SUV Elektrik BMW iX Dapat 5 Bintang Dalam Euro NCAP!
Sejak pelancarannya, SUV elektrik (EV) iX telah menerima banyak kritikan yang mempersoalkan kekukuhan binaannya.

Untuk menepis kritikan yang diterima, BMW Group baru-baru ini telah mengumumkan bahawa model tersebut sudah berjaya mendapatkan penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP) yang telah diperketat untuk memenuhi standard ujian 2020.

Turut dilaporkan, BMW iX ialah antara kenderaan yang mendapat markah tertinggi dalam kategori "kenderaan besar luar jalan raya" (large off-road). Model ini menerima markah penuh dalam kesemua empat kategori ujian yang perlu dilalui.

Selain itu, beg udara interaktif iX terbaharu yang terletak di antara pemandu dan penumpang depan membolehkan kereta untuk mendapatkan markah keseluruhan yang tinggi iaitu 91 peratus bagi kategori ujian perlindungan penumpang dewasa. Untuk makluman, beg udara interaktif ini menjanjikan perlindungan ekstra daripada kecederaan sekiranya berlaku perlanggaran dari sudut tepi kereta.

Untuk keselamatan kanak-kanak, beberapa poin ditolak kerana ketiadaan cagak ISOFIX pada tempat duduk penumpang depan dan juga bahagian tengah belakang. Namun ia masih mampu mendapat markah yang tertinggi untuk perlindungan bagi pelanggaran depan dan sisi.
Teknologi bantuan pemandu termaju yang terdapat pada BMW iX menyumbang kepada penarafan lima bintang untuk kedua-dua ujian "pengguna jalan raya yang terdedah kepada bahaya" (vulnerable road users) dan juga "bantuan keselamatan" (safety assist).
Untuk ujian "pengguna jalan raya yang terdedah kepada bahaya," BMW iX memiliki fungsi bonet aktif yang akan terbuka dan terangkat secara automatik sekiranya berlaku perlanggaran untuk melindungi bahagian kepala individu yang dilanggar daripada menerima impak perlanggaran yang lebih serius.


BMW memberi jaminan bahawa syarikat telah memberi pertimbangan yang tinggi terhadap aspek keselamatan dan perlindungan penumpang melalui pemasangan sistem sekatan yang canggih dan juga teknologi pintar. Struktur BMW iX pula diperkukuh oleh bingkai aluminium dengan kerangka karbon untuk memaksimumkan perlindungan penumpang. Ia turut menggunakan komponen-komponen polimer yang diperkuat dengan gentian karbon (CFRP) pada bahagian bumbung, sisi dan sudut belakang SUV.
"Struktur badan yang sangat stabil dan sistem sekatan yang luas menjamin perlindungan penumpang yang luar biasa. Selain itu, BMW iX juga menerima markah yang tinggi untuk kedua-dua program ujian dan juga pemanduan harian dengan adanya sistem bantuan pemandu inovatif yang dapat mengurangkan risiko kemalangan dalam pelbagai situasi secara signifikan," ujar Pengarah Keselamatan Kenderaan BMW, Dominik Shcuster.
Tonton video di bawah untuk melihat ujian-ujian keselamatan dan perlanggaran yang dilalui BMW iX 2021:
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1175
SELANGOR
BSS7105
JOHOR
JC4074J
PULAU PINANG
PSE6749
PERAK
APK6452
PAHANG
CFH4487
KEDAH
KGH5341
NEGERI SEMBILAN
NEL4293
KOTA KINABALU
SJT5344
KUCHING
QAB4022P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lampu Depan BMW i7 Daripada Kristal Swarovski?
BMW telah menghasilkan lampu depan daripada kristal bagi kereta elektrik terbaharu, BMW i7.
17-05-2022
BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna Emas
BMW akhirnya mendedahkan edisi tambahan terbaharu dalam keluarga BMW X2, edisi Goldplay baru-baru ini.
28-03-2022
BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...
Artikel ini mendedahkan hasil kajian BMW tentang penerimaan EV di Malaysia.
25-03-2022
Berita Terkini
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW
BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.
06-08-2026
Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam
Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.
04-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan
Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.
28-07-2026
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?
Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan
24-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat