BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Setelah BMW X5 generasi kedua diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2009, bertahun lama dulu, model ini akhirnya diberikan nafas segar. Baru-baru ini, sebuah blog automotif, Auto Daily, berkongsi gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.
Baca: Litar Lumba Nürburgring Timur Bernilai RM1.3 Bilion Dibina Di Langkawi
ENJIN BMW X5 FACELIFT

Berkemungkinan, X5 M Competition merupakan satu-satunya model yang ditawarkan dan dikuasakan oleh enjin V8 pengecas turbo berkembar 4.4L dengan output maksimum 616.87 hp/750 Nm. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda melalui transmisi automatik 8 kelajuan dan masih menggunakan trenpacuan yang sama.
Apa yang pasti, jurutera BMW pasti akan memperhalus lagi dinamik kereta kali ini dengan tetapan suspensi yang lebih baik. Selain itu, ciri My Modes yang terdapat dalam sistem infotainmen iDrive 8 memberikan lebih banyak pilihan mod pemanduan berbanding sebelum ini.
REKAAN LUARAN BMW X5 FACELIFT

Berdasarkan foto intipan SUV dengan pelekat samaran ini, dapat dilihat X5 M bakal menggunakan lampu depan yang lebih halus seperti yang dapat dilihat pada keluaran terkini seperti 7 Series dan iX. Sementara itu, gril depannya pula berbentuk lebih angular berbanding versi sebelum ini, selain menggunakan garis memanjang dan bukannya menegak seperti pada keluaran sedia ada.
Gril bawahnya pula menggunakan bezel yang lebih tebal. Di samping dilihat lengkap dengan lampu kabus dan cooling slat menegak.

Ciri lain yang dapat dilihat pada kereta ialah penggunaan roda aloi bersaiz 22 inci dengan tayar Michelin Pilot Sport 4S. Penggunaan spoiler X5 M dan juga ekzos quad empat lubang dikekalkan.

Perubahan lain yang boleh dijangkakan adalah dari segi rekaan lampu belakang, bampar dan peresap (diffuser).
REKAAN DALAMAN BMW X5 FACELIFT
Bergerak ke bahagian dalam, kita bakal melihat model ini dilengkapi sistem infotainmen iDrive 8 yang terkini daripada BMW sepertimana yang ditawarkan pada SUV elektrik iX dan i7. Sistem ini menggabungkan panel digital 12.3 inci dengan panel skrin sentuh 14.9 inci pada satu skrin melengkung. Untuk tujuan ini, BMW akan mereka bentuk semula papan pemuka (dashboard) X5.
Antara ciri penting iDrive 8 ialah navigasi AR, sambungan 5G serta teknologi arahan suara yang lebih baik. Pengguna boleh melakukan navigasi antara muka melalui skrin sentuh atau dengan menggunakan roda klik pada konsol tengah. Namun secara keseluruhannya, tiada perubahan drastik yang dilakukan pada ruang dalam versi facelift ini.
Sumber berita/foto: Auto Daily
Baca: Litar Lumba Nürburgring Timur Bernilai RM1.3 Bilion Dibina Di Langkawi
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4893
SELANGOR
BSU8706
JOHOR
JH385J
PULAU PINANG
PSH2587
PERAK
APM7594
PAHANG
CFJ3537
KEDAH
KGJ7324
NEGERI SEMBILAN
NEM5228
KOTA KINABALU
SJV564
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800
Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.
25-06-2025
Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.
BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.
13-03-2024
Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023
BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.
04-05-2023
BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?
Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.
29-09-2022
9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!
BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.
15-07-2022
BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi
BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.
29-06-2022
BMW Buka Kilang RM9.87 Bilion Di China Untuk Percepat Pengeluaran EV
BMW Jerman telah membuka kilang baharu bernilai AS$2.24 bilion (RM 9.87 bilion) di China
24-06-2022
Berita Terkini
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
