya Pulau Pinang.
Buat masa ini, ia cuma didapati secara eksklusif di Shell Penang Road. Untuk makluman anda, beg ini boleh ditebus dengan 1,200 mata BonusLink.
Bagaimanapun, pelanggan yang mendaftar untuk menjadi ahli BonusLink di Shell Penang Road akan menerima beg tersebut pada harga RM15 (sementara stok masih ada).
Bagi yang berminat untuk mengunjungi Shell bersejarah ini, ia kini dibuka untuk pengunjung bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam pada setiap hari.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web https://www.shell.com.my/motorists/shell-station-locator.html.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


