Hasil Kerjasama Ini Untuk Beri Inspirasi Kepada Pelajar
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dengan kerjasama Petrosains telah melancarkan program Virtual STEM Series baru-baru ini.
Program ini dianjurkan bagi membangunkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (CARA) untuk melatih kemahiran berfikir secara kreatif dalam kalangan pelajar.

Malah, program yang terdiri daripada dua bahagian ini juga sebenarnya bertujuan untuk menggalakkan golongan pelajar berkongsi pandangan mereka mengenai perancangan tenaga ke arah kehidupan mampan dan selamat.
Lebih menarik, para peserta yang menyertai program itu berpeluang mendengar taklimat daripada pakar mengenai visi tentang masa depan elektrik.
Taklimat ini merangkumi subjek seperti teknologi masa depan, usaha membendung perubahan iklim dan kemampanan hidup.
-full.jpg)
Bagaimanapun, siri berkenaan yang disusuli dengan program Visi Elektrik Masa Hadapan dan Mobiliti Mampan untuk Hari Esok telah pun bermula pada 15 Februari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MBM, Sagree Sardien berkata, dalam dunia yang berkembang maju, masa hadapan yang mampan mesti ditentukan melalui perancangan tenaga dan pembangunan secara global.
“Keperluan untuk kemajuan teknologi yang mampan kini lebih ke depan berbanding sebelum ini di mana ia akan menentukan perjalanan hidup yang lebih baik untuk masa hadapan,” katanya.
Menurutnya, dengan masa depan elektrik yang semakin hampir, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Petrosains bagi menjalankan siri tersebut.
-full.jpg)
Difahamkan program ini akan diakhiri dengan satu peraduan dimana para peserta perlu menghasilkan prototaip dan membentangkan konsep mereka dalam Ideas Presentation Challenge.
Mereka akan dinilai berdasarkan penyelesaian masalah, kejelasan tentang penyelesaian yang dicadangkan, pengesahan cadangan penyelesaian dengan pengguna, pengesahan cadangan penyelesaian dan penceritaan serta prototaip.
Setiap pemenang akan menerima piala dan sijil digital.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY5056
SELANGOR
BSV1315
JOHOR
JH4322J
PULAU PINANG
PSH4151
PERAK
APM9643
PAHANG
CFJ4120
KEDAH
KGJ8245
NEGERI SEMBILAN
NEM5918
KOTA KINABALU
SJV1870
KUCHING
QAB224Q
Terakhir Kemas Kini 15 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-Benz Malaysia Dan Hap Seng Star Rasmi Pembukaan Autohaus Di Setia Alam
Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz Autohaus di Setia Alam
22-06-2022
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


